Ahad, 28 Jun 2009

SAHABAT di toriiq ini...

salam...

syahdunya hati ini kala membacakan qalam bicara dari lubuk hatimu nan suci ya sohabaty..

bukan mudah menjaga dan membajai ukhwah ini. namun yakinlah bilamana kita bersama ALLAH..dan berusaha untuk khalis melakukan segalanya hanya keranaNYA...
insya-Allah DIA akan menjaga kita.

andai bukan kerana ingin melihat bangkit dan kembalinya ummat ini dengan jiwa yang bahagia kepada ALLAH, Rasul, n Islam...maka belum tentu aku sedia menghulur ukhwah dengan kalian.

namun, kerna aku yakin n pasti, atas tujuan menjunjung visi agung itulah kita diciptakan..maka insya-ALLAH, aku siap untuk mewarnai ukhwah ini. dan sedia mempersiap diri sebagai dai'e dan murobbi.

Allahua'lam...bukan mudah. tapi yakinlah dengan niat suci di hati.

bukan mudah...tapi yakinlah dengan janji2 sang ILAHI ROBBI!

moga ukhwah ini lestari selamanya.
Insy-ALLAH..amin ya Robb.

UHIBBUKUM LILLAHI TAALA.

Jumaat, 19 Jun 2009

Ar Ruhul Jadid - Ruhul Jadid



Ar Ruhul Jadid, Fi Jasadil Ummah
Hai Mujahid Luluh lantakkan jiwa pendosa 2X
Kami petualang
Pencari kebenaran
pencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang, menegakkan kehormatan
hidup mulia atau mati sebagai syuhada 2X
Ar Ruhul Jadid, Fi Jasadil Umah
Hai Mujahid Luluh lantakkan jiwa pendosa 2X

kami berbekal Al-quran hakiki
meneruskan cita dan risalah para nabi
kami sandang julukan generasi ghuroba
biar saatnya datang kami pimpin dunia
Ar Ruhul Jadid, Fi Jasadil Umah
Hai Mujahid Luluh lantakkan jiwa pendosa 2X
Kami Semangat baru
Siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Allah
Siap korbankan harta bahkan jiwa
Ar Ruhul Jadid, Fi Jasadil Umah
Hai Mujahid Luluh lantakkan jiwa pendosa 2X

Kami serahkan
Semua hidup pada Allah
kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
usung panji ilahi
iman kuat membaja
hadapi tirani
bebaskan umat dunia




http://campdownload.blogspot.com/2009/02/ar-ruhul-jadid-ruhul-jadid.html

10 Muwassafat Tarbiyah...IMAM HASSAN AL-BANNA




Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.


Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.


Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."


Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)


Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)


Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)


Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)


Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)


Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)


Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)


Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)


Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)


Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


=)...........(;


Kalau namanya seorang dai'e..



Kalau namanya seorang daie,
tapi tak mampu melawan nafsu tidur waktu subuh,
dakwahnya masih rapuh.

Kalau namanya seorang daie,
Tapi hubungan dengan ajnabi tak terpelihara,
Tercalarlah imej pendakwahnya.

Kalau namanya seorang daie,
Namun qiamnya bukan kewajipan,
Tarbiyahnya masih memerlukan perhatian.

Kalau namanya seorang daie,
Namun jika hebatnya hanya pada lisan,
Dia bukan pembimbing insan.

Bukanlah daie,
Andai hiburan melalaikan menjadi teman sejati.

Dimana martabat seorang daie andai diri kekal dalam kejahilan dan keangkuhan?



http://firdausimuhammad.blogspot.com/


Response 4 my brother...syukur sungguh di hati ini kerana dihadirkan sahabat-sahabat yang berjiwa saling memberi dan mengingati...bekal mengukur mujahadah diri dalam menerobos kabus dan kabut dipersinggahan ini, kala mencari sinar cahaya Sang Ilahi Robbi!

UHIBBUKUM FILLAH!! U R AL MY GEATEST SOHABATY!


Khamis, 18 Jun 2009

TIPS CINTA REMAJA...



"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka ia adalah seorang yang syahid."

(Riwayat hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)


Tips Menepis Cinta Remaja


1. Tegas berprinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah kehidupan.




"Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tidak bersedia. kalau tidak bersedia kenapa hendak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."



(FATIMAH SYARHA:PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL)

Ayark...banyaknye kije.. ;P



Kerja anda bertangguh-tangguh? Tak siap-siap? Ini petuanya:


1. Mulakan sekarang juga. Pepatah Cina ada mengatakan, "Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama."

2. First thing first. Selesaikan kerja terdahulu.

3. Selesaikan kerja yang pendek dan ringkas dahulu.

4. Pecahkan kerja yang panjang kepada beberapa bahagian
. Mulakan buat bahagian pertama. Anda lihat bagaimana jentolak mula mendaki gunung untuk menolak tanah yang paling atas. Dalam masa dua tahun gunung yang gagah dibelah dan lebuh raya terbentang.

5. Gunakan masa yang pendek untuk berbuat sesuatu. Misalnya bangun awal sebelum masuk waktu Subuh atau anda ada 10 minit sebelum pergi kerja.

6. Buat senarai: THINGS TO DO TODAY. Potong yang telah dilaksanakan. Bawa ke esok task yang belum dilaksanakan.


7. Tandakan kerja anda kepada 4 kategori:

1. Penting dan mesti siap sekarang. Misal masuk kerja jam 9.00 pagi, memenuhi deadline.
2.Penting tetapi boleh ditangguhkan. Misal ziarah mak di kampung, mula tulis buku baru.
3.Kurang penting tetapi mesti buat sekarang. Misal breakfast sebelum masuk kerja, bercukur, gosok baju, dll.
4.Kurang penting dan boleh ditangguhkan. Misal shopping, mulai hobi baru.

8.Kalau anda ada masa 4 jam pada pagi Sabtu, rancang untuk laksanakan 4 kerja besar.

9.Hilangkan keraguan melaksanakan sesuatu kerja.
Anda sebenarnya memang mampu. Jika tidak orang tak memberi kerja itu kepada anda.

10. Lerai halangan untuk melaksanakan sesuatu kerja itu satu persatu.
Memulakan kerja semudah membuka kulit pisang. Ada 5 langkah:
•Patahkan tunggul tangkainya.
•Kopek bahagian kulit yang pertama.
•Kopek bahagian kulit yang sebelah lagi.
•Selesaikan kopek kulit.
•Sekarang anda dah boleh makan pisang itu.
Kalau anda tidak mulakan mematahkan tunggul tangkai, sampai bila pun anda tidak dapat makan pisang. Tak mungkin anda membaham pisang dengan kulit-kulitnya!

11.Menangguhkan kerja di atas meja anda seperti anda menangguhkan menggosok gigi waktu pagi. Lama-lama mulut anda akan penuh dengan tahi gigi.

12.Anda boleh ambil kerja baru. Seperti empangan. Bila hujan, air yang dialirkan keluar mesti lebih besar. Kalau anda ambil kerja baru, kadar melaksanakan kerja dan masa untuk melaksanakannya harus lebih lama.

13.Telus dalam memberi alasan mengapa kerja tertangguh.
Anda akan belajar supaya lebih ikhlas dan lebih bertanggungjawab.

14.Belajar berkata "No"
jika ada kerja baru mendatang yang tak sanggup anda laksanakan.

15.Gantungkan kerja, jangan tempekkan.
Lihat bagaimana kertas catatan pesanan makanan anda di restoran digantung menggunakan penyepit baju. Walau bagaimana ramai pun pelanggan, namun akhirnya pesanan anda akan sampai juga.


Selamat mengelakkan kerja bertangguh!! ;P haha..



http://hajimuhammadzakaria.blogspot.com/

Asy-Syahid Sayyid Qutb...


Sajak ini dinukilkan beberapa jam sebelum beliau digantung...



Saudaraku...

Seandainya kau tangisi kematian ku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu,
Maka di atas tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini,
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya,
Kematian ku adalah suatu perjalanan,
Mendapatkan kekasih yang sedang merinduku..


Taman-taman di syurga bangga menerimaku,
Burang-burung berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah ruh ku terbang mendapatkan rindu-NYa,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
nun di sana fajar sedang memancar...


..perjalanan hidup ketentuan ILAHI..

JIWA DAI'E..



Jiwa daei itu jiwa memberi..

Terdorong kasih pada yang mencari..

Belas ihsan menjadi intipati..

Satu perjalanan menuju redha Ilahi..



Jiwa daei itu jiwa memberi..

Ke sana ke mari, tetap kental berbakti..

Tak kenal lelah menabur budi..

Menerus usaha para Nabi..



Jiwa daei itu jiwa memberi..

Terkadang dipulau, terkadang dibenci..

Sungguh, medan ini penuh liku dan duri..

Sudah resam perjuangan suci..



Jiwa daei itu jiwa memberi..

Terus berusaha walau termakan diri..

Namun satu ketika perlu berhenti..

Mengambil nafas, MUHASABAH DIRI..




Apa guna badan yang lemah..

Kusut fikiran mendatang masalah..

Kita perlu badan yang gagah, minda yang bercambah..

Sumber kekuatan kegemilangan ummah!




Sungguh, tiada noktah dalam perjuangan..

Daei itu, harus terus kuat pada pegangan..

Kerana masa yang benar untuk penamatan..

Adalah di kala janji Tuhan datang bertamu,

Putus nafas dari helaan.




Kredit buat ukhty habibaty:


Sis Alia Binti Ismail,
2nd Batch TEFL-QUT,
IPGM-K. Ilmu Khas, KL

Perginya sebutir lagi bintang...

Salam...
Sedihnya hati ini bila mendapat perkhabaran tentang perginya sebutir bintang yang bersinar menerangi alam selama hayatnya...tarbiahnya hidup dalam jiwa dan gerak nadi para pejuang dan pembela agama.



'Ma ma'na intima'ie lil Islam'... 'Apa ertinya saya menganut Islam'...
Kitab itulah yang kembali kurujuk tatkala aku pernah terguling futur dalam ujian. Kitab itulah yang pernah menunjukkan kembali jalan ke arah pencerahan diri.

Tokoh yang melakar panduan hidup dan mati menerusi kitab itulah yang kurasakan paling dekat, paling hampir dengan jiwa setiap anak muda yang cintakan Allah sebagai Rabbnya, dan yang mencari jalan untuk berbakti kepada Tuhannya lantaran mahu dititip dan dibuktikan rasa syukurnya kepada Tuhannya..

Mengapa dia kukatakan hampir dengan kita??
Kerana, itulah kitab asas, kitab pertama yang wajib dihadam oleh setiap soldier umat ini ke arah memandu selorong cahaya kepada Tuhannya.


ya Syeikh...
Perginya engkau dari sisi kami menjadikan kami sedar diri.
Sedar dengan semakin akrabnya kami dengan peristiwa besar di akhir zaman..
Terasa qaribnya yaumil qiyamah itu datang bertandang..

Kerana apa??
Kerana tanda-tanda kabiir kehadirannya kian nyata satu-persatu..
Diambilnya alim ulama' dikalangan kami..
Tanda semakin hilang dan tercabutnya ilmu di dada duniawi..

ya Syeikh..
Perginya engkau menuruti jejak para mujahid yang melambai dan tersenyum riang di kamar-kamar jannah,
Menjadi bukti bahawa Allah sedang menarik kembali ilmu qalamnya dari dada umat ini..

Redup, tenang wajahmu yang senantiasa menarik hati ini kepada layur-layur keinsafan dan ketaqwaan...tidak akan kulupa.






Selamat berbahagialah untukmu...
Ya Syeikh Fathi Yakan..
20 Jamadil Akhir 1430 hijriyah,

bersamaan 13 Jun 2009 (Sabtu) akan terpahat di hati ini.



Apapun sahabat, perjuangan ini perlu diteruskan. Ia tidak akan berakhir sehingga tibanya Yaumil Qiyamah!!


Mukhlisah Mutmainnah,
Holiday intra semester,
Permy Hill,
8.35 pm.

Tasyji' buat diri..


Kerja dakwah ni kita tau mmg bnyak ujian dan rintangan. Banyak duri dan ranjau..

Berada di atas jalan perjuangan menegakkan agama Allah adalah satu urusan perniagaan yg tidak akan merugikan biarpun sukar. Kita sbnrnya berurus niaga/ berjual beli dgn Allah. Kita akan sentiasa untung, kecuali yg tercicir.

Janji Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
( As-saff 61 : 10,11)

Sedih diuji? Biasalah.. Sedangkan Rasulullah SAW diuji, kita yang lemah ni lagi la.

Tapi ingatlah...
Firman Allah lagi:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali-Imran 3: 139)


Wallau'alam bissawwab..
Moga kita trus thabat dlm pjuangan ini..

Jejak Pemuda KAHFI Di Era Moden


“Ukhwah Itu Indah Apabila Segalanya Kerana Allah”

12 09 2008

Suatu Malam yang hening..
Dihadapan Allah aku menangis..
Hinanya ummat Muslimin di dunia!
Kenapa?

Lalu datanglah jawapannya :
“Tidakkah engkau tahu : Ummah ini memiliki hatinya tapi tidak kekasihnya.”


PROLOG : Harapan Mereka..

"Kuharapkan...pemuda inilah yang akan sanggup,
Membangunkan zaman yang baru,
Memperbaharui kekuatan iman,
Menyalakan pelita hidayat,
Menyebarkan ajaran khatimul anbiya…"


(MUHAMMAD IQBAL)

Sesunggguhnya hatiku sangat menyayangi mereka ( generasi muda).-

“Wahai generasi harapan Islam! Sesungguhnya kebahagian itu terletak dalam istiqamah (komitmen dengan ajaran Islam) dan beramal soleh.”

Generasi muda yang diInginkan Allah swt adalah generasi yang tetap dan berpegang teguh pada Deen islam serta berupaya mengembangkan kalimat ” La Ilaha Illallah,”.Mereka hidup denganNya… Mereka sanggup mati juga kerna-Nya..

Wahai pemuda zaman ku…
” Kaummu di timur dan barat negeri ini,
Bagaikan penghuni gua di pendalaman yang amat terpencil
Sementara ditangan kanan mereka ada dua cahaya :
Al-Quran dan As –Sunnah,
Tapi mengapa mereka terus terperosok ke lembah yang gelap gelita.”
( DR. A’IDH AL-QARNI)


SEJARAH BERULANG..

Pemuda Kahfi,
kisah masyur dikalangan pemuda dan Mujahid Islam..
Kisah kekentalan dan kisah keyakinan…
Pengorbanan dan kesungguhan..
Sejarah mereka terakam indah..
Sebagai pedoman dan iktibar untuk..
Generasi mendatang…

Pemuda Kahfi..
Bukti keimanan dan ketaqwaan dicelah-celah kejahilan dan kefasadan…
Sesungguhnya mereka adalah 7 orang pemuda yang hidup pada suatu masa di zaman seorang raja yang atheis (tidak bertuhan) dan zalim. Seorang raja yang angkuh yang mengakui dirinya sebagai tuhan. Mereka melihat dan memerhati , keadaan masyarakat sekeliling yang lalai dan alpa. Kaum mereka menyembah berhala, berpesta dengan iringan nyanyian lagu yang melalaikan dan didampingi minuman yang memabukkan.Mereka lihat kaum mereka bersujud kepada berhala dan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada batu-batu yang jelas tidak memberikan apa-apa manfaat dan kebaikan.

Jiwa kerdil mereka memekik: "Ini adalah kejahilan dan kebodohah yang nyata!!!.."

