Salam...
Sedihnya hati ini bila mendapat perkhabaran tentang perginya sebutir bintang yang bersinar menerangi alam selama hayatnya...tarbiahnya hidup dalam jiwa dan gerak nadi para pejuang dan pembela agama.
'Ma ma'na intima'ie lil Islam'... 'Apa ertinya saya menganut Islam'... Kitab itulah yang kembali kurujuk tatkala aku pernah terguling futur dalam ujian. Kitab itulah yang pernah menunjukkan kembali jalan ke arah pencerahan diri.
Tokoh yang melakar panduan hidup dan mati menerusi kitab itulah yang kurasakan paling dekat, paling hampir dengan jiwa setiap anak muda yang cintakan Allah sebagai Rabbnya, dan yang mencari jalan untuk berbakti kepada Tuhannya lantaran mahu dititip dan dibuktikan rasa syukurnya kepada Tuhannya..
Mengapa dia kukatakan hampir dengan kita??
Kerana, itulah kitab asas, kitab pertama yang wajib dihadam oleh setiap soldier umat ini ke arah memandu selorong cahaya kepada Tuhannya.
ya Syeikh...
Perginya engkau dari sisi kami menjadikan kami sedar diri.
Sedar dengan semakin akrabnya kami dengan peristiwa besar di akhir zaman..
Terasa qaribnya yaumil qiyamah itu datang bertandang..
Kerana apa??
Kerana tanda-tanda kabiir kehadirannya kian nyata satu-persatu..
Diambilnya alim ulama' dikalangan kami..
Tanda semakin hilang dan tercabutnya ilmu di dada duniawi..
ya Syeikh..
Perginya engkau menuruti jejak para mujahid yang melambai dan tersenyum riang di kamar-kamar jannah,
Menjadi bukti bahawa Allah sedang menarik kembali ilmu qalamnya dari dada umat ini..
Redup, tenang wajahmu yang senantiasa menarik hati ini kepada layur-layur keinsafan dan ketaqwaan...tidak akan kulupa.
Selamat berbahagialah untukmu...
Ya Syeikh Fathi Yakan..
20 Jamadil Akhir 1430 hijriyah,
bersamaan 13 Jun 2009 (Sabtu) akan terpahat di hati ini.
Apapun sahabat, perjuangan ini perlu diteruskan. Ia tidak akan berakhir sehingga tibanya Yaumil Qiyamah!!
Mukhlisah Mutmainnah,
Holiday intra semester,
Permy Hill,
8.35 pm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan