Khamis, 9 April 2009

Rakyat tolak politik kotor BN

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Wed | Apr 08, 09 | 1:53:33 pm MYT

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.



Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.

BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato' Seri Azizan Abdul Razak.


Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata. - mks. _


http://www.harakahdaily.net

Gelodak Jiwa Orang Muda...

SalamulLAHi alaikum..warahmatuhu wabarakatuh..:)

Kaifa halukum wa imaanukum??
Hope bikher, insyaALLAH..biiznilLAH!



Sahabat2, kawan2, adik2...kalau kita perhatikan..ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri...isunya...?? CINTA!

Ya memang susah nak mendidik cinta.. sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu.. nauzubilLAHimin zalik!

Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best..) : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam
kita menyintai Allah...

Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah, nauzubillah!

Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik.

Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...

Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta.
mereka dibelunggu peraasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..

kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara.

jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi segala2nya..( Al-Anfal:2)



SAYANGNYA...

jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANGNYA...

jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..


Sepatutnya kite mengimpikan dan berusaha ke arah perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..

> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....

Wal iyazubillah....


Bukan takde cara nak approach teman hidup.. jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...

TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)
"

YAKINLAH DENGAN JANJI-JANJI ALLAH!

Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?


Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu.

Susah..tapi jika amalan membersihkan hati dan jiwa kita biasakan,insyaALLAH lapang dada, tenang hati, barakah hidup!
Astaghfirullah...
ALLAH..
ALLAH..
ALLAH..



Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201)
sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....

Marilah sama2 kite menjaga hati kite...


Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahan dan jagalah pandangan mata kita.

Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal.

Moga artikel ini sdkt sbyk dapat membantu menyuluh jalan saya dan rakan-rakan yang sering bertanyakan bab yang 1 ini,insyaLLAH. =)

Tu je qalam untuk hari ini.

Moga ALLAH menjaga kita dengan sebaik-baik jagaan!
HasbunaLLAHa ni'mal wakiil, ni'malmaula wani'man nasiir!!



*nasihatilah..tika kealpaan.
Edit petikan- http://aintulipss.blogspot.com/

Sabtu, 28 Mac 2009

Agungkan ALLAH, Semua Jadi Kecil





“Hasbunallah wa ni’mal wakiil, Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong”. Ungkapan diatas disenandungkan oleh kekasih Allah swt, Ibrahim as, saat sang penguasa dan pengikutnya menhinakannya dan menceburkan dirinya dalam bara api, namun Nabi Ibrahim selamat dan menjadi pemenang.

Ungkapan itu juga yang dilantunkan oleh nabiyullah Muhammad saw. tatkala mendapat penghinaan dan penganiayaan dari pasukan Ahzab. Rasulullah pun keluar sebagai pemenang. HR. Bukhari.

“(iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, Maka perkataan itu justru menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. QS. Ali Imran: 173


Sudah menjadi sunnatullah dalam dakwah, bahawa jalan dakwah tidaklah bertabur kenikmatan, kesenangan dan kemewahan. Dakwah diiringi menghadapi penentangan, permainan musuh, permusuhan, penghinaan, bahkan ancaman pembunuhan. Oleh kerananya dakwah hanya dapat dipikul oleh mereka yang mewakafkan diri dan hidupnya untuk Allah swt semata. Dakwah tidak mungkin akan dipikul oleh mereka yang mengharapkan kemewahan dunia, bersantai dengan kesenangan kehidupan dunia.

Rasulullah saw didalam memulai perjuangan menyeru kerabat dan kaumnya, mendapatkan taujihat Robbaniyyah –arahan Allah swt- agar menguatkan keimanan, keperibadian dan kesabaran: iaitu arahan untuk sentiasa mengagungkan Allah, membersihkan jiwa, mejauhkan diri dari maksiat, mengikhlaskan kerja, dan sabar dalam perjuangan.
Taujihat rabbaniyyah dalam surat Al Muddatstsir ayat 1-7 untuk Muhammad saw dan tentunya untuk umatnya semua. Allah swt berfirman:

”Hai orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan!. Dan Tuhanmu agungkanlah!. Dan pakaianmu bersihkanlah. Dan perbuatan dosa tinggalkanlah. Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleih (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.” QS. Al Muddatstsir: 1-7.


Bekal pertama, Agungkan Allah.


Allah swt menanamkan dalam keyakinan Nabi Muhammad agar hanya mengagungkan Allah swt semata, selain-nya kecil tiada bererti. Baik dalam konteks tawaran kenikmatan duniawi, ataupun dalam konteks siksaan, penolakan dan pembunuhan di dunia yang dilakukan musuh-musuh dakwah, maka jika dibandingkan dengan pemberian, keredhaan dan syurga Allah swt sungguh tidak ada ertinya.

Pengagungan Allah swt perlulah dalam qalbu, lisan, fikiran dan perilaku. Dalam setiap kesempatan, dan keadaan Rasulullah saw selalu berzikir dan mengagungkan Allah swt, sehingga inilah rahasia do’a Nabi saw ketika keluar dari buang hajat: “Ghufranaka: Aku mohon ampunan-Mu Ya Allah.”. Hasil penelitian para ahli hadits menyimpulkan bahawa Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan zikir dan pengagungan Allah swt, namun kerana tidak diperkenankannya berzikir di saat buang hajat, maka ungkapan pertama saat keluar dari buang hajat adalah, mohon ampun kerana beliau tidak melakukan zikir pada saat buang hajat.

Dengan sikap inilah, ma’iyatullah –kebersamaan Allah- dalam bentuk pertolongan-Nya selalu datang pada saat diperlukan.
Inilah rahasia dikumandangkannya kalimat takbir “Allahu Akbar wa lilLahil Hamd, Allah Maha Besar dan bagi-Nya segala pujian”.


Bekal kedua, Bersihkan Hati.

Dalam hal keupayaan mengagungkan Allah swt dalam setiap kesempatan, maka diperlukan hati yang bersih dan jiwa yang suci. Hati adalah panglima dalam tubuh seorang manusia. Jika panglima itu baik, sudah tentu tenteranya akan menjadi baik, sebaliknya jika panglima buruk, maka buruklah semua tentaranya.

Majoriti ahli tafsir sepakat bahawa perintah mensucikan pakaian disini kinayah atau kiasan, bukan makna zahir. Ertinya perintah pembersihan hati dan pensucian jiwa. Penampilan fizik tidak akan bererti, apabila apa yang ada dibalik fizik itu busuk.
Hati perlu sentiasa dijaga kefitrahannya dan dibersihkan dari beragam penyakit hati, seperti sombong, iri, riya, adu domba, meremehkan orang, dan yang paling berbahaya adalah syirik, menyekutukan Allah swt dengan makhluk-Nya.

“…..dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada kamu sedikitpun….” (QS. At Taubah : 25-26).


Bekal ketiga, Jahui Maksiat.

Agar keagungan Allah swt menghiasi diri, maka diri harus menjauhkan dari dosa dan maksiat. Begitu pun sebaliknya, meninggalkan maksiat akan mewariskan ma’iyyatullah.
Allah swt hanya akan turut campur kepada orang beriman dengan menurunkan pertolongan-Nya, jika orang beriman itu dekat dan taat kepada-Nya. Sebaliknya jika mereka berbuat maksiat dan dosa, maka apa bezanya mereka dengan orang lain? Bezanya orang lain lebih canggih perlengkapannya dan lebih besar jumlahnya. Sehingga secara bilangan manusiawi, orang lain mampu mengalahkan orang beriman.



Ada kisah menarik, dalam sebuah peperangan melawan kaum kuffar, kaum muslimin beberapa kali mengalami kekalahan. Sang panglima segera menyusun strategi pasukannya, mengapa kekalahan demi kekalahan boleh terjadi? Tidak ada yang kurang. Semua perlengkapan lengkap, ibadah-ibadah pun dilakukan dengan baik. Namun saat pagi menjelang, sang panglima mengamati pasukannya dan baru menyedari bahawa ternyata pasukannya melupakan satu sunah Rasul, iaitu bersiwak! Panglima segera memerintahkan menggosok gigi dengan siwak (sejenis kayu) kepada seluruh pasukannya. Pasukan pengintai dari pihak musuh menjadi takut kerana melihat para tentara muslim tengah menggosok-gosok giginya dengan kayu, dan mengira pasukan kaum muslimin tengah menajamkan gigi-giginya untuk menyerang musuh. Pihak musuh menjadi gentar dan segera menarik mundur pasukannya.

Perkara yang kita Nampak tak penting, lupa bersiwak, namun besar kesannya. Inilah rahsia pertolongan Allah swt.


Bekal keempat, Ikhlaskan dalam Berjuang.

Hidup seorang mukmin adalah untuk meningkatkan prestasi beramal dan memberi manfaat untuk umat manusia. Kesemuanya itu dilakukan semata-mata dilandasi mencari keredhaan Allah swt semata. Balasan Allah swt jauh lebih baik dan lebih mulia, dibandingkan dengan kemewahan dunia dan kemegahannya. Seorang mukmin akan selalu mengejar mimpinya, iaitu keridhaan Allah swt, di dunia dan di akhirat kelak.

Menarik disini seruan Allah swt dalam bentuk ”larangan”, sedangkan yang lainya menggunakan bentuk ”perintah”. ”Jangan kamu memberi untuk mengharapkan mendapat imbalan yang lebih”. Ertinya, peringatan keras dari Allah swt agar manusia sentiasa mengikhlaskan amal perbuatan dan perjuangan. Tidak merasa paling berjasa dan juga tidak meremehkan usaha orang lain.


Bekal kelima, Sabar Di Jalan Allah.

Sabar dalam kesunyian pengikut, sabar dalam penolakan ajakan, sabar dalam kekalahan, dan sabar dalam kemenangan dan kemewahan.
Ketika Rasulullah saw mengetahui keadaan keluarga sahabatnya, Yasir yang mendapat siksaan berat dan pembunuhan yang keji, Rasulullah saw langsung memberi khabar gembira kepada mereka:

صبرا ال ياسر فإن موعدكم الجنة””
“Sabar wahai keluarga Yasir, Sungguh syurga buat kalian kelak!.”

Sabar dalam berdakwah mencakup segala hal yang positif, seperti banyak idea, jalan keluar, perencanaan, kerja keras, kerja sama, pemanfaatan kemudahan dan adanya muhasabah. Sabar bukan disandarkan dengan negatif seperti pasrah, malas, menunggu dan tidak berusaha.

Dengan bekalan itu terbukti dalam sejarah, Rasulullah saw mampu melewati dua masa sulit sekaligus: Masa sulit mendapatkan tawaran kemewahan, pangkat, pengikut, bahkan wanita. Dan masa sulit, tatkala beliau harus berdarah-darah menerima pukulan dan penganiayaan dari kaumnya.

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.
Inilah bekalan bagi penyeru kebajikan dan penerus perubahan dari masa ke semasa.
Allahu A’lam.


Nurkilan Muhammad Alzinky

Nukilan Oleh Editor BALADI

8 dalil, mengapa kami membantah PPSMI?

Nukilan Oleh Mujahid Siber 5487
Thursday, March 5, 2009


Mengapa kita perlu mempertahankan Bahasa Melayu? Mengapa kita perlu bersusah-payah memperjuangkan Bahasa Melayu? Dan Mengapa Kita Perlu Membantah Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik?


Segala persoalannya akan kita ketahui dalam ruangan ini . Namun demikian saya bukanlah orang yang pakar untuk membicarakan isu ini.



Saya sekadar mengeluarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu di tanahair kita yang tercinta ini.

Justeru saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk berkongsi hasil pembacaan dan perkongsian ilmu saya dalam program Kupasan Buku yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya pada hari Rabu: 18 /2/2009 bersamaan 22 Safar 1430H yang lalu dengan para pengunjung lawan sesawang mahasiswakini.com ini.

Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Pengantar Sains dan Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan Yang Selalu Ditanyakan

1. Ditulis oleh Prof. Emeritus Abu Bakar Abd. Hamid, salah seorang ahli Kumpulan Prihatin.
2. Dalam makalahnya, beliau menjawab lapan soalan yang sering ditanyakan kenapa tindakan mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan adalah bertentangan dengan apa yang diperjuangkan.
3. Bentuk-bentuk soalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh Prof:-

Soalan 1: Mengapa pejuang bahasa dan ramai intelek menentang usaha kerajaan dalam PPSMI ini?

Jawapan: Tiada seorang pun golongan di atas menentang usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bahkan mereka lebih fasih berbahasa Inggeris. Mereka hanya mahu kedudukan bahasa Melayu dipelihara, dipupuk dan dijadikan bahasa ilmu, bahasa moden di Malaysia.

Soalan 2: Bukankah perubahan ini melibatkan 2 mata pelajaran sahaja iaitu Sains dan Matematik?

Jawapan: Tanggapan ini mengelirukan kerana mulai 2003,pelaksanaannya dijalankan serentak di darjah satu Sek. Rendah, tingkatan satu Sek. Men, dan Matrikulasi/Tingkatan VI Bawah. Menjelang 2008, BI menjadi bahasa pengantar utama dan bahasa Melayu menjadi bahasa sampingan di peringkat sekolah dan IPT.

Soalan 3: Bukankah kelemahan pelajar Melayu dalam BI suatu kenyataan? Ramai pelajar U sukar membaca bahan BI? Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

Jawapan: Jika masalah penguasaan BI , carilah jalan menguasai BI bukan libatkan mata pelajaran Sains dan Matematik. Tumpukan kepada kemahiran membaca, kemudian mendengar. Kemudian peringkatkan bahan bacaan seterusnya menguasai kemahiran yang lain.

Soalan 4: Apa salahnya mencuba cara baru (PPSMI)? Bukankah dengan ini pelajar akan menguasai kedua-dua mata pelajaran sekaligus?

Jawapan: Bahaya kaedah cuba-cuba atau dalam BI ‘trial and error’ kerana ia melibatkan generasi manusia. Ditakuti anak-anak yang diharapkan dapat menguasai Sains dan Matematik dan memperbaiki BI, menjadi merosot ketiga-tiga subjek tersebut.

Soalan 5: Kalau begitu kita tidak bolehlah membawa suatu perubahan sedangkan cara yang sedia ada ternyata tidak berhasil?

Jawapan: Kita boleh sahaja mencuba kaedah yang baru. Tetapi perlu faham kenapa kaedah pertama gagal. Sehingga kini belum ada bukti dari mana-mana pelusuk dunia, mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa kedua lebih berkesan daripada mengajarnya dalam bahasa pertama.

Soalan 6: Apakah salahnya kalau kita tukar sahaja bahasa pengantar di sekolah dan di IPT kepada bahasa Inggeris? Apa ruginya orang Melayu? Bukankah kita sedang menghadapi globalisasi?

Jawapan: Langkah pertama, mesti faham apa makna dan implikasi globalisasi itu; baik buruknya. Seterusnya dalam mendepani arus globalisasi, kita mesti mempertahankan keperibadian,identiti, nilai-nilai murni, budaya dan bahasa kita.

Soalan 7: Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan tindakan proaktif dengan mendedikasikan hari Khamis sebagai Hari Bahasa Inggeris. Apakah ini satu langkah yang bijak?

Jawapan: Rujuk akhbar The Star, 30 Jun 2002. Pada dasarnya usaha meningkatkan bahasa Inggeris itu baik, tetapi fokusnya telah menyimpang jauh. Perkara yang perlu ditekankan ialah kemahiran bertutur.

Soalan 8: Apakah keadaan ini mempunyai dampak yang lebih meluas dari segi kedudukan bahasa Melayu di negara ini? Bagaimana dengan jaminan pemimpin-pemimpin kita bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak akan terjejas?

Jawapan: Dampak yang jelas ialah bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa sains dan teknologi maklumat. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa pasar sahaja.

http://mahasiswakini.com/

Jumaat, 27 Mac 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.



http://perkongsianmaklumat.blogspot.com/

Rabu, 25 Mac 2009

MANSUH PPSMI !!!





1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).

2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.

3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.

5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.

6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.

8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).

9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.
Posted by hararahizbullah at 6:00 PM

Khamis, 19 Mac 2009

Tanda-tanda dilamun CINTA!


Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas?


Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya! Pastinya cinta-Nya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dll.

Bagaimana nak tahu anda sedang dicintai-Nya?




1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/Syurga).
Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya”.

2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: “ mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri”.



3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??

5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah.
Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan.
Kata al-Junaid: “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”.



7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: “Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka”. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.

8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah.
Ada yang menyangka takut itu bertentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku” . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud” “Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud”.


Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku, adakah anda ingin menggapai cinta Allah ?

Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w.

Jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain.
Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.

Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.




Kiriman pada 06 Feb 07 oleh paradsym
http://mymkkk.org/v2/