Sabtu, 21 Ogos 2010

EXAM, EMOSI DAN SAYA...


Ya Allah..Engkau mendengar bisikan hatiku...

Dalam beberapa langkah atau hari lagi menuju hari peperiksaan, saya mungkin selalu bermain dengan emosi..emosi kadang-kadang jadi tak menentu apatah lagi kalau ada perkara yang membuatkan saya sedih..atau berhadapan situasi yang tidak menyebelahi diri, walaupun perkara tu perkara kecil..Contohnya situasi di bawah ini..

Pagi tadi saya ke 'Jawazat' untuk membuat urusan mencop visa..kata kawan, nama saya sudah ada semasa dia berurusan hari Khamis yang lalu..maknanya saya boleh datang untuk minta dicop visa saya..Malangnya semasa saya dan beberapa orang sedang menyemak nama tadi, tiba-tiba 'blackout'..kemudian pegawai yang bertugas di situ kata "kholas..kholas.."(habis2..) sambil menunjuk ke lampu yang dah terpadam..Dia mengarahkan kami balik dan menyuruh kami datang semula minggu depan..Hmm..kami nak kata apa lagi..terpaksalah ikut arahan walaupun sebenarnya boleh 'settle' hari ini juga kalau dia memberi kami sedikit peluang lagi..Berlalu keluar dengan lemah dan kaki yang terasa berat..Pasrah..
Tapi, situasi seperti ini memang sudah 'adi(biasa) kat Mesir..Bukan urusan di 'Jawazat' semata-mata,malah kalau berurusan di tempat lain pun begitulah lebih kurang situasinya..Dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecil-kecilnya.Sebarang kemungkinan yang tidak dijangka boleh berlaku...Mungkin begitulah adat hidup di perantauan.Senior2 kat sini sering mengingatkan bahawasanya di Mesir ni kena banyakkan bersabar..Banyak dugaan..tahap tawakkal kena tinggi..betulkan niat sentiasa..inikan bumi anbiya'..Macam-macam boleh jadi..Oleh itu kena bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan..

Dalam perjalanan pulang, saya teringin pula makan 'sandwich to'miyah bilbidh(makanan tradisi masyarakat Mesir), roti isy yang diisi dengan telur rebus dan beberapa campuran lain seperti terung, to'miyah, dan sayuran lain..Selera makin bertambah memandangkan saya belum makan apa2 lagi sejak pagi tadi..Sudah terbayang makan sandwich tadi dengan sos kat rumah nanti..memang sedap pada selera saya..
Beberapa minit berdiri menuggu giliran, aduh makin ramai pula orang Arab yang datang..saya kira memang sekitar waktu itu memang waktu mereka keluar untuk membeli makanan..yang sedihnya mereka tidak beratur.."waa..mana turn saya..?"dipotong, dipotong dan dipotong..hmm..dalam keadaan yang lemah masa tu saya malas untuk berebut2..boleh saja kalau saya mahu maju ke depan tapi perasaan ingin memberi peluang pada orang lain terlebih dulu akhirnya saya sendiri tenggelam dalam pusuan orang yang semakin ramai..waa..Saya berfikir untuk berundur saja waktu itu memandangkan makin ramai pelanggan yang datang..Sejenak saya mencari destinasi seterusnya hendak ke mana..ke kiri, ke kanan, semua jauh...Akhirnya saya melangkah lemah menuju jalan pulang ke rumah..hmm..pasrah lagi..

Situasi pagi tadi secara tidak langsung menambahkan ketidakstabilan emosi saya..Apa yang buat saya jadi begini sebenarnya..?rasa rendah diri tiba-tiba datang..perasaan ingin menyendiri pula bertandang..malas mahu bercakap..Hmm..mungkin ini situasi menjelang exam..Macam-macam yang singgah di fikiran..jadi lebih sensitif daripada sebelumnya..terfikir macam manalah masa exam nanti..dapat jawab kah tidak..waa..macam-macam..

Astaghfirullaahal 'aziim..Saya cuba mencari jalan untuk memujuk semula diri saya agar bangun dari mimpi buruk dan keluar dari khayalan ciptaan syaitan..Ayuh bangunlah diri..Meski kau tidak sehebat yang
lain..Bukan di situ kayu pengukurnya..Allah sentiasa ada untuk menghibur dan meriangkan hatimu..
"Justeru, ya Allah...gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan.."

"Ya Allah...sejukkanlah hati ini dengan salji keyakinan, dan padamkan bara di jiwa dengan air keimanan.."

"Oh Tuhan...buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan, dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir..."

"Oh Tuhan...halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu, dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus, dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu kepada hidayah-Mu..."


"Ya Allah...lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran, dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina..."

"Ya Allah...lenyapkanlah dukacitaku, hilangkanlah kesedihanku, dan halaulah keresahan dari jiwaku..."

"Aku berlindung kepada-Mu dari rasa takut, aku bersandar dan bererah hanya pada-Mu. Aku tidak meminta kecuali kepada-Mu, aku tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu. Engkaulah Pemeliharaku-sebaik-baik pelindung dan penolong..."

(doa yang saya ambil dan ubah suai dari buku kegemaran saya-DONT BE SAD)

Ayuh bangkitlah diri..jangan lemah lagi..
"Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan & saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu"
-Syed Qutb
Kuatkan diri..jangan turutkan hati..
"Mengejar impian memang memenatkan..kadang2 mengundang putus asa..Hakikatnya yang penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga.."

Hidupkan semula semangat juang..usah beralah lagi..
"Dedikasi buat jiwa-jiwa yang berjuang...Tetaplah melangkah demi menuju jalan-Nya...Tetaplah menyusuri demi menggapai rahmat-Nya...Tetaplah meredah demi meraih redha-Nya...Duhai jiwa, usah gentar untuk berjuang! Ayuh, kembara bersama! Moga terus tsabat hinggan sampai syurga-Nya..."
Mampukah saya menempuh saat2 menguji ini?..Mungkin saya terlalu memikirkan exam..Namun mahu atau tidak, sedaya upaya saya akan cuba juga untuk melayan cerita kawan2 yang lain..lontarkan senyuman..memberi reaksi yang ceria dan meraikan mereka...Selebihnya..cuba untuk menerima keadaan diri seadanya..banyak2kan berdoa memohon ketenangan hati..Insya Allah..


"Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati. Bersedekahlah pada orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya aada akan merasa bahagia dalam semua aspek hidup anda".
(JANGAN BERSEDIH,Aidh B. Abdullah Al-Qarni)
Akhir sekali...

"The worse you feel the stronger you need to be.."

Kembalilah diri...(^-^.)



Credit 4~http://knowthecreator.blogspot.com/

Tiada ulasan: