Khamis, 18 Jun 2009
Ayark...banyaknye kije.. ;P
Kerja anda bertangguh-tangguh? Tak siap-siap? Ini petuanya:
1. Mulakan sekarang juga. Pepatah Cina ada mengatakan, "Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama."
2. First thing first. Selesaikan kerja terdahulu.
3. Selesaikan kerja yang pendek dan ringkas dahulu.
4. Pecahkan kerja yang panjang kepada beberapa bahagian. Mulakan buat bahagian pertama. Anda lihat bagaimana jentolak mula mendaki gunung untuk menolak tanah yang paling atas. Dalam masa dua tahun gunung yang gagah dibelah dan lebuh raya terbentang.
5. Gunakan masa yang pendek untuk berbuat sesuatu. Misalnya bangun awal sebelum masuk waktu Subuh atau anda ada 10 minit sebelum pergi kerja.
6. Buat senarai: THINGS TO DO TODAY. Potong yang telah dilaksanakan. Bawa ke esok task yang belum dilaksanakan.
7. Tandakan kerja anda kepada 4 kategori:
1. Penting dan mesti siap sekarang. Misal masuk kerja jam 9.00 pagi, memenuhi deadline.
2.Penting tetapi boleh ditangguhkan. Misal ziarah mak di kampung, mula tulis buku baru.
3.Kurang penting tetapi mesti buat sekarang. Misal breakfast sebelum masuk kerja, bercukur, gosok baju, dll.
4.Kurang penting dan boleh ditangguhkan. Misal shopping, mulai hobi baru.
8.Kalau anda ada masa 4 jam pada pagi Sabtu, rancang untuk laksanakan 4 kerja besar.
9.Hilangkan keraguan melaksanakan sesuatu kerja. Anda sebenarnya memang mampu. Jika tidak orang tak memberi kerja itu kepada anda.
10. Lerai halangan untuk melaksanakan sesuatu kerja itu satu persatu. Memulakan kerja semudah membuka kulit pisang. Ada 5 langkah:
•Patahkan tunggul tangkainya.
•Kopek bahagian kulit yang pertama.
•Kopek bahagian kulit yang sebelah lagi.
•Selesaikan kopek kulit.
•Sekarang anda dah boleh makan pisang itu.
Kalau anda tidak mulakan mematahkan tunggul tangkai, sampai bila pun anda tidak dapat makan pisang. Tak mungkin anda membaham pisang dengan kulit-kulitnya!
11.Menangguhkan kerja di atas meja anda seperti anda menangguhkan menggosok gigi waktu pagi. Lama-lama mulut anda akan penuh dengan tahi gigi.
12.Anda boleh ambil kerja baru. Seperti empangan. Bila hujan, air yang dialirkan keluar mesti lebih besar. Kalau anda ambil kerja baru, kadar melaksanakan kerja dan masa untuk melaksanakannya harus lebih lama.
13.Telus dalam memberi alasan mengapa kerja tertangguh. Anda akan belajar supaya lebih ikhlas dan lebih bertanggungjawab.
14.Belajar berkata "No" jika ada kerja baru mendatang yang tak sanggup anda laksanakan.
15.Gantungkan kerja, jangan tempekkan. Lihat bagaimana kertas catatan pesanan makanan anda di restoran digantung menggunakan penyepit baju. Walau bagaimana ramai pun pelanggan, namun akhirnya pesanan anda akan sampai juga.
Selamat mengelakkan kerja bertangguh!! ;P haha..
http://hajimuhammadzakaria.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan