al-Marhum Syeikh Said Hawa yang mewasiatkan pesanan berikut kepada para kekasih Allah: Beliau berkata "Pesananku kepada kekasih Allah:
Pertama: Hadirilah majlis ilmu, pilih yang mana lebih baik dan menguntungkan. Jangan berjanji melainkan mesti bersama dan menurut titah perintah Allah melalui ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, menurut jejak para ulama' leluhur dari kalangan Ahli Sunnah Wa Jamaah. Kerana beriltizam dengan kesetiaan tanpa ilmu mungkin menambah dosa dan membawa padah.
Kedua: Mengadaplah ke hadrat Allah dengan mengerjakan segala amalan fardhu atau sunat sama ada solat, puasa, zakat, puasa, haji, tilawah Al-Quran, zikir, dan selawat kepada Rasul tanpa berlebihan. Laksanakan bacaan zikir-zikir yang penting tanpa menyebabkan terganggu pelaksanaan tanggungjawab duniawi.
Ketiga: Berusahalah setakat yang terdaya dan menurut masa lapang dengan cara menyebut zikir yang meraih kemesraan Allah. Iaitu:
"استغفرالله , سبحان الله , والحمدلله, الله اكبر, لا اله الا الله, اللهم صل على محمد وآله وسلم, لا حول ولا قوة الا باالله, يا حي يا قيوم يا ذا الجلا ل والاكرام برحمتك أستغيث, سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم"
ٍSaya harap belum selesai anda mewiridkannya hati anda menjadi lapang dan ceria. Saya harap anda kekal bergaul dengan orang ramai dan berdakwah dalam keadaan sentiasa berzikir. Di samping itu jangan lupa sembahyang sunat I'tikaf, wirid harian dan membaca Al-Quran.
Keempat: Sediakan masa tertentu untuk membaca bahan-bahan yang berguna secara terencana setiap hari. Jangan lupa membaca bingkisan tulisan kami"عقد القرن " dan "بعيدا عن احتياجات العصر كى لا نمضي"
Kelima: Setelah anda berwirid seperti di atas, maka tambahkahlah dengan wirid harian yang biasa. Selitkan wirid-wirid ma'thurat dan wirid yang anda sukai. Jangan lupa membaca al-Quran, dan istighfar harian 100 kali, selawat 100 kali, mengulang-ulang kalimah tauhid:
Tak kurangلا اله الا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير dari 100 kali, سبحان الله وبحمده 100 kali, dan surah Ikhlas 3 kali.
Keenam: Bacalah risalah al-Ma'thurat oleh al-Syahid Hasan al-Banna. Amalkan Ma'thurat al-Sughra setakat yang mampu.
Ketujuh: Kenal dan carilah "mursyid" yang sempurna dan jangan tergesa-gesa. Nilailah status dan kedudukan beliau dan muridnya dengan neraca ilmu.Berdasarkan penilaian itu bertindaklah sama ada untuk mengikutinya atau sebaliknya. Seandainya ia tidak sesuai untuk diikuti maka layanilah beliau dengan sopan santun. Tapi seandainya anda ingin berguru dengannya secara mengambil berkatnya sahaja; sedangkan beliau tidak memenuhi syarat seorang mursyid yang sempurna maka perbanyakkanlah selawat untuk Rasulullah s.a.w..
Kelapan: Di mana dan siapa jua yang anda boleh mendapat kebaikan daripadanya dan terhindar daripada musibah maka bergaullah dengannya berdasarkan kaedah Sunnah Rasulullah:
"خذ ما تعرف ودع ما تنكر واقبل على خاصتك ودعهم وعوا مهم"
Kesembilan: Di mana saja anda berkesempatan adakanlah majlis ilmu dan majlis zikir. Di mana sahaja anda boleh berdakwah kepada kebenaran, laksanakanlah. Jadikanlah diri anda pembimbing atau pembantu orang lain.
Kesepuluh: Bertuturlah kepada ulama dengan cara yang beradab. Bercakaplah dengan pihak yang berkuasa dengan cara penuh hormat. Jangan berkomunikasi dengan mereka kecuali kalau itu sudah kemestian menurut ilmu. Kadang-kala ada orang yang berkonfrontasi dengan ulama, penguasa dan pemerintah tanpa mengikut tatacara yang digariskan oleh syara'.Ini tentu merugikan. Tapi dalam waktu yang sama jangan pula bakhil untuk mengirimkan nasihat bertulis secara sulit kepada mana-mana makhluk Allah yang memerlukannya.
Kesebelas: Jangan bertindak melakukan apa-apa tugas umum atau khusus melainkan setelah anda mengetahui hukum Allah SWT mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan