Ahad, 2009 Disember 06

Sebagai Blogger Muslim...(^.^)

Salam alaik..berikut adalah motivasi yang dikongsikan oleh UstazCahaya berkenaan responnya terhadap artikel saya sebelum ini-FIQH DAKWAH.
Terima kasih saya ucapkan.
Sebagai menghargai kesudiannya memberikan komentar yang bernas serta untuk manfaat lebih ramai manusia, maka saya paparkan komentarnya di sini...
Moga beroleh manfaat yang optimum! (^.^)

................



Salam Sismukhlisah..
Artikel yang baik dan menarik :-)

Di sini saya ada 'sedikit' perkongsian. Harap dibenarkan ya..


Sebagai blogger muslim, kita harus faham dan sedar akan tanggungjawab kita untuk berdakwah dengan menggunakan teknologi maklumat terutamanya menggunakan blog.

Banyak faktor yang menyebabkan usaha dakwah Islamiyyah menjadi lemah, perlahan, hambar dan tidak membuahkan hasil. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca dakwah Islamiyyah menjadi seperti itu ialah kerana kurangnya penglibatan orang Islam dalam usaha dakwah dan perpecahan dalam usaha dakwah itu sendiri.

Masih ramai orang Islam yang tidak mahu melibatkan diri dalam usaha dakwah adalah disebabkan beberapa kekeliruan.

Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.


Antara faktor lain yang menyebabkan kelemahan dan kurang berkesannya Dakwah Islamiyyah hari ini ialah;

1. Kekeliruan umat Islam dalam memahami dakwah.
2. Kesilapan dalam menetapkan visi dan misi (tujuan) dakwah.
3. Tidak menilai kemampuan diri.
4. Menilai pendakwah lebih daripada menilai apa yang disampaikan olehnya.
5. Tidak dapat membezakan antara bahan, keperluan, kemahuan dan tujuan dalam berdakwah.


Sebagai blogger muslim apa yang perlu kita fahami ialah; dakwah terbahagi kepada dua iaitu Dakwah Umum dan Dakwah Khusus.

Beginilah yang diamalkan oleh Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Ada sahabat yang dipercayai dalam soal ekonomi dan kewangan. Ada yang dipercayai dalam bidang ketenteraan dan peperangan. Ada yang dipercayai dalam bidang ilmu agama, Al-Quran dan Al-Hadith.

Di bawah adalah jawapan Prof. Dr. Ahmad Omar Hashim, yang ketika menjawat jawatan Rektor Universiti Al-Azhar ketika beliau diajukan soalan berkenaan Dakwah.



DAKWAH UMUM

Dakwah umum adalah menjadi kewajipan semua orang bergantung kepada ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya. Dakwah ini perlu disampaikan kepada semua masyarakat.

Jika seseorang yang bukan dari jurusan agama dan ingin berdakwah, maka dia harus menyampaikan dakwah dalam bentuk ini. Contoh dakwah umum ini adalah mengajak masyarakat kepada segala perkara kebaikan dan menegah dari keburukan.

Jika pun dia ingin berceramah atau menulis buku, maka perlulah dakwahnya ini dalam skop yang disebutkan.



DAKWAH KHUSUS

Dakwah khusus adalah untuk mereka yang mempelajari ilmu agama secara tertib, tersusun, sepenuh masa, diambil dari guru-guru yang berkelayakan, dan dipelajari dari satu peringkat ke satu peringkat.

Antara bidang dalam dakwah khusus ini pula adalah segala hukum fiqh yang terperinci, faraidh, usul fiqh, tafsir dan sebagainya. Masyarakat yang ingin merujuk kepada perkara-perkara tersebut perlu merujuk kepada mereka yang ada kelayakan dalam dakwah khas tersebut.

Beginilah yang diamalkan sejak zaman berzaman dari zaman sahabat hingga sekarang. Para sahabat sendiri bukan semuanya alim dan faqih. Hanya sebahagian mereka sahaja dijadikan rujukan dalam perkara-perkara feqh. Begitu juga zaman tabi'in dan ataba'uttabi'in.

Apabila mula semua orang ingin memperkatakan tentang agama dengan terperinci, maka bermulalah perkara bid'ah dan pecah belah di kalangan umat Islam.



Sebagai blogger Muslim, berdakwahlah mengikut kemampuan, kemahiran dan kepakaran masing-masing. Blogging dengan mengamalkan dan berpandukan ajaran Islam yang sebenarnya sehingga menjadi contoh yang baik kepada orang lain adalah dakwah.

Mengajarkan orang lain ilmu yang bermanfaat adalah dakwah. Membantu orang lain adalah dakwah.

Dakwah itu luas dan mudah sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang tepat serta dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Kita sebagai blogger muslim tidak sepatutnya menyempitkan pemahaman dan skop berdakwah melalui blog dengan menganggap hanya tulisan yang berbentuk keagamaan sahaja yang dianggap dakwah. Sesungguhnya kefahaman sebegitu adalah kurang tepat dan boleh melemahkan umat Islam.



Secara mudahnya, apa sahaja usaha yang kita lakukan yang termasuk dalam salah satu daripada 6 perkara di bawah adalah suatu usaha dakwah:

1. Usaha untuk menyeru umat manusia kepada Kalimah Syahadah, Rukun Imam, Rukun Islam dan Ihsan.
2. Usaha untuk menyebarkan kebaikan dan mencegah kejahatan.
3. Usaha untuk memantapkan ilmu dan kemahiran umat Islam.
4. Usaha untuk memantapkan ekonomi dan kehidupan umat Islam.
5. Usaha untuk menyediakan umat Islam dengan keperluan yang perlu dan penting untuk menghadapi peredaran zaman dan ancaman musuh.
6. Usaha untuk menjadikan umat Islam sebagai ‘MODEL CONTOH’ dalam segala bidang kebaikan dan kejayaan di dunia.



Wallahu'alam.

Bak kata Saudari di awal artikel ini, ini adalah kata-kata saya yang boleh diterima atau ditolak. Namun ia tetap berpaksi kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Jumaat, 2009 Disember 04

FIQH DAKWAH...

Ok terus kepada topik, FIQH DAKWAH.



Saya nak kongsi perihal fiqh dakwah ni dengan menyentuh tiga pekara :


1) Islam

2) Pendakwah

3) Target (orang)yg hendak didakwah

Sebelum itu, cuma nak bagitau yang saya cuma berkongsi coretan minda saya.Setiap kata-kata itu boleh diterima dan ditolak (kritik) kecuali kalam ALLAH dan kata-kata rasulullah s.a.w. Jadi saya amat berharap kepada sebarang komentar.




1) Islam

Islam itu indah, bila disebut Islam itu indah ramai yang tak pelik atau rasa semacam pun.Sebutan Islam itu indah dah biasa disebut.Tapi cukupkah sekadar mengatakan Islam itu indah boleh menarik orang untuk mendekati seterusnya berislam?


Cuba lihat perumpamaan ini.

Ada seorang gadis yang lawa, sangat cantik dan ramai yang mengakuinya, kata lah gadis ni adalah A.pada masa yg sama ada seorang jejaka, kata lah jejaka ni B. A dan B tak pernah kenal satu sama lain. Dengan kemajuan teknologi , A dan B berkenalan tanpa B melihat muka A, diorang berkenalan melalui alam maya, mungkin menerusi 'chatting'.

Nak dijadikan cerita masa perkenalan itu A dah bagi first impression yg kurang baik kat B.Semasa kenal A asyik duk bercakap mengenai keburukan kawan dia .B pun lantas tak berniat nak berkawan atau mengenali A dengan lebih dekat dek kerana A salah "introduce" dirinya kepada B.

Cuba kalau A pada mulanya "introduce" dengan baik dirinya, pasti jika B teruskan proses nak kenal A dgn lebih dekat, kemudian baru terjadi situasi A mengata keburukan orang, pastinya lain respon B kali ini.Pasti B akn cuba selidik kenapa A buat macam tu.


Ok, sama macam nak kenalkan Islam yang indah ni!

Kalau dah kita kenalkan islam dengan cara yang tak betul, macam mana orang nak semakin mengenali islam?kalau dah approach kita terus cakap pasal tak ikut cara islam masuk neraka, sesuai tak?

Bukankah untuk seseorang betul2 menjadi muslim yang baik maka dia kena punyai perasaan cinta kepada ALLAH?

Macam mana nak wujudkan cinta kepada ALLAH?

Begitu banyak ayat-ayat al-Quran tentang betapa pemurahnya ALLAH dalam memberi taubat dan menghapuskan dosa, dan betapa ALLAH amat mementingkan maruah/aib seseorang.

Bukankah itu sungguh menyentuh hati? Begitu banyak lagi keindahan dalam sifat-sifat ALLAH yang boleh membuatkan seseorang merasakan ALLAH begitu penyayang kepada hamba-hambaNya.

Kuasa cinta sungguh hebat, manusia sanggup buat apa sahaja demi cinta.Sungguh... bila wujud cinta yang kuat kepada ALLAH, manusia takkan mempersoalkan syariat ALLAH dan menjadi Muslim yang taat.

Jadi kesimpulannya, Islam itu indah, cara nak memperkenalkan islam dan apa yang diperkenalkan dulu tentang islam juga mestilah indah/cantik.



2) Pendakwah

Pendakwah perlu mengetahui apa kelebihan yang dia ada.

Ada orang petah bercakap, ada orang boleh menulis dengan baik, ada orang boleh kedua-dua nya sekali.Kenali diri sendiri dan manfaatkan kelebihan diri untuk berdakwah.

Orang yang cuma pandai menulis, tumpukan kepada penulisan, cuba perbaiki mutu penulisan dan biarkan methode berceramah itu kepada orang yang petah bercakap.jadi masing-masing ada peranan.

Setiap peranan ada kepentingannya sebab ada orang suka membaca tapi tak suka pergi dengar ceramah dan ada orang sebaliknya.

Pendakwah juga perlu 'sedar diri', hehe. Sedar diri yang saya maksudkan bercakap sesuatu yang dia memang yakin dan faham ttg sesuatu isu itu.




3) Target (orang) yang didakwah.

Pendakwah perlu bijak dlm menyampaikan mesej. Kenali target.

Approach untuk orang kampung tentunya berbeza dengan orang bandar dan professional. Ada target yang dah ada basic dan ada yang zero. Dan ada komuniti yang kurang prefer program2 agama dan ada sebaliknya.

Katakanlah ada satu universiti M...

Univ M ni dia ada dua kampus, satu kampus C dan satu D.Kampus C alhamdulillah suasananya masih terasa islamik nya maka approach dan aktiviti yang dilakukan banyak bertumpu kepada nak melatih menjadi da'ie atau sebagainya.

Tapi disebelah pihak lagi, kampus D berbeza, di situ komunitinya lebih kepada hedonisme (katakan lah), asal nama je program agama diorang tolak terus, payah la nak join.


Maka prioritinya tentulah kepada nak betulkan imej diorang terhadap islam.Fokus tentulah kepada nak kongsi betapa ALLAH begitu Penyayang, Pemberi taubat ,mudahnya Islam, betapa praktikalnya Islam.

Jadi "haraki" untuk kampus C dan "haraki" kampus D berbeza.

Setuju?

Ini cuma coretan minda saya.

Setiap kata-kata itu terbuka kepada penerimaan dan kritikan kecuali kalam ALLAH dan kata-kata rasulullah s.a.w yang sememangnya diterima je.

Jadi...komen2 lah ye =)

fuad nordin (abu umar)

akunye_email@yahoo.com


Khamis, 2009 Disember 03

"MODEL HIDUP" Kita...

Islam memberikan “model hidup” untuk memperkata dan membumikan teori-teori kepimpinan yang hanya banyak diungkapkan oleh sarjana Barat secara teoritikal tanpa role-model yang hidup melaksanakan teori tersebut secara sempurna.


......


Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kesakitan yang sangat dahsyat dan baginda lolos dalam ujian aqidah perjuangan itu, kita ada model dari Nabi Allah Ayub alahissalam.


Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kekayaan yang melimpah ruah dan menguasai kerajaan dunia tetapi baginda lolos dalam ujian tersebut dan terus beriman kepada Tuhannya, kita ada model dari Nabi Allah Sulaiman alahissalam.


Jika mahu melihat pemimpin muda remaja yang diuji dengan godaan wanita kita ada model dari Nabi Allah Yusuf alahissalam.


Jika mahu melihat karakter pemimpin yang tegas dan keras pendekatannya, kita ada model dari Nabi Allah Musa alahissalam .


Jika mahu melihat karakter pemimpin yang sebaliknya sangat peramah, lembut hati termasuk kepada musuh, lihatlah kepada Nabi Allah Isa alahissalam.


Jika mahu melihat karakter pemimpin yang sanggup mengutamakan cinta Allah mengatasi cinta pada keluarga dan anak tersayang, kita ada model dari Nabi Ibrahim alahissalam.


Jika mahu melihat kesemua karakter kepimpinan para anbiya, lihatlah pada Nabimu Muhammad S.A.W."


~Pak Aminur, ESQ~



Pembunuh Wanita Bertudung Dipenjara Seumur Hidup..


Drama mengejutkan pembunuhan wanita seorang wanita Muslim akibat prejudis kini semakin menarik perhatian dunia Islam selepas pembunuhnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol pada Rabu, 11 November di Jerman.






Di Mesir hari ini, Marwa al-Sherbini, yang dibunuh kejam di Dresden, Jerman kini dikenali ramai sebagai tokoh yang syahid kerana pemakaian hijabnya.Berita hukuman penjara seumur hidup ke atas pembunuhnya selepas perbicaraan dua minggu mendapat tempat istimewa di saluran televisyen nasional Mesir.



Di Berlin, duta mesir ke Jerman, Ramzi Izzudin memberitahu media pembunuh Marwa, Alexander Wiens telah menerima “hukuman paling keras.”Jurucakap kementerian luar Mesir, Hossam Zaki menerima berita hukuman itu senang, menegaskan bahawa “keadilan telah terlaksana” dan hukuman itu merupakan “satu amaran kepada mereka yang terdorong oleh kebencian.”



Wiens, warga Jerman berketurunan Rusia menikam Marwa sekurang-kurangnya 16 kali di sebuah mahkamah di Dresden Julai lalu, ketika wanita itu memberi keterangan terhadap beliau dalam satu kes fitnah.Wiens memanggil Marwa “teroris” dan “Islamis” – istilah popular yang membawa konotasi negatif walaupun masih didebatkan penggunaannya oleh komuniti akademik – di sebuah taman permainan kanak-kanak hanya kerana wanita Muslim itu memakai tudung.Marwa ketika itu meminta Wiens memberi ruang untuk anak lelakinya, Mustafa yang berusia tiga tahun untuk bermain di buaian.



Marwa, ahli farmasi berusia 31 tahun sedang hamil tiga bulan ketika dia dibunuh. Anaknya ada bersama di mahkamah tersebut ketika itu, dan suaminya ditikam dan secara tidak sengaja ditembak oleh seorang pengawal Jerman ketika cuba membantu.Mustafa hanya mampu melihat ibunya ditikam dengan kejam oleh Weins.



Suami Marwa, Alwi Akaz, kini tempang akibat kecederaan dialami dalam insiden itu.Perincian kejadian itu mengejutkan warga Mesir dan tercetus kemarahan terhadap tindak balas perlahan pihak berkuasa Jerman menghulurkan simpati dan menangani dakwaan Islamofobia.Hakikat bahawa suami Marwa ditembak kerana disangka penyerang mendedahkan prejudis yang wujud di negara Eropah itu.



Seminggu selepas kejadian, pemimpin Jerman, Canselor Angela Merkel mengucapkan simpati kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak, tetapi Merkel tidak membuat komen secara terbuka.Pada masa sama, ribuan menghadiri pengkebumian Marwa di kampung halamannya di Iskandariah.



Ramai membawa kain rentang dengan slogan menuntut pembalasan.Ada juga yang berdemonstrasi di luar kedutaan Jerman dan di Masjdi al-Azhar di Kaherah, dengan sebilangan mencela Jerman sebagai “peradaban zalim” dan menjeritkan tuntutan hak asasi dan keadilan.



Perbicaraan Wiens mendapat liputan luas media Mesir, dan sekumpulan peguam Mesir hadir di Dresden dan dibenarkan mengemukakan hujah perundangan.Beberapa orang tokoh perundangan Mesir memuji keputusan mahkamah Jerman menjatuhkan hukuman ke atas Wiens, tetapi ramai warga Mesir melahirkan perasaan alangkah baiknya sekiranya Jerman melaksanakan hukuman mati.



Suami Marwa memberikan keterangan yang meruntun jiwa, menceritakan bagaimana anaknya, yang kini tinggal di Mesir bersama keluarganya, merindui ibunya.Alwi sekeluarga berpindah ke Jerman untuk dia meneruskan kajian doktoral biologi melekul tetapi kini melahirkan kemungkinan akan meninggalkan Dresden.



Tarek Sherbini, abang Marwa, berkata “imej rakyat Jerman sangat buruk” ekoran kejadian serangan itu dan mendakwa kejadian itu menunjukkan kebencian terhadap Muslim.Hubungan Jerman dengan Mesir dan dunia Islam mampu terjejas akibat kejadian ini, terutama sekiranya reaksi lanjutan tercetus dan membakar sentimen.



Jerman didiami oleh 4 juta Muslim, komuniti Muslim kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.



Sebagai memperingati wanita digelar “Syahidah jilbab” ini, nama Marwa kini dirancang untuk dijadikan nama jalan di Iskandariah, Mesir.




(BBC, Agensi)sumber : Pondok Studies Development Centre

KANVAS SEJARAH AGUNG..

“Setiap kisah dalam al-Quran sebenarnya adalah kisah-kisah yang akan berulang pada setiap zaman dan keadaan.





Kisah Firaun bukanlah cerita mengenai batang tubuhnya dan kejahatan yang beliau lakukan semata, kepada rakyat Mesir, tetapi kisah mengenai akan sentiasa ada pada setiap zaman para pemerintah yang mahu dirinya disembah bagaikan Tuhan.



Kisah Ashabul Kahfi bukanlah sekadar mengenai kisah para pemuda yang tidur 300 tahun dalam sebuah Gua, tetapi ia adalah kisah mengenai akan sentiasa wujud golongan pemuda yang beruzlah dari jahiliyyah yang akan sentiasa berulang pada setiap zaman.



Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...”



- Syekh Sya'rawi

Rabu, 2009 Disember 02

KRISTAL'09 - KEM REMAJA UNGGUL!!






SALAM...
YA AYYUHAN NASS!!
.
HEBAH-HEBAHKAN BERITA BAIK INI KEPADA ADIK KAKAK, ABANG, IBU AYAH, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI, JIRAN TETANGGA DAN SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT UNTUK BERGELAR MAHASISWA DI IPTA/S DALAM NEGARA!!!
.
JANGAN LEPASKAN PELUANG BEHARGA INI!!
.
BERTEMU DENGAN MAHASISWA/I BERKREDIBILITI DARI UNIV DALAM NEGARA...
.
YURAN SANGAT MURAH!
.
MEMBONGKAR 'RAHSIA' YANG JARANG DIDEDAHKAN TENTANG PROSES KE IPT!
.
INGIN TAHU APAKAH IA????
.
JOM PAKAT SERTAI BERAMAI2!!!
.....
...
.
v
P/S : Sudi-sudilah copy & pastekan dalam blog kalian..
.
Antum juga boleh membantu usaha dakwah ini dengan mem'print' n mem"photostate" kan sebanyak mane flyers yg disertakan disini. -->Flyers ini bersaiz A5 (separuh A4).
- anda boleh meninggalkan flyers di kaunter2 kedai runcit/kedai buku/ ape2 kedai
termasuklah kedai gunting rambut..
- meminta pertolongan guru kaunselor untuk mengedar kepada student SPM
dalam dewan selepas peperiksaan tamat..
- meminta pertolongan ahli kariah masjid untuk mengumumkan pada
jemaah masjid yg datang..
- meninggalkan flyers di masjid2 n surau..
- kalau lagi rajin,leh masukkan di peti2 surat kaw perumahan..hehe...
.....
...
.
v
JAZAKUMULLAHU KHAIRA!



"We Are Leaders Of Ummah!"

Selasa, 2009 Disember 01

Planning Musim Cuti...;)

Salam alaik...


Tidak sabar lagi rasanya hendak menggerakkan program-program yang telah dirancang bersama-sama sahabat tercinta di bumi Pahang ini sementara kesempatan musim cuti menjengah tiba.




..Sahabat-sahabat kasih Fillah..

-Nabila & Akma-

Urm...kepada Aida, Fadzilah, Izyan & Fatihah...

jangan sedih ye tiada disini. ;)



Projek   : Liqa' Mahabbah

Tarikh   : 30 Nov 09

Masa     : 3.30 - 5.30 pm

Lokasi   : Es D'Planet, Sg. Pahang

Agenda : -Makan-makan

               -Rancang program sepanjang cuti


Hamdalah, syukur Allah izinkan perancangan kami untuk bertemu di Es D'Planet semalam. Antara lain pertemuan ini adalah untuk mempertautkan kembali ukhwah antara kami satu generasi ini setelah beberapa tahun terpisah semenjak zaman sekolah dahulu.


Hasil perbincangan, kami telah bersetuju untuk mengadakan beberapa program kecil-kecilan serta menyelaraskan program-program besar yang perlu sama-sama kami sertai.



Program yang dirancang :


1-Rehlah Ukhwah di Gunung Senyum [3 Dis 09]

2-Pengajian di Pondok Moden- Baitul Qura', Melaka [7-11 Dis 09]

3-Fun Time with Nisa' Temerloh [16-17 Dis 09]

4-Kem Motivasi Remaja Unggul (KRISTAL'09) [18-20 Dis 09]

5-Filem 2012...[tiada tarikh]



Insya-ALLAH, semuanya on going process. Mudah-mudahan berjalan lancar. Moga Islam akan terus bersemarak dan mekar mewangi di bumi Pahang nan indah...;)


Siru ala barakatilLAH!


~HIDUP INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH!~