Allah ingin menghidupkan hati pemuda-pemuda ini. Lantas mereka mengasingkan diri dari kaumnya. Perihal ketauhidan mereka diketahui oleh pihak pemerintah dan raja mengerahkan tentera mencari mereka dan dihukum kerana murtad daripada agama nenek moyang mereka. Mereka bertekad dan melarikan diri daripada kezaliman demi meneguhkan pegangan mereka.

Allah berfirman :
” Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami berkali-kali tidak akan menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran,” ( AL-Kahfi:14)


Mereka bersembunyi di dalam gua yang sempit dan gelap. Dan dengan izin Allah, mereka tertidur di dalam selama tiga ratus sembilan tahun..Kita maklumi kisahnya. Apa yang penting, merekalah ikon pemuda yang mempunyai keteguhan hati dan kejernihan jiwa kepada Allah swt. Mereka adalah anak muda yang berani melawan arus, berpegang pada prinsip dan kebenaran walaupun ia berisiko tinggi. Pada era moden ini, golongan yang berjaya adalah mereka yang bersikap seperti ashabul Kahfi ini.

Namun , masih wujudkah keperibadian seperti mereka di zaman moden ini???


INILAH MEREKA ..


Dicelah-celah zaman yang penuh dengan kerosakan dan kefasadan ini, kezaliman berleluasa dan kemaksiatan bermaharajalela , masih terdapat insan-insan pilih Allah swt yang amat tinggi pegangan Agama mereka. Di dalam kesibukan masyarakat kepada dunia yang penuh dengan penipuan ini, mereka tetap dan teguh pada keyakinan da keimanan mereka kepada Allah swt. Merekalah pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi yang iltizam (komited) mendirikan solat berjemaah 5 waktu sehari semalam. Mereka bersungguh-sungguh menjaga akhlak dan keperibadian mereka dan diri mereka dihiasi dengan akhlak islamiyah.

Di waktu rakan-rakan yang sebaya dengan mereka leka dan bergembira di kelab-kelab hiburan dan panggung wayang serta tempat berpeleseran, mereka sibuk dan khusyu mendengar dan menghayati ceramah-ceramah pengajian agama. Hati dan jiwa mereka terpaut jatuh cinta kepada majlis-majlis itu. Ia umpama taman-taman syurga. Dengannya , hati mereka bersinar dan jiwa mereka bercahaya. Di majlis itu sarat dengan kebaikan, keistiqamahan, kemuliaan dan zikir kepada Allah swt.

Di taman damai inilah , mereka bertemu pemuda-pemuda dan saudara-saudara mereka yang berpegang teguh pada iman dan taqwa. Mereka bertemu dengan orang-orang yang sentiasa memelihara solah lima waktu secara berjemaah, taat penuh kepada Allah swt dan RasulNya. Mereka berkumpul dan bersatu kerana Allah swt dan ketahuilah mereka hidup ‘bahagia’ bersama….

Tatkala remaja-remaja lain gemar dan seronok membaca majalah-majalah pisican, murahan dan berunsur lucah, mereka ini pula asyik dengan dunia bacaan mereka tersendiri. Buku-buku dan bahan bacaan mereka adalah Al-Quran, Hadis Rasulullah, Buku-buku Sirah Rasulullah, kitab-kitab agama dan buku-buku karya ulamak muktabar. Inilah teman dan sahabat kecintaan mereka. Buku fikrah islam sebagai sahabat dan teman dampingan. Teman yang tidak pernah menipu. Dengannya, mereka dididik dan diasuh dengan asuhan rabbani.

Mereka sangat suka mendengar alunan-alunan merdu bacaan Al-Quran dan nasyid-nasyid islamik. Mereka memasangnya dimana sahaja mereka berada. Di dalam rumah, berkumandanglah irama merdu nasyid yang mengajak kepada mengingati Allah dan seruan nasyid menyemarakkan roh jihad. Jiwa mereka sentiasa berhajat kepada hiburan islamik dan mereka tenangnya dengannya. Di dalam kereta, alunanAl-Quran menjadi pilihan. Siaran radio yang tidak syara’ ditolak ketepi. Mereka takut mendengarnya, bimbang Allah murka. Di tempat belajar dan bekerja, nasyid yang syara dipasang sebagai tatapan dan penyegar halwa telinga.

Mereka tidak sama seperti remaja-remaja yang lalai. Sukakan nyanyian –nyanyian dan lagu-lagu yang melalaikan dan menjauhkan diri daripada rahmat Allah swt.Nyanyian artis-artis yang mendedahkan aurat, artis yang hidupnya rosak dan tidak diberkati oleh Allah swt. Lagu mereka secara terangan merosakkan dan menghancurkan keperibadian mukmin sejati. Lagu yang berunsurkan pemujaan syaitan dan mensyirikkan Allah swt. Ketahuilah, kehidupan seorang artis adalah kehidupan yang tidak soleh. Kehidupan yang penuh dengan tipu daya.. Usahlah rasa kagum dengan mereka…..

Wahai saudara yang budiman, inilah mereka!! Beginilah kehidupan mereka. Berzikir, membaca Al-Quran, solah lima waktu berjemaah, berakhlak mulia ,dan mereka sentiasa tenang dan damai… Itulah kehidupan pemuda K.A.H.F.I di zaman moden ini. Walaupun dunia sebegini teruk dan rosak, mereka tetap dengan keyakinan mereka. Inilah mereka. Anda pula bagaimana?


LANGKAH BERMULA

Tidak inginkah kau menjadi seperti mereka? Mereka kelihatan tenang. Wajah mereka bersinar-sinar tanda keikhlasan dan keimanan yang jitu. Akhlak mereka cukup memikat. Alangkah bahagianya mereka….Keperibadian mereka tampak unggul.. Mereka berjalan penuh tawadu’ dan wara. Dan ketahuilah mereka sangat takut kepada Allah swt. Mereka inilah contoh ikutan generasi pemuda hari ini.

Marilah perbaiki diri dan ia bermula di sini :
# Peliharalah niat amalan solehmu.
# Dirikan dan peliharalah solah lima waktu secara berjemaah
# Lazimkanlah hadir ke taman-taman syurga ( majlis ilmu)
# Istiqamahlah dan tetaplah berzikir di mana sahaja
# Istighfar dengan segera andaikata dosa menghinggapi diri
# Bacalah / hayati/menangislah apabila berhadapan dengan ayat-ayat Al-Quran
# Kesemua dia di atas menyimpulkan – Jagalah hubungan dengan Allah-dimana saj
a.


PESANAN MEREKA UNTUK KALIAN–
( Wahai generasi harapan)

Dr. Abdullah Nasih Ulwan
“Ya Allah, Sediakan bagi ummat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaandan keagungan bagi ummat Muhammad.”

Syeikh Mustafa Masyhur
“Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pengalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.”

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

” Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat.”

Muhammad Ahmad Ar-Rashid

” Golongan muda yang suci hatinya dari segala noda,bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyah. Mereka dididik dengan didikan islam yang sebenar dan akidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada di dalam barisan yang bersatupadu dan tersusun.”

Ibnu Syihab Az-Zuhry

” Jangan kamu rasa rendah diri kerana mudamu.”

Dr. Abdullah Azzam
” Saudaraku yang terhormat.Sesungguhnya jihad adalah rangkuman daripada kesabaran, kemantapan ,istiqamah dan tahan dalam menghadapi berbagaimacam tentangan.Hendaknya engkau selalu bertaqwa dan berzikir.”


EPILOG

Wahai saudaraku yang dikasihi...

Andaikata kau gemar mendengar nyanyian-nyanyian yang melalaikan dan merosakkan beralihlah segera kepada nasyid-nasyid yang syara. Dengarlah alunan bacaan Al-Quran imam-imam dan qari-qari hafiz yang tersohor di dunia ini.. Dengarlah pasti kau akan tersentuh. Kemerduaan suara mereka pasti melenturkan egomu. Hati yang keras akan melembutkan perasaanmu.InsyaAllah, kau akan terpikat.Bacaannya ,bacaan yang hangat.Tak mustahil air matamu akan mengalir andaikata engkau mendengar dan menghayati … Percayalah, pujuklah hatimu yang keras itu…Pinjamlah kaset atau CD Al-Quran daripada saudaramu yang memilikinya…Ku yakin, engkau akan teruja dengannya…


Wahai saudaraku yang budiman!!

Andaikata kau suka melihat, membelek dan menatap majalah-majalah berbau lucah dan meruntuhkan akhlak ; hentilah segera.. Ya sekarang ini..Ketahuilah ia amat bahaya untuk imanmu dan taqwamu. Maruahmu akan tercalar.Dan yang amat mengerunkan, Allah tersangat murka kepadamu…Ketahuilah engkau telah berbuat dosa dan noda. Segeralah beristgihfar dan bertaubat kepada Allah swt.

Imam Qusyari berkat
a :
” Taubat adalah langkah permulaan bagi mereka yang ingin berjalan mencari keredaan Allah swt.”

Inginku khabarkan kepadamu, di sana terdapat sebuah buku yang amat mulia. Bila dibaca, hati terasa tenang. Jiwamu akan nyaman, damai dan tenteram. Dadamu pula terasa begitu lapang.Ketahuilah saudaraku bahawa itulah Al-Quran. Berwudhuklah, tatapilah ia, bacalah dengan khusyuk dan tadabbur. Ku yakin, air matamu akan mudah mengalir ..ketika itu engkau akan merasai hidup bersama Al-Quran. AL-Quran hidup dalam hayat dan jiwa mereka beriman..

Pemuda K.A.H.F.I

Marilah kita menjadi seperti mereka. Pemuda yang teguh keyakinan dan ketaqwaan. Mereka amat memelihara solah lima waktu secara berjemaah. Mereka cukup sensitif dan peka apabila membaca Al-Quran. Mereka gemar mendengar-dengar ceramah-ceramah, tazkirah-tazkirah , nasihat-nasihat yang baik. Mereka suka senyum dan wajah mereka cukup tenang dan mempesonakan. Marilah mencontohi mereka dan bersahabat serta bergaullah dengan mereka..Semoga kita turut terkesan dan dididik oleh mereka yang soleh pilihan Allah swt…

Oleh itu, - wahai saudaraku yang iltizam- Jadilah engkau Pemuda K.A.H.F.I

BroHamzah JR
brohamzh@yahoo.com
« Bentuk Pemeliharaan Allah

TAJDID IMAN...RAHMAT MENCURAH BAGI MUSLIM BERTAUBAT


Bersama Dr Juanda Jaya



MINGGU lalu kita membahaskan mengenai sifat takut (khasyah) kepada Allah SWT. Dalam ruangan kali ini kita sempurnakan dengan sifat harap (raja’) kepada Allah SWT. Dua sayap iaitu sayap takut dan harap membolehkan mukmin sampai ke puncak pendakian menuju Allah SWT. Jika salah satu sayapnya patah, dia tidak akan sampai kepada matlamatnya.


Raja’ atau harap kepada Allah SWT membawa maksud perasaan tenang dalam diri ketika menanti sesuatu yang disukai selepas melakukan ikhtiar dengan penuh kesungguhan manakala lawan raja’ ialah 'berangan' menanti sesuatu yang disukai tetapi tidak ada usaha untuk merealisasikannya.

Dalam hal ini, Allah Taala menyindir mereka yang hanya berangan tanpa usaha dengan firman-Nya yang bermaksud: “(Pahala daripada Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan bukan pula menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi balasan kejahatan.” (Surah Al-Nisa’, ayat 123)


Harapan kepada Allah SWT adalah ubat penawar bagi orang yang menderita sakit putus asa daripada rahmat-Nya.
Sakit ini dialami orang yang terlanjur berbuat dosa. Saat bermaksiat manusia mudah berputus asa, akhirnya ia tenggelam dalam dosa hingga ke hujung nyawanya.

Padahal Allah Maha Pengampun dan Penyayang, iblis sudah menutup jalan menuju harapan kepada Allah SWT di dalam hati orang yang pesimis. Jika manusia memiliki dosa hingga sepenuh langit dan bumi kemudian jatuh setitis harapan ke dalam hatinya kepada Allah Taala, nescaya akan terhapus segala dosa itu atas kehendak–Nya.

Allah Taala berfirman di dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu semua masih berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kamu tanpa Aku peduli atas dosa-dosamu.” (Hadis riwayat Al-Tirmizi)

Sesungguhnya hati boleh rasa berapa jauh jarak antara kita dengan Allah Taala. Apabila iman lemah dan lalai, kemudian cuba melakukan dosa yang ringan hingga akhirnya terjerumus ke dalam dosa besar.

Melawan kesakitan batu tajam yang menghiris tapak kaki seraya merintih kepada Allah SWT, “Masih adakah keampunan-Mu untukku, Wahai Yang Maha Penyayang? Dan jawapannya, Allah SWT berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Aku menurut sangkaan hamba-Ku”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maka berharaplah dengan pengharapan yang baik kepada Allah SWT. Tiada sangka buruk atas segala takdir-Nya dan bersedia memperbaiki keadaan dengan kekuatan iman kepada-Nya.

Rasulullah SAW menghiburkan hati umatnya yang berdosa supaya mereka tidak cepat menyerah dan bersedih dengan dosa yang dilakukan. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Demi yang diriku ada di tangan-Nya, seandainya kalian tidak berdosa, tentu Allah akan mematikan kamu, lalu datang segolongan orang yang berdosa dan mereka memohon ampun dan Allah mengampuni dosa-dosa mereka.” (Hadis riwayat Muslim)




Jenis harapan kepada Allah Taala:


l- Harapan taubat. Sentiasa yakin Allah SWT menerima taubat dan amal kita.

Sungguh rugi orang yang tidak beristighfar padahal Allah Taala pasti
mengampuninya. Ibnu Mas’ud pernah berkata, dulu ada seorang lelaki telah mencium seorang wanita. Lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dengan harapan dosanya dapat diampun. Maka turunlah ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan kejahatan.” (Surah Hud ayat 114).

Kemudian lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah ayat ini hanya untuk aku sendiri ya Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda: “Bagi seluruh umatku (yang berdosa)”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika kita berdosa, tidak kira dosa yang ringan sekalipun, perkara pertama mesti dilakukan ialah jangan putus asa daripada rahmat dan ampunan Allah SWT. Kemudian bertaubatlah dengan cara melakukan ibadat seperti solat, sedekah, puasa dan sebagainya.

Tiada dosa yang tidak diampunkan Allah Taala. Tetapi mengapa lidah terasa berat mengucap lafaz istighfar, pada hal Rasulullah SAW mengajar kita untuk
menyebutnya paling sedikit 70 kali sehari.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT mendekatkan seorang mukmin lalu meletakkannya dalam naungan-Nya dan menutupinya. Kemudian Dia berfirman: Tahukah kamu dosa ini dan ini? Orang itu menjawab: “Ya, saya mengetahuinya, wahai Tuhanku.” Hingga ia mengakui semua dosanya dan merasa bahawa dirinya pasti binasa kerana dosanya itu. Allah SWT berfirman: Aku telah
menutupinya terhadapmu sewaktu di dunia dan Aku mengampuninya bagimu pada hari ini. Lalu diberikan semua catatan amal kebaikannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)


2- Harapan berjumpa.

Merindukan perjumpaan dengan Allah Taala, syaratnya termaktub dalam surah Al-Kahfi, ayat 110 yang bermaksud: “Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan jangan mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”

Orang yang sudah lama pergi meninggalkan keluarga, bermusafir ke negeri yang jauh demi mencari rezeki, pasti berasa rindu dengan kampung halaman sendiri. Apabila tiba masanya pulang ke pangkuan ayah bonda, tidak sabar hendak berjumpa hingga tidak lena tidur malam menunggu datangnya pagi.

Begitu pula keadaannya bila orang beriman sudah sampai pada tahap bergantung hati kepada Allah Taala.



Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri... DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayatilah pemberian dr ALLAH S.W.T..


LAHAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...

Tiada daya dan Kekuatan Melainkan
Dengan Kekuasaan
Allah Yang Maha Tinggi Dan
Maha Berkuasa Besar .

Rabu, 17 Jun 2009

Pencarian Cinta...



is: salam..dik,jazakallah ea...
is: ats sgla nshtmu buat shbtku yg mghidap msalah jiwa dsatu ktika dulu..
is: alhmdllh, dye >stabil kini..
is: tp,hnya Allah jualh yg >thu.

fird: alhmdllh..
fird: moga tenang jiwanya diulit CintaNya..
is: amin insyllh..
is: tp dia ada 1 mslh lg sbnrnya...
is: may i share wif u?
fird: erm..blh insyaallah..

is: sjk dye brubah,sllu dye rase ust tasawuf len sume xbtul, guru dye jgk je yg btul..
fird: erm?
is: (walhal dye sndri pun xpnah cerita sume ttg hdpnya n mtk nsht yg btul dr grunya..)
is: then,bla dia ambil msa tok stabilkan diri..lama dye xcntct grunya..smpai skg.
is: 1 hari...dye tnya kat ust hasrizal..saifulislam..
is: ttg bbrpa prkara..
is: ni soalannya..


is: salam,ust,sy ada prsoalan nk tny ttg bab ke'sufi'an ni..byk yg sy xfhm. antaranya, if xkberatan, blh ust tlg trgkn apa mksd "kenalilah dri seblum kenal Allah. bila telah megenal Allah, akan binasalah diri". ma ma'na quote yg last tu?..

Abu Saif : wsalam. baca dari mana tu?

is: ayat ni shbt sy yg bagi..ktanya nsht utk sy. tp, bla sy minta dia trgkan dia cuma kta- "akan nti faham nanti. carilah guru. belajar mgenal diri dan hati." dia Xmnjwb prsoalan sy ust..

Abu Saif : cara mudahnya, abaikan sahaja nasihat yang kita tak faham. ada kemungkinan yang beri nasihat tu pun tak faham (tanpa niat untuk berburuk sangka).

Abu Saif : kenal diri = tahu diri ini hamba (bukan bos). bila tahu diri hamba, baru tahu Allah itu Tuhan. Bila kenal Allah sebagai Tuhan, binasalah EGO, i.e binasalah diri.

is: subhanallah..jzk k. ktanya dia bljr tsawuf. kdg2ada pkra yg dikataknnya mmrlukn sy brtny utk fhm. tp dia selalu kta.."mendalam maksudnya tu. jika Allah beri nti faham..akan fahamlah nti". hm..ana krg jlslh ust..adkh ilmu tsawuf ini hny brsndar ilmu yg akn dbri 'direct' dr Allah ? au..cmne?

Abu Saif : Tasauf itu penting. Tapi kena menyelam hingga ke dasar. Kalau berenang-renang di celah ombak, mati lemas nanti. Tasauf meluruskan fikiran dan perkataan, bukannya jadi merepek-repek cakap benda yang orang tak faham.

fird_yarmouk: so??

is: hm,tasawuf mluruskn fkiran n prktn...tp bgmn pla skiranya ada hmba Allah yg dsbbkn ingin mnjga keikhlasan hatinya mlkkukn sstu amal, mybbkn dia trpksa brbohong agar hatinya >trjaga..? mmg perlu ke ber'guru' yg mursyid?

Abu Saif: apa yang Rasulullah SAW buat, itulah yang terbaik. Baginda mengajar kita contoh yang lurus, tidak bengkang bengkok. berbohong untuk ikhlas? kurang ikhlas, boleh diperbaiki. berbohong, hanya taubat penghapus dosa berbohong. eloklah kita berguru, andai ilmu yang pelajari menjadikan kita haru biru. tapi kalau guru tu punca kita haru biru, berhijrahlah ke daerah yang terang dan jelas. "tinggalkan apa yang meragukan, kepada apa yang tidak meragukan" Itu kata guru Besar kita, junjungan Muhammad saw.

is: he..maaflh ust. sy xjls,sbb2tnya. ust, btulke ilmu tasawuf ni Nabi s.a.w. yg sanadkn kpd s.abu bakr, n then diturunkn kpd org slpsnya shggalah ke hari ini ada mursyidnya?

Abu Saif: kalau soalan ilham_sufiy dah sampai ke situ, definitely shoutbox bukan lagi tempatnya. either ilham_sufiy kaji betul-betul dan berpenat lelah sedikit untuk faham sejarah dan latar belakang perkembangan Tasauf, or just forget about everything... literally I meant forget about everything. Kalau tidak, huru hara jadinya nanti. Maaf, tak dapat tawarkan Mee Segera untuk soalan seperti itu.

is: er...jazakallah. tp ust, last ques..blh sy tahu knp ust ckp "kalau x, huru hara jdnya"?

Abu Saif : kerana hilang hujung pangkal dalam berfikir.

is: ...tq. sy fhm. boleh ust syorkan buku yg mudah dfahami ttg tasawuf n sjrhnya?

