Khamis, 29 Januari 2009

Dunia..


"Long Live REVOLUTION,
Die With IMPERIALISME!!"

QUNUT NAZILAH..

"-Tidak salah kita melaknat suatu kaum yang telah dilaknat ALLAH di dalam Al-Quran.
-Turutilah sunnah baginda Rasul s.a.w. yang apabila mendengar khabar bahawa umat Islam sedang dizalimi oleh kuffar laknatullahi'alaihim, maka baginda berdoa dengan doa QUNUT NAZILAH!!"

-Slot Nur Hikmah, IKIM.fm, 15 Jan 2009-


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin...kebangkitanmu mencetus gelombang Intifadhah-1 rakyat Palestine sehingga kini! Berbahagialah dikau disisiNYA!

Rabu, 28 Januari 2009

CINTA UNTUK SIAPA SEBENAR NYA??



I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…



Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang ‘mabuk cinta’.


CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.



"Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.


Seperti lagu Aris Ariwatan ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata ‘Cinta Tak Perlu Dipaksa’. Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, ‘MAHABBAH’ beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.


Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:- "… ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya…" Al-Maidah, ayat 54 " Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu…" Al-Imran, ayat 31 Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain’


Tentu anda pernah mendengar nama Rabi’atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi’atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.


Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda??? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau… adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci??? Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???



Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN… Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.


INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh… Ia juga bukan spt cinta atr ‘Romeo dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan Majnun’… Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintanya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah. Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban. Wahai REMAJA… Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga.



CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG… InsyaAllah…

Surat terbuka Dr. M kepada Obama




Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didesak menghentikan sokongan terhadap tindakan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Genting Gaza sehingga mengorbankan nyawa penduduk di situ.

Desakan itu adalah antara sembilan tuntutan yang terkandung di dalam surat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Obama yang turut dimuatkan di dalam blog beliau di www.chedet.co.cc.

Dr. Mahathir menegaskan, walaupun tidak mengundi Obama semasa pilihan raya Presiden AS, tetapi beliau adalah salah seorang anggota masyarakat dunia yang turut terjejas di atas sokongan yang ditunjukkan oleh AS.

''Saya mengalu-alukan janji anda (Obama) untuk melakukan perubahan, tentunya negara anda (AS) memerlukan banyak perubahan.

''Ini kerana AS dan rakyatnya paling dibenci penduduk dunia, malahan orang Eropah sendiri tidak suka kesombongan AS,'' katanya.

Obama dijadual mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44, menggantikan George W. Bush pada 20 Januari ini.

Dr. Mahathir dalam desakannya itu meminta Obama menyelesaikan konflik Israel dan Palestin serta meletakkan agenda tersebut dalam senarai perubahan yang akan dilakukannya.

Sembilan desakan yang dipaparkan di blog Dr. Mahathir ialah;

- Berhenti membunuh orang ramai. AS sangat gemar 'membunuh' orang ramai untuk mencapai matlamat kuasa besar itu;

- Berhenti menyokong pembunuh iaitu Israel melancarkan keganasan di Semenanjung Gaza dengan menggunakan wang dan senjata AS;

- Berhenti mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak boleh melakukan perkara sama terhadap AS;

- Hentikan para saintis dan penyelidik AS daripada membina senjata baru untuk membunuh ramai orang dengan lebih cekap;

- Hentikan pengeluaran dan penjualan senjata kepada dunia;

- Hentikan usaha untuk mendemokrasikan semua negara di dunia. Demokrasi sesuai di AS tetapi ia tidak semestinya sesuai di negara lain;

- Hentikan kasino yang AS namakan sebagai institusi kewangan. Hentikan dana lindung nilai, terbitan dan perdagangan mata wang. Hentikan bank dari memberikan pinjaman berbilion dari wang yang tidak wujud;

- Tandatangan Protokol Kyoto dan perjanjian-perjanjian antarabangsa lain.

- Tunjukkan rasa hormat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Dr. Mahathir, akan ada lagi desakan untuk Obama pertimbangkan dalam usaha memastikan perubahan yang dijanjikan dapat dilaksanakan.

''Sekiranya beberapa perkara yang disenaraikan ini dapat dilaksanakan, kamu akan diingati sebagai pemimpin yang hebat dan AS sekali lagi akan menjadi negara yang dikagumi.

''Kedutaan-kedutaan AS di seluruh dunia akan dapat meruntuhkan tembok tinggi dan wayar berduri mengelilingi bangunan jika perkara itu dapat dilaksanakan,'' katanya.

Dr. Mahathir juga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Obama dan berharap beliau akan menjadi Presiden AS yang hebat.

Selasa, 6 Januari 2009

Bicara Qalby

Ya ALLAH
Dengan berkat NabiMU
Luruskanlah hatiku
Agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku
Agar aku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku
Agar aku tidak tergugat dengan ujian yang menimpa.

Ya ALLAH
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmummahku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tidak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan....... ...
Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersamaMU
Supaya aku rasa
Ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu
Melanggar perintah dan sentiasa siap siaga
Menunaikan perintahMU

Ya ALLAH
Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat
Dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan....... ..
Limpahkanlah ke dalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku menjadi taat

Tuhan....... .
Aku harap ENGKAU kabulkanlah doaku ini....



Doa Akhir tahun :
Dibaca 3x pada akhir waktu asar sebelum masuk maghrib pada
akhir bulan Zulhijjah.

Segala puji bagi ALLAH , Tuhan yang memelihara dan
mentadbirsekelian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad saw serta keluarga baginda dan para
sahabatnya.

Ya ALLAH ,
Sesungguhnya pada tahun ini aku telah
melakukanlaranganMu tetapi aku masih belum bertaubat,
sedangkan ENGKAU tidak redha dan tidak melupai pekara
itu. Engkau telah menangguhkan azabMU yang telah ditetapkan
kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku
bertaubatdaripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini
aku memohon keampunandari ENGKAU, ampunilah aku dan apa
yang telah aku lakukan pada tahun ini yang ENGKAU tidak
redhai dan ENGKAU janjikan pahala maka aku memohon
daripadaMU.

Ya ALLAH , Ya Zal Jalali Wal Iqram,
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
saw dan keatas keluarga serta para sahabatnya. Segala puji
hanya bagiALLAH yang memelihara dan mentadbir sekelian
alam.
Amin



Noorshamsudin Bin Hj. Mohd. Darus

Saudaraku...Palestine!



Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, “Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,” Duhai sahabatku, Mereka di sana mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan. subhanallah...http://palestinkini.info/index.php


"Wahai orang-orang beriman! mahukah kamu Aku(Allah) tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (11) (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu, itulah yang terbaikbagi kamu sekiranya kamu mengetahui"( 61:10-11)