Jumaat, 22 Januari 2010

Kata Singkat Utama Dlm Pendidikan Malaysia


Disini, admin CikguBlog telah menyediakan beberapa kata-kata singkat utama dalam bidang pendidikan di Malaysia. Terdapat ramai guru yang belum atau masih kurang pasti lagi tentang kata singkat yang wujud di laman web sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri atau portal rasmi Pendidikan Negara Malaysia. Maka dengan adanya maklumat ini, guru-guru dapatlah memahami istilah kata-kata singkat yang wujud dengan lebih teliti tidak kira di buku, surat rasmi atau di website pendidikan. Harap-harap maklumat ini dapat membantu cikgu dalam menjalankan tugas harian di sekolah. Sekian terima kasih.


AUKU: Akta Universiti dan Kolej Universiti
BPG: Bahagian Pendidikan Guru
BPI: Bahagian Pendidikan Islam
BPK: Bahagian Pendidikan Khas
BPPDP: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
BPSH: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
BPSM: Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
BPTV: Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
BRP: Buku Rekod Perkhidmatan
BT: Bahagian Tajaan Pendidikan
BTN: Biro Tatanegara
CBSG: Cuti Belajar Separuh Gaji
CBTG: Cuti Belajar Tanpa Gaji
COLA: Cost of Living Allowance (Bantuan Sara Hidup)
HEP: Hal Ehwal Pelajar
IAB: Institut Aminuddin Baki
IPG: Institut Pendidikan Guru
IPTA: Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS: Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JAN: Jabatan Akauntan Negara
JPA: Jabatan Perkhidmatan Awam
JPN: Jabatan Pelajaran Negeri
KJ: Ketua Jabatan
KPM:Kementerian Pelajaran Malaysia
KSU: Ketua Setiausaha
LHDN: Lembaga Hasil Dalam Negeri
LNPT: Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
MARA: Majlis Amanah Rakyat
PIPP: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PKPG: Program Khas Pensiswazahan Guru
PNGK: Purata Nilaian Gred Kumulatif
PPD: Pejabat Pelajaran Daerah
PPG: Pejabat Pelajaran Gabungan
PPGB: Program Pensiswazahan Guru Besar
PPP: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
PPPLD: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
PPPS: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
PTJ: Pusat Tanggungjawab
PTK: Penilaian Tahap Kecekapan
PTPTN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
PUU: Penasihat Undang-undang
SISPADU:Sistem Maklumat Bersepadu


http://www.zappafly.com


Khamis, 21 Januari 2010

Yang Tergalas di Pundak Awal'10...

BismilLAH..walhamdulilLAH..

Lama sungguh rasanya tidak meninggalkan jejak-jejak tinta di laman wasilah qalby ini. Rindu sungguh rasanya untuk mencoret ekspresi dan motivasi diri. Tapi apakan daya, tanggungjawab yang terpikul di pundak pada saat dan ketika ini menuntut kesediaan dan pengorbanan yang besar.



Tuntutan semester 7, 2010:

1- Menadah Ilmu Perubatan Islam drp Tn. Guru Dato' Dr. Haron Din di Darus Syifa', Bangi.
Masa : Hari Isnin setiap minggu, (maghrib-11pm)


2- Penyeliaan MQA untuk Semester PraPISMP (2005/2006)
Masa : 20 Jan 10 - Rabu (MQA prgkt IPG-K.I.K)
28/29 Jan 10 - Khamis/Jumaat (MQA prgkt BPG)
2 minggu kmdn (Real MQA by Prof IPTA/S)

3- Membuat proposal 'Kajian Tindakan'
Fokus : Isu-isu dalam Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Murid-murid Bermasalah Pendengaran
Masa : 4 minggu pertama kuliah

4- FINAL PRAKTIKUM di SKPK Kg. Baru, KL
Masa : 3 bulan (2 Feb-1 Mei 2010)



Itu belum termasuk kerja-kerja Islah dan Da'wah yang tempoh berakhirnya hanya apabila berlakunya hari kiamat! SubhanalLAH...kepenatan..hanya Allah jua yang tahu. Sangat menuntut daya juang yang tinggi. Emosi, sosial, intelek, jasmani dan rohani!

Tapi, semua itu insya-Allah, bilamana diIKHLASKAN KERANA ALLAH, SEMUA JADI IBADAH, SEMUA JADI MUDAH & SEMUANYA JADI INDAH!....=)


AlhamdulilLAH, syukur...diberi keyakinan atas fahaman TAQWA. Yakinlah kita dengan janji Allah:
"In tansurulLAHa yansurkum, wa yuthabbit aqdamakum.."
"Barangsiapa yang membantu agama Allah, maka Allah akan membantu meneguhkan kedudukannya (dlm agama).."

Paling penting, dalam saat genting begini, kekuatan spiritual harus dijaga. Hubungan dengan Allah perlu diperhati. Kalau nak harap kekuatan dalam diri sendiri, memang kita tidak punya apa-apa. Tapi yakinlah bahawa sesungguhnya...

"La haula wala quwwata illa bilLAHil aliyyil adzim.."
"Tiada daya upaya kekuatan dan kekuasaan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Agung!"

Kalau ini prinsip yang kita pegang, insya-Allah, ujian menggunung bagaimana sekalipun, mehnah dan tribulasi yang datang bak ombak badai yang melanda sekalipun, kita tidak akan mudah goyah dan tersungkur.




Wasiat buat all my classmate PISMP G 7.3,


Sabar-sabarlah ye...nak graduate, memang patutlah darjah skala ujiannya lebih besar daripada biasa. Tambah-tambah pula dalam tahun akhir pengajian ni...semuanya menuntut kita untuk menjadi lebih matang dalam cara berfikir, cara bertindak dan membuat keputusan.

Jangan tension-tension eh. Saya pun bukanlah bagus sangat, tapi sama-sama kita tampung kelompangan yang ada. Maybe saya boleh ingatkan sedikit-sebanyak dari sudut kestabilan emosi dan rohani...macam tu jugak uall kan. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Dan saya juga masih belajar untuk menjadikan diri ini sebahagian daripada komuniti yang berguna dan saling melengkapkan. Sebab itu bukan tugas individu tertentu sahaja, tapi tugas semua daripada kita...=)


Tragedi-tragedi yang berlaku sepanjang tiga minggu pengajian 2010 ni memanglah perit, tapi semua ni Allah sengaja plan untuk kita agar bersiap-sedia untuk menghadapi ujian yang lebih besar bila dah bergelar "cikgu" suatu hari nanti.

Umm...dah tak lama tempoh tu. Pejam celik, pejam celik, dah empat tahun setengah berlalu kehidupan kita di IPG ni kan?.. Dan harapnya,walau bagaimana marah sekalipun dengan lecturer kita coz of salah dia sendiri (yang maybe dia tak sedar..coz dah memang sifat dia camtu..) janganlah sampai menjadikan kita manusia yang tidak rasional dalam menghadapinya. Huhu...janganlah didoakan bala' atas dia pula ea...even dia tu maybe non muslim yang tak kuat agama, tapi DIA TETAP GURU KITA...

Um, kena ingat ya yang kita menadah ilmu daripada dia...kena jaga adab antara murid dengan guru (walaupun saya tahu, pasti akan ada yang tak setuju dengan apa yang saya katakan ini..). Tapi, takpelah...sekurang-kurangnya saya dah sampaikan apa yang terbuku di hati. Tambah pula, kita ni semuanya muslim. Kita ada Allah. So, cubalah perlakukan dia selayaknya dengan akhlak Islam ya... Kalau ada yang mampu untuk slow talk secara baik dengannya, persilakanlah...saya fikir, itulah antara jalan terbaik agar dia pun boleh faham situasi sebenar kita. If dia takleh nak terima tu rasanya cerita nombor 2 lah...yang penting, ada yang boleh jelaskan letak duduk perkara sebenarnya terlebih dulu.

Dan, saya harap sangat agar sebolehnya, elakkanlah daripada memperkatakan tentangnya di belakang. Sebab, selalunya saya perhatikan, bila cakap-cakap belakang ini diamalkan, mesti akan meleret-leret sehingga menyentuh tentang kekurangan peribadi individu tersebut. Fokus besar kita yang sepatutnya mungkin berkisar kepada 1 @ 2 isu akhirnya berkembang menjadi 100 isu!...hu.

Hakikatnya kawan-kawan, semua tu Allah tak izinkan...bakal mengundang kemurkaanNYA...hu. NauzubilLAHimin zalik. Um, apa yang saya perkatakan ni bukan merujuk kepada lecturer kita itu semata-mata ya, tapi teguran untuk kita beringat agar tidak memperkatakan keburukan orang lain juga. Maaf ya if ada yang terasa. Tapi ini tanggungjawab saya untuk mengingatkan.

Saya sangat takut bila mengenangkan kemurkaan Allah di akhirat kelak jika Allah bertanya "apa yang telah engkau lakukan agar saudaramu tidak berbuat zalim???"...hu, kalau saya tak buat apa-apa tindakan sekalipun dengan teguran bertulis begini, maka berdosalah saya! Maybe la if Allah tanya "apa yang kamu dah buat apabila saudaramu dizalimi?"...maybe soalan ni lebih mudah dijawab berbanding soalan yang 1st tadi. Sebab, memang bukan senang nak cegah saudara kita daripada melakukan kezaliman. Tapi, mahu atau tidak, 'yang menzalimi' juga perlu dibantu. Dengan cara, mencegahnya daripada melakukan kezaliman.

Atas kesedaran inilah, maka, saya menulis wasiat ini dalam blog ini. Terpulanglah uall nak cakap saya laser ke ape...tapi saya dah cuba sampaikan dengan sehabis lembut dan hikmah yang saya mampu, sebab saya tak nak ada yang terguris kerana kekasaran kata dan tingkah...seperti saya yang dulu.

Hopefully kita boleh belajar untuk berlapang dada menerima teguran, supaya mudah-mudahan kita boleh sama-sama bergerak menjadi GURU YANG CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT...! Ye!...=) insya-Allah, amin!


I luv u all fwenz!

Moga Allah ampuni segala dosa kita,
Moga DIA beri taufiq & hidayahNYA,
& mudah-mudahan DIA rahmati kita dunia & akhirat..
Amin!


Alhamdulillah, leganya rasa dihati selepas melakukan hobi terapi menulis ini. =) Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita, iA.

See You At The TOP!! ;)




Search for...MardhatilLAH,

Mukhlisah Mutmainnah,
Libry IPG-K.I.K,
Khamis, 21 Jan 10,
5.47 pm