Sabtu, 3 Julai 2010

Secebis manis di Jordan.. ;)

Dari sisi pandang adikku di Yarmouk...

~Kami sangat bahagia bertemu denganmu angah!~

TAHNIAH ATAS KECEMERLANGANMU MERANGKUL 'THE BEST STUDENT of FACULTY'!

TAHNIAH JUGA ATAS PENERIMAAN IJAZAH TEMPOHARI!


http://mukhlisahfillah.blogspot.com

.............



RINDUKU TERUBAT JUA..

~bergambar di 306, Queen Alia Hotel (penuh bersejarah)


Alhamdulillah. Baru semalam saya (dan along) kembali dari Amman, berjumpa dengan ahli keluarga setelah hampir 2 tahun tidak bertemu. Sebenarnya saya dan beberapa kawan lain (along, hamuz dan mcyah) dah berjumpa dengan mereka 10 hari lepas, dalam transit pertama mereka sebelum menunaikan umrah. Sedih memang sedih kerana tidak dapat menuruti mereka. Apatah lagi bila kesemua ahli keluarga terlibat dalam mengikuti travel tersebut : abah, emak, kakak, adik, embah dan opah baru. Tapi kata-kata emak sedikit sebanyak menghilangkan terkilan di hati. Mana tidaknya, kos untuk berumrah dari Jordan, jika menggunakan jalan darat hanyalah sekitar 100JD (RM500), jika menggunakan jalan udara hanyalah sekitar 250JD (RM1250). Berbanding kos dari Malaysia yang memakan belanja lebih dari RM6000/orang. Namun atas sebab-sebab dan masalah tertentu, saya tidak dapat ikut. T_T

~kenapa semua dah kurus?? - rindu kat angah yee...



Cerita "behind the scene"

Muqaddimah
Di Jordan terdapat 2 lapangan terbang. Yang utamanya terletak di Amman, Queen Alia Airport, dinamakan bersempena nama permaisuri kepada King Abdullah Tsani yang memerintah Jordan sekarang. Perjalanan dari Irbid ke Amman (Mujamma' Syimal - bus station) memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Manakala dari Mujamma' Syimal ke airport, jika menaiki bas ekspres lebih kurang 50 minit perjalanan, jika menaiki teksi lebih kurang 35 minit.

Kelmarin saya (dan along) tiba di airport lebih kurang jam10 malam. Keadaan agak sesak berbanding hari-hari lain kerana majoriti flight dari Eropah berstatus 'delayed'. Maka berbagai-bagai gelagat golongan Arab yang majoritinya nampak kaya dan berada kami saksikan sementara menunggu status flight RJ721 (Royal Jordanian) dari Jeddah.



2.45 pagi - Rombongan umrah Andalusia tiba..


Alhamdulillah.. semuanya selamat, walaupun masing-masing ada yang sakit belakang, sakit kaki, dsb, dan majoriti dalam keadaan suram kerana mengantuk. Langkah menuju ke bas RJ digagahi.

"Mak, bagitahulah Mrs. Eva (ketua rombongan) kitorang nak naik sama.."

Mrs. Eva hanya menunjukkan isyarat 'naik je, senyap-senyap'..

Maka, berlangsunglah perjalanan lebih kurang 10 minit menuju ke Queen Alia Gateway Hotel. Oleh kerana masing-masing letih dan penat, prosuder agak pantas - pemeriksaan barang dan individu, check-in hotel, bergerak masuk lift..

Kami (emak, abah, kakak, adik, along dan saya) merupakan kumpulan terakhir yang memasuki lift. Dalam masa yang sama terdapat juga beberapa orang pembantu hotel.


"What's your room number?", soal pekerja bercermin mata dan berwajah serius.

"tsalasa mieh wa tsamanieh (308)", jawab along dengan slang Arab Jordan.

Pintu lift yang baru sahaja hendak tertutup terus ditahannya..

"Ent min Amman?? (Awak dari Amman??)", soalnya terkejut.

"na'am", jawab along pantas.

"alamak.... kantoi.....", kataku dalam hati.

"min kaman min Amman?? (sape lagi dari Amman??)", kami masing-masing memandang antara satu dengan yang lain, mula merasakan ada yang tak kena. (pandang orang lain sekali, strategi untuk mengelak)
"mamnu' dukhul (awak tak boleh masuk)... bla bla bla..", kami tadah telinga jer..


Selepas diambilnya nombor bilik, terus dia bergegas ke kaunter hadapan. Pintu lift yang tadinya ditahan, mula tertutup dan bergerak ke tingkat 3.


"Gulp..", Allah je yang tahu bagaimana dalam hati ni. Muka along dah mula kelat. Orang lain semua senyap dengan muka yang agak cool. (Patut lah! sebab orang tu cakap dalam bahasa Arab. Kalau mak abah faham, mesti diorang risau gile..)

Macam-macam teori telah kami cipta dan bermain-main di fikiran. Mata langsung tak boleh lelap walaupun hakikatnya mengantuk sangat-sangat.

'nanti kena tendang ke..'

'ke.. kena bayar.. berapa ratus pulak lah. lagipun bukannya hotel biasa..'



'kena penjara??'
Lama lepas Subuh baru dapat kami lelapkan mata. Cerita-cerita kakak di Haramain sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran di hati, namun tetap tidak dapat melenyapkan rasa itu!


"Along, tidurlah.. nanti kena halau, kat mana pula kita nak tidur..", bunyi macam cool, dalam hati - ribut. Setengah hari kena marah dengan along sebab buat macam tak kesah je. tak habis-habis ajakan "jom balik" terpacul di mulutnya.

"adik, jom balik.."


"adik, pukul berapa kita nak balik ni??!"
"along nak balik kul9".. erk, awalnyee.. flight mak abah kul 2 pagi karang.. relax la dulu..




2.15 petang - keluar dari hotel ke bandar Amman

Kesian juga pada ahli rombongan, transit 24 jam tapi tak dapat visa untuk keluar dari kawasan airport. Mereka hanya sempat travel di sekitar Jordan ketika mula-mula sampai dahulu, itupun hanya untuk beberapa jam, sempat singgah di 4 tempatsekitar Amman semata, terkejar-kejar juga.
Mula-mula berjumpa dahulu, kami ada bawakan buah ceri dan strawberi besar-besar sebagai ole-ole untuk tetamu dari Malaysia. Rupa-rupanya mereka sangat berminat, dan berhasrat membawanya pulang ke Malaysia. Maka, kami pun mengambil tempahan untuk ceri, strawberi dan apricot (yang sedang dalan musimnya). Hampir 20kg juga kesemuanya.
Kakak mengiringi kami (saya dan along) ke luar pintu hotel. Sume pegawai yang kami jumpa di sepanjang laluan memandang kami. Mula la rasa serba serbi tak kena, seolah-olah ada sesuatu yang pelek sedang berlaku. (mungkin perasaan kami je)


Strategi :
"jangan cakap bahasa Arab, kita guna bahasa Inggeris je"
"kalau nak cakap bahasa Arab, buat-buatlah tergagap tak reti..


"muka maintain cool"..



Bermacam-macam pesan ayat Quran yang kakak suruh kami baca. Seronok juga mengatur strategi dalam keadaan orang sekeliling tak faham apa yang kita perkatakan.

Alhamdulillah. kami berjaya melepasi kawasan guard di pintu hotel. Senyum dan salam dihulurkan. Merasakan bahawa telah terlepas, saya berborak pendek dengan kakak di muka pintu. Tengah-tengah perbualan, kami melihat kelibat salah seorang guard membuka langkah ke arah kami, terus saya matikan perbualan dengan ayat tergantung, "dia datang".. cabut..
Baru je beberapa langkah ke depan, guard tu panggil, "ya sobaya..", panggilan untuk budak perempuan. "Alamak.."..
Patah balik. Bersedia untuk melaksanakan strategi.


"Bitehkul 'Araby?? (korang boleh cakap Arab?)", tanya guard tersebut dengan slang 'ammy (bahasa pasar) Jordan. 'mana pulak la orang ni tahu..'
"Na'am.syuwai.syuwai. (boleh la sikit2)", sambut along sepatah sepatah. Rasanya orang baru belajar pun tidak la bercakap begitu. Argh, lantak lah..
"Wein bitrouh? (awak nak ke mana?)", tanya nya lagi.


Kami saling berpandangan. "nuridu an nazhaba ila...... (kami nak pergi ke.....)", buat-buat tak tahu tempat pulak!
Melihat kepada gerak geri kami yang tergagap gagap bercakap Arab, dan menggunakan bahasa fushah sepenuhnya (siap berbaris belakang lagi), dia tersenyum. Setiap yang dikatakannya dia akan sertakan dengan gaya sekali, bimbang kalau kami tak faham, kadang-kadang diulangnya 2-3 kali supaya kami dapat menangkapnya.

Kakak yang duduk di tepinya menahan gelak melihat gelagat kami.


Alhamdulillah, lepas. Siap pesan - kalau nak pergi bandar, naik bas sekian sekian.. kami sambut dgn "Oooo..." je lah. Kalaulah semua Arab pun begini.... (tak la cerita ni jadi panjang berjela).
Langkah diteruskan ke gate utama. Sambil-sambil kami menunjuk-nunjuk ke kiri dan kanan, seolah-olah orang tak tahu jalan dan baru kali pertama sampai.


"Where do u want to go?", soal guard dengan serius.
Apalagi, strategi dilaksanakan sekali lagi. Siap 3 orang guard menuju ke arah kami.
"Awak masuk dari pintu mana?? Masa awak masuk ada tak guard cakap apa-apa kat awak?? bla bla bla.." (dah siap alih bahasa). Macam-macam pertanyaan yang diajukan.
"Er, saya tak tahu pula kalau-kalau hotel ni ada 2 gate. Tak de pula sape-sape cakap apa-apa. Kami datang ni semata-mata ziarah jer. bla bla bla..", melihat ke'blur'an kami, Alhamdulillah lepas.. dalam masa yang sama salah seorang daripada mereka 'melaporkan' menerusi telefon apa yang kami perkatakan tadi.
Rasa bagai dilepaskan dari penjara.. fuhh, lega.




~kedai buah tepi jalan yang kami singgah..~beraneka buah tempatan Jordan.

******************

Begitulah sebahagian daripada kisah. Penat pula nak menghabiskan.

Namun, pengajaran yang perlu diambil - "walau apa pun keadaan, jangan cuba menipu". Mengelak tu lain cerita.. Alhamdulillah rasa lah Allah mudahkan. "Hidup ini perlukan kepandaian, bukan pandai belajar semata-mata".

On the way berpatah semula ke hotel untuk menghantar buah-buahan tempatan Jordan, barulah kami tahu prosudernya mudah sahaja. Tinggalkan ic atau pengenalan diri di kaunter guard, then masuklah ke dalam, asalkan tidak membawa barang-barang yang disyaki.

Kelakar. Beginilah cerita yang Allah susun di waktu-waktu terakhir kami berada di Jordan.. sebagai 'ole-ole kenangan' kami pulang ke Malaysia nanti.


~say good bye to Queen Alia Hotel and to them..

To my lovely family; "Jumpa lagi 5 hari sebelum Eidul Fitry nanti.." insyaAllah..

Hasratku untuk mereka jejak ke bumi Jordan dan merasai kelazatan buah tin segar telah terlaksana. Alhamdulillah. Walaupun sebentar cuma, namun rinduku telah terubat jua.. Thanks to all of you. Mubarak umrah.



Mukhlisah Mardhiah
14 Jun 2010 (selasa)
9.38 pm
Syari' Thulkram, Irbeed, Jordan.
Suhu malam ini : 24 oc.


-Teringat along kata kat kawan-kawan; "Entah la adik tu, macam takde perasaan je jumpa family dia.." ~ hu..

-"Perasaan itu bahasanya hati..".. ^_^

Selasa, 29 Jun 2010

Monolog Jiwa...

Bismillahi walhamdulillah..

Allahu Allah...
Lama saya tidak berpeluang menyentuh papan kekunci untuk berkongsi ilmu dan rasa dalam kembara hampir sebulan lepas. Bukan tidak sudi, tetapi atas kekangan teknikal (wifi) dan tugasan semester ini yang kian menghambat waktu, mengikat saya.

Sangat ingin berkongsi rasa menjadi tetamu Allah dan tetamu RasululLah di dua tanah haram baru-baru ini (2-14 Jun'10)...tapi, untuk menukilkan semuanya, tidak mungkin rasanya. Apapun, insyaAllah saya akan kongsikan dari masa ke masa.

Wah...inipun saya sebenarnya seperti berkira-kira mahu menaip bait-bait kata ini kerana masih terngiang-ngiang di gegendang telinga akan amanat berapi Dr. Masyitah yang meminta kami-guru pelatih semester 8, agar menghentikan segala aktiviti blogging, facebook dsb sepanjang semester ini. Masa yang ada perlu ditumpukan sepenuhnya terhadap Penyelidikan Tindakan -yang agak mencabar itu.., Internship selama sebulan yang akan bermula pada minggu hadapan, tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi empat mata pelajaran semester ini, tugasan-tugasan tutorial, projek sukan untuk murid-murid pendidikan khas, serta Penilaian MQA yang masih belum selesai!

Lagi gerun apabila 'dibasuh' sebilas-bilasnya oleh Cik Meskinah. Ya, sangat-sangat termuhasabah! Mereka, para pensyarah, ibu bapa kami telah banyak berkorban untuk membantu kami bagi memastikan kami berjaya bergelar guru lepasan ijazah keluaran IPG yang pertama! Oleh itu, kami perlu membantu diri kami sendiri...sungguh-sungguh, supaya rahmatnya terlimpah pada generasi mendatang, insyaAllah. Waktu masih ada. Manfaatkan sebaiknya!

Yalah, masakan tidak kami diberi perhatian yang sangat rapi...'bakal anak sulung' kelahiran IPG, sudah pastilah semua pihak menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap kami.

Apapun, saya sangat yakin dan percaya, dengan restu mak abah, nusrah/ bantuan Allah akan memudahkan kita melalui onak dan liku kehidupan terutama dalam final semester ini, dengan tenang dan mudah. InsyaAllah.

Alhamdulillah, walaupun tugasan sudah bertimpa-timpa, saya harap Allah akan terus mengekalkan hati dan jiwa saya dalam ketenangan untuk menghadapi cabaran ini sebaiknya.
Mudah-mudahan, insyaAllah. Apapun, saya mesti menyusun dan memanfaatkan waktu dan peluang yang ada, sebaiknya. Tingkatkan pengorbanan!

Saya tidak pandai, saya tidak kuat, tetapi saya mohon agar Allah menurunkan rahmat dan bantuanNYA atas saya, atas kita semua...dan saya perlu ingat! Ketenangan yang Allah berikan ini adalah kerana kita membantu agamaNYA.

"IntansurulLAHa yansurkum, wa yuthabbit aqdamakum!"
"jika kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu!"

YAKINLAH!

Oleh itu, walau sibuk bagaimana sekalipun dalam menyelesaikan tugasan akademik, jangan sekali-kali tinggalkan KEWAJIPAN BERDAKWAH!

Kerana sesungguhnya, di situlah letaknya KUNCI untuk Allah mudahkan pula urusan kehidupan kita fiddaraini.

Lazimi diri dengan tahajud, taubat, hajat dan istikharah. Moga Allah tunjuk pilihan yang benar dan tepat untuk kita dalam tiap urusan, insyaAllah.


..............



"Ya Allah,
sesungguhnya aku ini hanyalah hambaMU yang lemah dan hina. Aku ini tidak punya apa-apa. Lantaran itu Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangMU, aku pohonkan padaMU sedikit kekuatan daripada kekuatanMu yang banyak. Hamba pohonkan dariMU sedikit kelebihan daripada kelebihanMU yang banyak. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Maha Mengetahui, sedangkan aku tidak tahu apa-apa! Bantulah aku dan para sahabatku Ya Allah...bantulah kami dalam urusan kehidupan dunia dan akhirat kami. Tetapkanlah hati-hati kami agar tetap teguh dalam perjuangan menegakkan agamaMU Ya Rahman...berilah kami hidayah dan taufiqMU Ya Rahiim..."

"AstaghfirulLAH...Wahai Tuhan kami, janganlah KAU pesongkan hati kami setelah KAU memberi hidayah dan petunjukMU kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan kami,ampunilah segala dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka lebih daripada mereka mengasihani kami sejak kecil lagi. Wahai Tuhan Yang Maha Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami atas agamaMU, dan ketaatan kepadaMU, serta berjuang di atas jalanMU!"

"Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanataw waqina azabannar..."

LAHAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ADZIM..
Tiada daya upaya kekuatan dan kekuasaan melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung!



Yang Merindui Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi,

Mukhlisah Mutmainnah,
IPG-K.I.K'10
Teratak Damai,
30 Jun /18 Rejab
12.42 a.m.

Rabu, 26 Mei 2010

Meneliti Aib Sendiri..


Oleh Imam al Ghazali



Jika ALlah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, Ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.



Umar RadiyaLlahu 'anhu berkata : "Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib kepadaku."

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : "Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai."

Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. Akhirnya Salman berkata : "Aku mendengar engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi engkau memakainya di malam hari."

"Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?" Tanya Saidina Umar.

"Tidak"

"Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan," ucap beliau.

Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu 'anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. "Engkau adalah sohibus sir (orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?"

Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Namun, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Tetapi, orang yang memiliki mata hari jernih mampu mengambil pelajaran dari pelbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian ia tuntut dirinya untuk segera meninggalkannya. Sebab, seorang Mukmin adalah cermin bagi Mukmin lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.



Sumber : Muhammad Bin Muhammad al Ghazali, Ihya' Ulumiddin, Toha Putera, Semarang - Indonesia, m/s 62.

Sumber : Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Taman Ilmu, Cetakan ke-5, 2008 Semanggi-Surakarta,
Ditulis oleh : IbnuNafis

Aku ingin menjadi pencinta TAUBAT..

......“Aku ingin bertaubat hanya saja dosaku terlalu banyak. Aku pernah terjerumus dalam zina. Sampai-sampai aku pun hamil dan sengaja membunuh jiwa dalam kandungan. Aku ingin berubah dan bertaubat. Mungkinkah Allah mengampuni dosa-dosaku?!”


Sebagai nasehat dan semoga tidak membuat kita berputus dari rahmat Allah, cobalah kita lihat sebuah kisah yang pernah disebutkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ini. Semoga kita bisa mengambil pelajaran-pelajaran berharga di dalamnya.



Kisah Taubat Pembunuh 100 Jiwa

Kisah ini diriwayatkan dari Abu Sa’id Sa’ad bin Malik bin Sinaan Al Khudri radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أنّ نَبِيَّ الله – صلى الله عليه وسلم – ، قَالَ : (( كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وتِسْعينَ نَفْساً ، فَسَأَلَ عَنْ أعْلَمِ أَهْلِ الأرضِ ، فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ ، فَأَتَاهُ . فقال : إنَّهُ قَتَلَ تِسعَةً وتِسْعِينَ نَفْساً فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوبَةٍ ؟ فقالَ : لا ، فَقَتَلهُ فَكَمَّلَ بهِ مئَةً ، ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الأَرضِ ، فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ . فقَالَ : إِنَّهُ قَتَلَ مِئَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ ؟ فقالَ : نَعَمْ ، ومَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وبَيْنَ التَّوْبَةِ ؟ انْطَلِقْ إِلى أرضِ كَذَا وكَذَا فإِنَّ بِهَا أُناساً يَعْبُدُونَ الله تَعَالَى فاعْبُدِ الله مَعَهُمْ ، ولاَ تَرْجِعْ إِلى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أرضُ سُوءٍ ، فانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ ، فاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلائِكَةُ الرَّحْمَةِ ومَلائِكَةُ العَذَابِ . فَقَالتْ مَلائِكَةُ الرَّحْمَةِ : جَاءَ تَائِباً ، مُقْبِلاً بِقَلبِهِ إِلى اللهِ تَعَالَى ، وقالتْ مَلائِكَةُ العَذَابِ : إنَّهُ لمْ يَعْمَلْ خَيراً قَطُّ ، فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ في صورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ
- أيْ حَكَماً – فقالَ : قِيسُوا ما بينَ الأرضَينِ فَإلَى أيّتهما كَانَ أدنَى فَهُوَ لَهُ . فَقَاسُوا فَوَجَدُوهُ أدْنى إِلى الأرْضِ التي أرَادَ ، فَقَبَضَتْهُ مَلائِكَةُ الرَّحمةِ )) مُتَّفَقٌ عليه .
“Dahulu pada masa sebelum kalian ada seseorang yang pernah membunuh 99 jiwa. Lalu ia bertanya tentang keberadaan orang-orang yang paling alim di muka bumi. Namun ia ditunjuki pada seorang rahib. Lantas ia pun mendatanginya dan berkata, ”Jika seseorang telah membunuh 99 jiwa, apakah taubatnya diterima?” Rahib pun menjawabnya, ”Orang seperti itu tidak diterima taubatnya.” Lalu orang tersebut membunuh rahib itu dan genaplah 100 jiwa yang telah ia renggut nyawanya.


Kemudian ia kembali lagi bertanya tentang keberadaan orang yang paling alim di muka bumi. Ia pun ditunjuki kepada seorang ‘alim. Lantas ia bertanya pada ‘alim tersebut, ”Jika seseorang telah membunuh 100 jiwa, apakah taubatnya masih diterima?” Orang alim itu pun menjawab, ”Ya masih diterima. Dan siapakah yang akan menghalangi antara dirinya dengan taubat? Beranjaklah dari tempat ini dan ke tempat yang jauh di sana karena di sana terdapat sekelompok manusia yang menyembah Allah Ta’ala, maka sembahlah Allah bersama mereka. Dan janganlah kamu kembali ke tempatmu(yang dulu) karena tempat tersebut adalah tempat yang amat jelek.”


Laki-laki ini pun pergi (menuju tempat yang ditunjukkan oleh orang alim tersebut). Ketika sampai di tengah perjalanan, maut pun menjemputnya. Akhirnya, terjadilah perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat adzab. Malaikat rahmat berkata, ”Orang ini datang dalam keadaan bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah”. Namun malaikat adzab berkata, ”Orang ini belum pernah melakukan kebaikan sedikit pun”. Lalu datanglah malaikat lain dalam bentuk manusia, mereka pun sepakat untuk menjadikan malaikat ini sebagai pemutus perselisihan mereka. Malaikat ini berkata, ”Ukurlah jarak kedua tempat tersebut (jarak antara tempat jelek yang dia tinggalkan dengan tempat yang baik yang ia tuju -pen). Jika jaraknya dekat, maka ia yang berhak atas orang ini.” Lalu mereka pun mengukur jarak kedua tempat tersebut dan mereka dapatkan bahwa orang ini lebih dekat dengan tempat yang ia tuju. Akhirnya,ruhnya pun dicabut oleh malaikat rahmat.”1





Beberapa Faedah Hadits

Pertama: Luasnya ampunan Allah

Hadits ini menunjukkan luasnya ampunan Allah. Hal ini dikuatkan dengan hadits lainnya,

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « قَالَ اللَّهُ يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِى وَرَجَوْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِى بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِى لاَ تُشْرِكُ بِى شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً »
Anas bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ”Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap pada-Ku, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya seandainya engkau mendatangi-Ku dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun pada-Ku, tentu Aku akan mendatangi-Mu dengan ampunan sepenuh bumi pula.”2

Kedua: Allah akan mengampuni setiap dosa meskipun dosa besar selama mau bertaubat

Selain faedah dari hadits ini, kita juga dapat melihat pada firman Allah Ta’ala,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53). Ibnu Katsir mengatakan, ”Ayat yang mulia ini berisi seruan kepada setiap orang yang berbuat maksiat baik kekafiran dan lainnya untuk segera bertaubat kepada Allah. Ayat ini mengabarkan bahwa Allah akan mengampuni seluruh dosa bagi siapa yang ingin bertaubat dari dosa-dosa tersebut, walaupun dosa tersebut amat banyak, bagai buih di lautan. ”3

Ayat ini menunjukkan bahwa Allah akan mengampuni setiap dosa walaupun itu dosa kekufuran, kesyirikan, dan dosa besar (seperti zina, membunuh dan minum minuman keras). Sebagaimana Ibnu Katsir mengatakan, ”Berbagai hadits menunjukkan bahwa Allah mengampuni setiap dosa (termasuk pula kesyirikan) jika seseorang bertaubat. Janganlah seseorang berputus asa dari rahmat Allah walaupun begitu banyak dosa yang ia lakukan karena pintu taubat dan rahmat Allah begitu luas.”4

Ketiga: Janganlah membuat seseorang putus asa dari rahmat Allah

Ketika menjelaskan surat Az Zumar ayat 53 di atas, Ibnu Abbas mengatakan, “Barangsiapa yang membuat seorang hamba berputus asa dari taubat setelah turunnya ayat ini, maka ia berarti telah menentang Kitabullah ‘azza wa jalla. Akan tetapi seorang hamba tidak mampu untuk bertaubat sampai Allah memberi taufik padanya untuk bertaubat.”5

Keempat: Seseorang yang melakukan dosa beberapa kali dan ia bertaubat, Allah pun akan mengampuninya

Sebagaimana disebutkan pula dalam hadits lainnya, dari Abu Huroiroh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang diceritakan dari Rabbnya ‘azza wa jalla,

أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى ذَنْبِى. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَذْنَبَ عَبْدِى ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ فَقَالَ أَىْ رَبِّ اغْفِرْ لِى ذَنْبِى. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَبْدِى أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ فَقَالَ أَىْ رَبِّ اغْفِرْ لِى ذَنْبِى. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَذْنَبَ عَبْدِى ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ
“Ada seorang hamba yang berbuat dosa lalu dia mengatakan ‘Allahummagfirliy dzanbiy’ [Ya Allah, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ay robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa’. (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba tersebut mengulangi lagi berbuat dosa, lalu dia mengatakan, ‘Ay robbi agfirli dzanbiy’ [Wahai Rabb, ampunilah dosaku]. Lalu Allah berfirman, ‘Hamba-Ku telah berbuat dosa, lalu dia mengetahui bahwa dia memiliki Rabb yang mengampuni dosa dan menghukumi setiap perbuatan dosa. Beramallah sesukamu, sungguh engkau telah diampuni.”6 An Nawawi dalam Syarh Muslim mengatakan bahwa yang dimaksudkan dengan ‘beramallah sesukamu’ adalah selama engkau berbuat dosa lalu bertaubat, maka Allah akan mengampunimu.

An Nawawi mengatakan, ”Seandainya seseorang berulang kali melakukan dosa hingga 100 kali, 1000 kali atau lebih, lalu ia bertaubat setiap kali berbuat dosa, maka pasti Allah akan menerima taubatnya setiap kali ia bertaubat, dosa-dosanya pun akan gugur. Seandainya ia bertaubat dengan sekali taubat saja setelah ia melakukan semua dosa tadi, taubatnya pun sah.”7


Ya Rabb, begitu luas sekali rahmat dan ampunan-Mu terhadap hamba yang hina ini …


Kelima: Diterimanya taubat seorang pembunuh

An Nawawi rahimahullah mengatakan, ”Ini adalah madzhbab para ulama dan mereka pun berijma’ (bersepakat) bahwa taubat seorang yang membunuh dengan sengaja, itu sah. Para ulama tersebut tidak berselisih pendapat kecuali Ibnu ‘Abbas. Adapun beberapa perkataan yang dinukil dari sebagian salaf yang menyatakan taubatnya tidak diterima, itu hanyalah perkataan dalam maksud mewanti-wanti besarnya dosa membunuh dengan sengaja. Mereka tidak memaksudkan bahwa taubatnya tidak sah.”8

Keenam: Orang yang bertaubat hendaknya berhijrah dari lingkungan yang jelek

An Nawawi mengatakan, ”Hadits ini menunjukkan orang yang ingin bertaubat dianjurkan untuk berpindah dari tempat ia melakukan maksiat.”9

Ketujuh: Memperkuat taubat yaitu berteman dengan orang yang sholih

An Nawawi mengatakan, ”Hendaklah orang yang bertaubat mengganti temannya dengan teman-teman yang baik, sholih, berilmu, ahli ibadah, waro’dan orang-orang yang meneladani mereka-mereka tadi. Hendaklah ia mengambil manfaat ketika bersahabat dengan mereka.”10
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang sholih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak misk dan pandai besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak misk olehnya, engkau bisa membeli darinya atau minimal dapat baunya. Adapun berteman dengan pandai besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, minimal engkau dapat baunya yang tidak enak.”11

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadits ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama maupun dunia kita. Dan hadits ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia.”12

Kedelapan: Keutamaan ilmu dan orang yang berilmu

Dalam hadits ini dapat kita ambil pelajaran pula bahwa orang yang berilmu memiliki keutamaan yang luar biasa dibanding ahli ibadah. Sebagaimana disebutkan dalam hadits lainnya, dari Abu Darda’, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ
”Dan keutamaan orang yang berilmu dibanding seorang ahli ibadah adalah bagaikan keutamaan bulan pada malam purnama dibanding bintang-bintang lainnya.”13 Al Qodhi mengatakan, ”Orang yang berilmu dimisalkan dengan bulan dan ahli ibadah dimisalkan dengan bintang karena kesempurnaan ibadah dan cahayanya tidaklah muncul dari ahli ibadah. Sedangkan cahaya orang yang berilmu berpengaruh pada yang lainnya.”14

Kesembilan: Orang yang berfatwa tanpa ilmu hanya membawa kerusakan

Lihatlah bagaimana kerusakan yang diperbuat oleh ahli ibadah yang berfatwa tanpa dasar ilmu. Ia membuat orang lain sesat bahkan kerugian menimpa dirinya sendiri. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Umar bin ‘Abdul ‘Aziz,

مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ
”Barangsiapa beribadah pada Allah tanpa ilmu, maka kerusakan yang ditimbulkan lebih besar daripada perbaikan yang dilakukan.”15





Syarat Diterimanya Taubat

Syarat taubat yang mesti dipenuhi oleh seseorang yang ingin bertaubat adalah sebagai berikut:

Pertama: Taubat dilakukan dengan ikhlas, bukan karena makhluk atau untuk tujuan duniawi.

Kedua: Menyesali dosa yang telah dilakukan sehingga ia pun tidak ingin mengulanginya kembali.

Ketiga: Tidak terus menerus dalam berbuat dosa. Maksudnya, apabila ia melakukan keharaman, maka ia segera tinggalkan dan apabila ia meninggalkan suatu yang wajib, maka ia kembali menunaikannya. Dan jika berkaitan dengan hak manusia, maka ia segera menunaikannya atau meminta maaf.

Keempat: Bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut lagi karena jika seseorang masih bertekad untuk mengulanginya maka itu pertanda bahwa ia tidak benci pada maksiat.

Kelima: Taubat dilakukan pada waktu diterimanya taubat yaitu sebelum datang ajal atau sebelum matahari terbit dari arah barat. Jika dilakukan setelah itu, maka taubat tersebut tidak lagi diterima.

Inilah syarat taubat yang biasa disebutkan oleh para ulama.




Penutup

Saudaraku yang sudah bergelimang maksiat dan dosa. Kenapa engkau berputus asa dari rahmat Allah? Lihatlah bagaimana ampunan Allah bagi setiap orang yang memohon ampunan pada-Nya. Orang yang sudah membunuh 99 nyawa + 1 pendeta yang ia bunuh, masih Allah terima taubatnya. Lantas mengapa engkau masih berputus asa dari rahmat Allah?!

Orang yang dulunya bergelimang maksiat pun setelah ia taubat, bisa saja ia menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Ia bisa menjadi muslim yang sholih dan muslimah yang sholihah. Itu suatu hal yang mungkin dan banyak sekali yang sudah membuktikannya. Mungkin engkau pernah mendengar nama Fudhail bin Iyadh. Dulunya beliau adalah seorang perampok. Namun setelah itu bertaubat dan menjadi ulama besar. Itu semua karena taufik Allah. Kami pun pernah mendengar ada seseorang yang dulunya terjerumus dalam maksiat dan pernah menzinai pacarnya. Namun setelah berhijrah dan bertaubat, ia pun menjadi seorang yang alim dan semakin paham agama. Semua itu karena taufik Allah. Dan kami yakin engkau pun pasti bisa lebih baik dari sebelumnya. Semoga Allah beri taufik.

Ingatlah bahwa orang yang berbuat dosa kemudia ia bertaubat dan Allah ampuni, ia seolah-olah tidak pernah berbuat dosa sama sekali. Dari Abu ‘Ubaidah bin ‘Abdillah dari ayahnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لاَ ذَنْبَ لَهُ
”Orang yang bertaubat dari suatu dosa seakan-akan ia tidak pernah berbuat dosa itu sama sekali.”16

Setiap hamba pernah berbuat salah, namun hamba yang terbaik adalah yang rajin bertaubat. Dari Anas, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
“Semua keturunan Adam adalah orang yang pernah berbuat salah. Dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”17

Orang yang bertaubat akan Allah ganti kesalahan yang pernah ia perbuat dengan kebaikan. Sehingga seakan-akan yang ada dalam catatan amalannya hanya kebaikan saja. Allah Ta’ala berfirman,

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
”Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Furqon: 70)

Al Hasan Al Bashri mengatakan, ”Allah akan mengganti amalan kejelekan yang diperbuat seseorang dengan amalan sholih. Allah akan mengganti kesyirikan yang pernah ia perbuat dengan keikhlasan. Allah akan mengganti perbuatan maksiat dengan kebaikan. Dan Allah pun mengganti kekufurannya dahulu dengan keislaman.”18

Sekarang, segeralah bertaubat dan memenuhi syarat-syaratnya. Lalu perbanyaklah amalan kebaikan dengan melaksanakan yang wajib-wajib dan sempurnakan dengan shalat sunnah, puasa sunnah dan sedekah, karena amalan kebaikan niscaya akan menutupi dosa-dosa yang telah engkau perbuat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memberikan sebuah nasehat berharga kepada Abu Dzar Al Ghifariy Jundub bin Junadah,

اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutkanlah kejelekan dengan kebaikan, niscaya kebaikan akan menghapuskannya dan berakhlaqlah dengan sesama dengan akhlaq yang baik.”19

Semoga Allah menerima setiap taubat kita. Semoga Allah senantiasa memberi taufik kepada kita untuk menggapai ridho-Nya.


Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.



Disusun di rumah mertua tercinta, Panggang-Gunung Kidul , 1 Shofar 1431 H

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel www.muslim.or.id



Footnote:

1 HR. Bukhari dan Muslim no. 2766.
2 HR. Tirmidzi no. 3540. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini ghorib. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
3 Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 12/138-139, Muassasah Qurthubah.
4 Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 12/140.
5 Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 12/141.
6 HR. Muslim no. 2758.
7 Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 17/75.
8 Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, Yahya bin Syarf An Nawawi, 17/82, Dar Ihya’ At Turots.
9 Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 17/83
10 Idem
11 HR. Bukhari no. 2101, dari Abu Musa.
12 Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 4/324, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379
13 HR. Abu Daud no. 3641 dan no. 2682.
14 Lihat Tuhfatul Ahwadzi, Muhammad Abdur Rahma Al Mubarakfuri Abul ‘Ala, 7/376, Darul Kutub Al ‘Ilmiyah, Beirut.
15 Lihat Al Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Munkar, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, hal. 15, Mawqi’ Al Islam.
16 HR. Ibnu Majah no. 4250. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan.
17 HR. Ibnu Majah, Ad Darimi, Al Hakim. Dikatakan hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih
18 Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, 10/326-327, Muassasah Qurthubah.
19 HR. Tirmidzi no. 1987. Abu Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan lighoirihi (hasan dilihat dari jalur lainnya). Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib 2655.

Hati Kita Keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata,
“Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.




Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)


2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)


3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.


4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.


www.iluvislam.com Mohd Hafez Sabri

Isnin, 24 Mei 2010

Thobur..

Kali ini saya nak bercakap berkenaan 'thobur'. Anda tahu apa itu thobur? Jika tidak tahu baguslah. Saya pun tidak berhasrat nak beritahu. Biar orang tertentu saja tahu. Ataupun biar orang yang bersungguh-sungguh nak tahu apa maksud thobur tu sahaja yang tahu.

Sengaja saya tidak mahu beritahu dalam ruang posting kali ini, sebab apa yang saya nak catatkan dalam posting ini saya akan labelkan sebagai ILUSI.

Setiap post saya yang berlabel ILUSI, saya akan tersiratkan mesejnya. Apa yang tersurat itu bukan mesejnya, tetapi yang tersirat itulah sebenarnya mesejnya. Mengapa begitu? Kerana ada mesejnya ibarat membidikkan sesuatu kepada sasaran. Seperti mana pemburu yang berhati-hati ketika membidikkan sasarannya, maka seperti itu juga saya berhati-hati menyorok mesej posting saya yang berlabel ILUSI. Masakan tidak, blog ini pensyarah pun baca.

Thobur

Kat kampus saya ada thobur. Dan mungkin juga anda. Jadi bila mana kita bercakap tentang kampus,ia mungkin menyentuh orang yang berada di atas bukit. Orang atas bukit boleh nampak kita yang berada di kaki bukit. Jadi, kita yang berada di kaki bukit, bila nak memberitahu sesuatu pada orang yang berada di atas bukit kena berhati-hati. Takut-takut dibalingannya batu dari atas kalau apa yang hendak diberitahu itu tidak kena dengan seleranya. Hemm..

Thobur, kadang-kadang buat saya jadi menyampah. Boleh juga jadi geram. Boleh juga jadi nak lawan. Tapi orang lain yang berada di dalam thobur ni, nampaknya tak da apa-apa. Tapi saya pula yang apa-apa! Kenapa?

Konon thobur ni, nak jadikan dia nampak islamik, maka pelatih yang paling alim akan ke hadapan. Membaca-baca meminta sesuatu mudah-mudahan thobur itu diberkatiNya. Ini semua mengarut. Masakan thobur yang terpalit padanya jahiliah moden hendak diberkati Allah SWT. Malaikat rahmat pun tidak sudi nak lalu thobur tersebut, inikan pula Allah nak berkati.

Maka thobur pun bermula, lima jari diangkat, lafaz diucap. Semua orang seperti beriman dengan apa yang diucap. Saya pula, jangan harap nak ucap. Itu lafaz-lafaz yang meliberalkan Islam. Mana boleh kepercayaan pada Allah disamping tuhan-tuhan lain. Mana boleh mendaulatkan undang-undang si Eropah itu, yang kita pakai sekarang inilah. Anda melafazkannya? Anda tunggulah Disana nanti.

Kononnya itu formula ajaib atas nama perpaduan. Perpaduan-perpaduan juga, Quran dan Sunnah jangan lupa. Ia harus selari. Matahari yang gagah membara itu pun, tetap taat pada perintah Tuhannya. Sejak dari dulu lagi. Sebelum kita lahir lagi. Sebelum orang atas bukit itu lahir lagi.

Bila thobur ini sudah jadi budaya, maka semua macam dah terpedaya dengan apa yang disusun di dalamnya. Memang berjaya ghazwah fikr golongan nasionalis ni. Pelatih yang hanya taqlid buta memang mudah terpedaya. Hanya mereka yang akalnya sentiasa mencabar dan suka bertanya sahaja akan nampak permainan ghazwah fikr ni. Jika tidak teliti, anda juga mungkin akan terteguk arak ghazwah fikr ini semasa dalam thobur. Perisanya pelbagai. Jika nak tahu apa perisanya, tanyalah orang yang belajar usulludin dan aliran pemikiran semasa. Tanyalah, jika tidak, mungkin selamanya anda akan terteguk ia. Padan muka. Padan muka kerana sikap kita yang malas bertanya. Dalam Quran pun suruh bertanya pada ahlinya sekiranya kita tak tahu.


Rasulullah sendiri, semasa menyebarkan Islam, baginda ditentang, kerana baginda menentang. Baginda menentang jahiliah dan nilai-nilainya sampai ke akar umbi. Disamping itu, baginda mengajak para sahabatnya menanam benih-benih Islam dalam masyarakat Jahiliah itu. Supaya pohon yang tumbuh itu menghancurkan semalu-semalu jahiliah yang telah lama mendiami bumi Mekah itu. Kerana pohon-pohon itu juga bersifat inqilabiah, ia tidak boleh berkongsi tanah bersama semalu jahiliah. Hanya dia sahaja yang boleh tumbuh.

Maka, saya pun begitulah. Cuba ikut macam nabi. Cuba nak tanam pohon-pohon yang sama juga di bumi kampus saya ini. Disamping itu juga perlahan-lahan menyingkirkan semalu-semalu itu. Saya mulakan dalam thobur.

Cumanya, dalam mencabut semalu-semalu tersebut, saya mungkin terluka jari kerana tajamnya durinya. Disamping perlu berhati-hati kerana mungkin orang atas bukit marah mencabut semalu tersebut, kerana dia yang menanam dan menjirus air padanya saban hari supaya sentiasa tumbuh.

Apa pun saya tidak kisah. Jari terluka ke, kena marah dengan orang atas bukit ke, yang penting pokok mesti ditanam, semalu mesti dicabut. Biar seiring. Jika asing-asing, maka itu tak betul. Nah, jika tidak percaya buka surah Al-Imran 104.

Saya percaya akan ada yang bersama-sama membantu saya. Kita bina wehdatul fikr dan wihdatul amal. Kita lawan sama-sama ghazwatul fikr itu. Dalam thobur itu. Macam mana, nak bersama saya?




p/s: Kalau nak tahu thobur tu apa, blh mesej or mail saya.Tapi saya tak janji untuk beritahu.

http://ehsanhalim.blogspot.com/2010/05/thobur.html




Rabu, 19 Mei 2010

Aktiviti Menarik Sepanjang KAU'10!!


JOM PAKAT-PAKAT P!!
BAWALAH FAMILY..ADIK KAKAK, MAK NENEK..BOLEH MASUK DEWAN TGK KONSERT.

ABANG ADIK, AYAH ATOK PLAK, BOLEH MAIN PANAH & GAMES2 MENARIK DI TAPAK EKSPO!!


........

Juga pertandingan memanah terbuka untuk lelaki dan perempuan :


Latihan : 1 game = 10 anak panah = RM6

(TERMURAH di M'sia, harga promosi utk KAU'10)

jumaat 9 pagi - 10 mlm

sabtu 9 pagi - 6 ptg


Pertandingan : sabtu 8 mlm