Abu Saif : berbincang untuk membuat penegasan bahawa tasauf tidak boleh dibincangkan di shoutbox. soalan sanad, sejarah, muktabar atau tidak, makna petikan-petikan berkiasan tinggi, semua tu memerlukan proses belajar. so, either belajar atau lupakan sahaja. belajar, dgn maksud kaji betul-betul.

Abu Saif : berbincang untuk tidak berbincang tentang tasauf.

is: huhu...itulah kisahnya..

fird: erm...ni mslh tntang keyakinan terhadap ilmu tasawuf r ni..
fird: btl??

is: hm, yup..n dye skrg sdg cuba mnyabarkan drinya..
is: n mgakui hakikat bhwa dia prlu bermula kmbali dri basic..
is: ttg tasawuf..
is: apa pndgn fird?


fird: erm...klu xfhm tntang tasawuf..
fird: tny la pd orng yg lbh memahami..
fird: org yg mengamalkn..
fird: klu sendiri2 jer mncari..
fird: nnt sesat ditengh jalan..
fird: erm..saya bkn org yg selayaknya tuk bicara soal ni,..
fird: tp cb r tny pada guru..
fird: pasal bk2 2..
fird: cb la bc ihya' ulumuddin..
fird: siyarus salikin..
fird: kitab hikam..
fird: pasal permulaan ape seme 2..
fird: saya pn tgh cr buku2 pasal sejarah tasawuf..
fird: kat universiti banyak..
fird: tp sbb sibuk skang ni xder ms nk bc..
fird: tp br2 ni ad selak2 ckit buku bhs inggeris..
fird: kajian tasawuf di barat..
fird_yarmouk: i2 pn xdpt nk bc hbs..

is: tasawuf..kajian barat..?
fird: bnyk kat library U..erm..

is: akk minta adk wspadalh if nk bca bku ttg islam yg dikaji dr sna..
is: sbb prnh 1 ktika dlu mmg lmbakan bku2 islam dtulis oleh pnulis barat..
is: ramai sgka ia 1 pkra baik..
is: tp rpnya..mreka putar belitkn kfhmn pmbaca..
is: dgn cara ambil n kupas nas separuh2..
is: i2 yg jg pnybb byk msyrkt barat trllu byk salah fhm n pndg serong ttg islam..
is: Allahualm

fird: tak.. penulis dia bangsa arab..
fird: nm dia sy xingt..diterjemah..
fird: sy sllu bc buku bukan ambk semua..
fird: just nk buat satu perbandingan..
fird: mmg biasa mcm 2..
fird: sebab kita kena kaji gak ape pndngn barat tentng sesuatu perkara..
fird: so kita blh fkr n cr sesuatu utk menafikannya..
fird: erm..ape pn..
fird: trm ksh kak.

is: wajazakallah alaik aidon!

fird: atas amaran 2..:)

fird: so brblk sml pada mmbr akk td..
fird: mcm mn kak??
is: dye bru jmpa kitab ihya ulumiddin..
is: insylh dye akn try brmula smula..
is: cuma dik..
fird: em..
is: dh lma dye xzikir khusus..
fird: xper...zikir la sml..
fird: sy sndiri pn ad lompong gak..
is: cz dye rse dye xde ilmu yg bnr2 myakinkn dye lg tok mulakn sume2..
fird: ad gak xzkir..
fird: ooo..lg satu..
fird: klu blh cb cr kat youtube..
fird: ceramah syeikh nuruddin..
fird: nuruddin al-banjari
is: insylh..

is: dik..apa mksd ayat ni..?
is: -Jangan lupa tiga serangkai. AQIDAH, IBADAH DAN AKHLAQ (TASAUF)



fird: erm..
fird: 3 perkara penting kena ad pada seorang muslim..
fird: err..ilmu..
fird: ilmu tentang aqidah iaitu mentauhidkan Allah taala..
fird: tahu seme sft2 wajiNya dan perkara2 yg bersangkutan dgnnya..
fird: pas2 ibadah..
fird: tau ilmu fiqh..mcm mn sbtlnya seorang hamba menyembah tuhannya
fird: pas2 akhlak..
fird: atau ehsan..
fird: beribadah mcm Allah melihat kita..
fird: slp2..

is: subhanallah..
is: pkr yg akk tahu..tp lupa..

fird: beribadah mcm kita melihat Allah..ataupun klu xdpt rs cam 2 yakin Allah melihat kita..Allahualam
is: alhmdlh,dh ingat kmbali
is: betul3..

fird: ada hadis yg Jibrail dtg jmp dgn Rasulullah..
fird: tnykn tntang islam iman dan ehsan..
fird: so nk dpt ehsan tu ssh..
fird: tasawuf adalah ilmu yg boleh membawa kita ke tahap 2...

fird: apepn.. klu bertasawuf tp xfhm tntng ilmu berkaitan usuluddin pn xleh gak..
fird: blh jd hilang punca..
is: "klu bertasawuf tp xfhm tntng ilmu berkaitan usuluddin pn xleh gak.."
is: ilmu usuluddin means ...?
fird: erm..ilmu tauhid..
fird: http://www.bicarasufi.com
is: oic...;) jazak..k! ALLAH yubarik fiik.



Sahabaty,
ilham_sufiy wif akh fird,
Bahanj, Malizi,
Augustus 2008