Ahad, 22 Februari 2009

3 kelainan Revolusi Islam Iran

Dilulus terbit pada Friday,
February 20 @ 14:41:52 MYT oleh TokPenghulu
Analisis Isu Oleh alifx59

"Apakah kelainan utama Revolusi Islam Iran dengan revolusi lain pada abad moden ini?."

Secara ringkasnya ialah ada tiga kelainan:

Pertama, pemimpin dan cara hidup pemimpin revolusi itu
. Revolusi di Iran dipimpin dan digerakkan atas nama Islam lanjutan dari semangat syahidnya cucu Rasulullah saw, Saidina Husein di Kabala. Semangat "Karbala" sentiasa dihidupkan setiap tahun di bulan muharam sempena syahidnya Saidina Husin.

Maka semangat revolusi sentiasa segar di dalam dada dan jiwa rakyat Iran. Sejak Imam Khomeini menjadi pemimpin tertinggi Iran sehingga kepada Ali Khamanei, kehidupan mereka tetap sederhana, walaupun ianya sebuah negara kaya sebagai pengeluar minyak terbesar dunia. Lambang zuhud, warak, tidak bermewah, tidak bermegah dengan gelaran dan harta benda merupakan manifestasi akhlak Rasullullah saw sebagai pemimpin dunia. Jika mereka mahu hidup mewah, dunia tidak akan kata apa-apa kerana memang itulah perangai dan cara hidup pemimpin dunia jika mereka memerintah.

Kedua, Iran secara jelas, tegas, dan yakin tidak tunduk dengan dasar dan arahan imperialis Amerika. Walaupun Libya dan Iraq juga dilihat pernah tidak tunduk kepada Amerika tetapi akhirnya secara senyap, terpaksa akur dengan arahan Amerika. Iran seolah-olah Vs dunia. Itulah objektif sebuah negara Islam, membebaskan dunia dari perhambaan sesama manusia kepada tunduk kepada Allah swt.

Ketiga, rakyat Iran berjaya ditanam semangat jihad bersedia menerima risiko berperang dengan mana-mana kuasa besar di dunia ini demi Islam. Semasa lawatan saya beberapa kali ke Iran dan saya bertanya sendiri kepada pemandu teksi dan bas; jawapannya mereka sanggup syahid jika itu arahan Imam Ali Khamanei.

Ya, Iran bukan sebuah negara terpencil memikirkan hal negerinya sendiri, tetapi ia sedang menyediakan pemikiran kepada semua pemimpin negara-negara umat Islam di dunia ini supaya membebaskan diri dari cengkaman pemikiran Amerika, pelindung zionis Israel!!!

www.sokongpr. blogspot. com

PROMO KURSUS PERKAHWINAN!!



SALAM ALAIK...

PERHATIAN KEPADA SAHABAT2 YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KURSUS PERKAHWINAN ISLAM..
PENDAFTARAN KINI TELAH DIBUKA!!


Anjuran : Biro Kerohanian JPP, IPIK, Cheras.


Tarikh : 28 Feb & 1 Mac (2 hari berturut-turut)
Masa : 8am-6pm (1st day), 8am-1.30pm (2nd day)
Lokasi : Dewan Auditorium Blok TESL, IPIK, Cheras
Yuran : RM 70
(termasuk 2x srpn, 2x lunch, byrn pncrmh, pgsian fail, &sijil JAKIM- SAH SEPANJANG HAYAT!!)
Tarikh tutup pndftrn: 24 Feb 2009


Bagi yang tinggal berjauhan daripada IPIK, petempatan sementara boleh dirunding.

HUBUNGI : -Ahmad Nazimi Izzad (013-3612035) -Mutmainnah (013-3935912)


ALLAH YUSAHHIL LANA!
TABARAKALLAH!

Sabtu, 21 Februari 2009

Mengapa Orang Yahudi Bijak?




www.iluvislam.com
Dr. Stephen Carr Leon
Editor: doraemong13


Mengapa Yahudi Bijak?


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak?

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.
Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

" ...sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami... "



Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah.... (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan
. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?

Fikirkanlah! Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gene bodoh akan mengikuti generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Pharaoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Khamis, 19 Februari 2009

KFC...Mesti Baca!!

From: Nurul A'in Mohamed
To: jat_asbestos@ yahoo.com; islam_syumul@ yahoo.com
Sent: Wednesday, February 11, 2009 5:54:40 AM
Subject: Fw: KFC mesti baca


KEBENARAN TANPA PENGHUJUNG...
Oleh Muhammad Azli Shukri


"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. "
- ini
adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian,
kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin
merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas
dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya
sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa
usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol
dengan Israel , saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan,
tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan
membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu
rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat
Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada
menyelidik untuk mencari kebenaran.
Lantaran itu, apabila kejahilan yang
kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu
memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara
besar-besaran dalam kalangan bloggers , saya tidak tahu sama ada ia berlaku
secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun
demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan
pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi
Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim
Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham
terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita
tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar
khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan
gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk
beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan
orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi
memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila
kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah
kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar
membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih
mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu
sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh
Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid
menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang,
kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut
mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz.
Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan
menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika
lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram
hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan
pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi
berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika
kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam
menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang
menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke
mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut
dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim
sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak
bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap
kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu
dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC
semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan
kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan
jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti
rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah
fitnah
dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran
KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata
pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu
sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah,
silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila
disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya
sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid.

Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita?
memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau
menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya
iman dan bukan tanya kepada Aiman .

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara
bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas
menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot
saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita
jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa
lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok.
Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok
antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu
selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan
sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak
terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah,
ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh Johor Corporation (JCorp) hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.



Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya.
Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.
Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.

Jumaat, 6 Februari 2009

Wibawa Seorang Mujahid..

Sebuah artikel yang dimuat oleh harian umum al-Ahraam telah membuat Sang Imam dan murid-muridnya gelisah. Bagaimana tidak, artikel yang ditulis oleh si Fulan itu berisi pemikiran yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Si Fulan mengatakan bahwa tidak ada kewajiban bagi manusia untuk menutup auratnya. Sebab secara fitrah, tiap manusia dilahirkan dalam keadaan telanjang. Maka ia menyerukan agar budaya telanjang itu dilestarikan di tengah masyarakat Mesir.

Maka para ikhwan yang merasa marah, langsung membuat artikel bantahan dan siap dikirim ke harian umum yang sama. Namun sebelum itu, mereka mengutus seorang ikhwan bernama Mahmoud yang merupakan penulis artikel bantahan itu, untuk meminta pendapat dan izin dari Sang Imam.

"Ya, Ustadz. Bagaimana pendapat anda?" tanya Mahmoud pada Sang Imam yang tampak terdiam lama setelah membaca artikel bantahan itu.

"Akhi..." Sang Imam menatap Mahmoud. "Artikelmu ini sangat bagus dan penuh argumentasi yang jitu. Tapi..."

"Tapi apa ya, Ustadz?" tanya Mahmoud heran. Wajah Sang Imam yang teduh itu berubah galau. Ditatapnya artikel bantahan yang tergenggam di tangannya.

"Dalam pikiranku, tergambar beberapa dampak dari tulisanmu ini jika ia jadi dimuat," ujar Sang Imam pelan sambil kembali menatap Mahmoud.

"Pertama, artikel yang ditulis si Fulan itu sangatlah tajam, menusuk hati kaum Muslimin. Sementara konsumen pembaca harian al-Ahraam itu sendiri relatif sedikit dibanding jumlah penduduk Mesir secara keseluruhan. Dan rata-rata, mereka tidak membacanya dengan serius."

Mahmoud menyimak uraian Sang Imam dengan hati bertanya-tanya. Ia belum paham maksud gurunya itu.

"Jika kita menurunkan bantahan terhadap artikel tersebut, maka akan timbul beberapa titik rawan. Diantaranya, justru akan mengekspos artikel tersebut dan memancing keingintahuan bagi mereka yang belum membacanya. Sementara yang sudah membaca, akan kembali terpancing untuk membaca dengan serius. Dengan demikian, tanpa sadar kita telah memicu perhatian masyarakat kepada sesuatu yang buruk, yang bisa saja mendatangkan mudharat bagi orang-orang yang berjiwa lemah. Kalau artikel si Fulan itu kita diamkan saja, insya Allah ia akan tenggelam dengan sendirinya," tutur Sang Imam pelan. Mahmoud masih tampak belum puas dengan penjelasan itu, meski ia mulai bisa meraba maksud gurunya.

"Akhi, BANTAHAN ADALAH SALAH SATU BENTUK TANTANGAN YANG AKAN MEMANCING SIKAP KERAS KEPADA BAGI YANG DIBANTAH. Dan sekalipun ia menyadari bahwa ia salah, tapi BANTAHAN ITU AKAN MEMBUATNYA BERSIKUKUH PADA KESALAHANNYA. Ketahuilah, Akhi, si Fulan itu telah terpengaruh oleh sebuah lingkungan yang membuatnya berpikir seperti itu. Dan aku melihat, TUJUANNYA MENULIS ARTIKEL ITU BUKANLAH UNTUK MENGUNGKAPKAN APA YANG MENJADI KEYAKINANNYA. MELAINKAN SEKEDAR MENCARI PERHATIAN DENGAN CARA MENGHALALKAN SEGALA CARA."

Sang Imam diam sejenak. Sementara Mahmoud yang duduk di hadapannya masih menunggu kelanjutan kalimatnya dengan raut serius.

"Akhi, jika sampai si Fulan bersikukuh dalam kesalahan itu akibat bantahan yang kita sampaikan, maka secara tidak langsung kita telah menghalangi pintu taubat baginya. Si Fulan itu masih muda. MEMBUKAKAN PINTU KEBENARAN BAGINYA JAUH LEBIH BAIK DARIPADA MELEMPARKANNYA JAUH-JAUH DARI KEBENARAN YANG SEBENARNYA MENJADI HAK DIA. Justru kewajiban kitalah untuk membantunya meraih kebenaran itu. Aku tidak ingin, emosi yang bermain dalam dada kita membuat seseorang terhalang dari hidayah Allah. Begitulah pemikiranku. Bagaimana menurutmu, Akhi?" Sang Imam menutup penjelasannya.

Mahmoud yang sejak tadi diam menatapnya, perlahan menunduk. Kini semakin disadarinya betapa Sang Imam adalah manusia yang sangat bijak. Sosok yang penuh kharisma dan telah melebur ke dalam kancah dakwah secara jasad, ruh, akal, dan hartanya. Pengetahuan yang dalam dan hubungannya yang erat dengan Allah telah menjadikan pandangannya demikian luas, nalurinya peka, mata hatinya tajam, jauh menembus ke depan. Ya, ia telah dianugerahi bu'dunnazar (pandangan yang jauh ke depan), sesuatu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

Perlahan Mahmoud mengangkat kepalanya. Ditatapnya wajah Sang Imam sambil tersenyum. "Anda benar sekali ya, Ustadz. Saya setuju dengan pendapat anda."

Sang Imam pun tersenyum melihat muridnya mau memahami apa yang ada dalam pikirannya. Maka perlahan dirobeknya artikel yang tergenggam di tangannya saat itu.

***

Epilog

Waktu terus berlalu, dan artikel si Fulan yang membahayakan itupun berlalu begitu saja. Masyarakat sepertinya tidak terusik sama sekali. Namun, apakah yang terjadi pada si Fulan sendiri? Sejarahlah kemudian yang mencatat bahwa ia telah menjelma menjadi sosok paling heroik di kancah dakwah.

Ia telah tercatat sebagai salah seorang prajurit Islam yang gagah berani, yang menyuarakan kebenaran dengan suara lantang meski penjara mengurung jasadnya selama pemerintahan Gamal Abdul Nasser. Ia telah mempersembahkan kepada ummat, tafsir Al-Qur’an yang sangat luar biasa Fi Zilalil Qur’an, yang ia tulis selama di dalam penjara. Ia telah menjadi orang terdepan dalam perjuangan menegakkan kalimatullah di Mesir dan menutup sejarah hidupnya sebagai seorang syuhada di tiang gantungan pada tanggal 29 Agustus 1966.

Dialah... Sayyid Quthb!


Senyum Mujahid Menuju Syahid..Beberapa detik sebelum dihukum gantung.


Penjara yang memenjarakan Syed Qutb


'Petunjuk Sepanjang Jalan'-Warisan untuk para dua't


Wibawa seorang mujahid




Sang Imam, Sebuah Cuplikan untuk Mengenang Imam Hasan al-Banna
Wednesday, 27 October 2004
sumber : Eramuslim

Ayat-ayat CintaNYA!

Tasyji' Qalby..

Search: NOT GOOD IDEA TO BRING PEOPLE OF POOR QUALITY - MAHATHIR

Bernama - Thursday, February 5

KUALA LUMPUR, Feb 4 (Bernama) -- Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was not a good idea for Barisan Nasional (BN) to gain majority by bringing in people of poor quality.



He said this when ask to comment on the move by four assemblymen in Perak who left Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) and Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) who is also state assembly deputy speaker have declared their intention to become independent representatives while Datuk Nasaruddin Hashim (Bota), who recently joined PKR, has returned to Umno.

Following this, the Pas-PKR-DAP alliance's majority in the 59-seat state assembly drops from 32 to 28 while BN's seats rose from 27 to 28. This afternoon, Deputy Prime Minister Datuk Najib Tun Razak said in a press conference that BN has enough state assemblymen to form the next government as the three independent have vowed to support BN.

Dr Mahathir said: "Two people are accused of corruption. If you bring in corrupt people before they are found not guilty that is not going to improve the quality of the party. You want to accept people who want to jump into your party you need to know the quality of the person also."

Jamaluddin and Osman have been charged with corruption and their cases are still pending in court.

Dr Mahathir also warned that if they were found by the court to be innocent after joining BN, people would say that there was manipulation of justice.

-- BERNAMA
http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20090204/tpl-mahathir-perak-98d6c80.html

Rabu, 4 Februari 2009

2nd AT-10-TION!!

Everybody is welcomed to attend this interfaith. Let us know each other and understand them.



Title: Basic Belief of Religion

Date : 6 February 2009 (Friday)

Venue: Dewan Utama Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan

Time : 8.00 PM-11 PM
(Please be in hall 10 minutes before the event)



Moderator : Bro Kamaruddin Abdullah (Islamic Propogation Center International, Penang)



Speaker: 1) Bro Nicholas Sylvester (Hidayah Center)

2) Reverand Yesudasondari Immanuel

3) Dr Lee Leong Yeah (Advisor of USM Buddhist Society)

4) Dr. M. Bala Tharumalinggam.



Co organized by:
Islamic Centre USMKK,
Student Affair Association,
Buddhist Society,
Persatuan Kebudayaan India.



**Program will be conducted in English

AT-10-TION!!

Salaam,

Everyone are invited to IIS as follows :

'saturday service' kali ni bertajuk 'Mengenal Tokoh-Tokoh
Awal Dalam Ilmu Perbandingan Agama'. Mungkin ada yang dah biasa
dengar nama-nama seperti Ibn Taymiyyah atau Al-Ghazali. Sebenarnya,
masih ramai lagi tokoh-tokoh lain yang perlu diketahui. Contohnya, Al-
Biruni, Ibn Hazm, Ibn Battutah, Shahrastani dan lain-lain.
Tapi, ada juga segelintir daripada kita beranggapan CR bermula dari
zaman Ahmad Deedat dan Zakir Naik.

So, InshaAllah, dalam 'saturday service' kali ni, kita belajar
tentang tokoh2 awal yang banyak menulis pasal CR i.e. Bagaimana
mereka mengkaji agama lain, isu2 utama dalam kajian mereka, buku2
yang ditulis dan kenapa diaorang layak dipanggil tokoh dalam bidang
CR.

'Learning outcomes'nya, new points for 'kewajipan berdakwah', boleh
convince kan sape2 yang masih doubt nak kaji agama2 lain dan kitab2
mereka.

Bertempat: IIS (Information, Islamic & Services), Lecture Hall, Setiawangsa
Hari/Masa: Sabtu / 3.00PM-5.00PM
Tarikh : 7 Feb 2009

Kelas in MALAY. in English tunggu 5 tahun lg kot!
JEMPUTLAH BERTANGDANG BERAMAI2..:)

hehe...just introduce sy sebagai pelajar UIA jurusan Usuludin &
perbandingan agama. JANGAN LEBIH2 K!! just pelajar UIA pun dah OK.
> Arigato!
> FNAZIFAH

Selasa, 3 Februari 2009

Muqaddimah seorang hamba...

A'uuzubillahis-Samii'il-'Aliim, minasy-Syaitoonirrajim,
Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim,



Ya Allah, tiada puji dan puja melainkan segalanya hanya untuk-Mu. Segala puji-pujian, sebagaimana selayaknya pujian itu untuk DiriMu. Segala puja dan puji, sebagaimana layaknya Engkau memuji DiriMu. Wahai Tuhan sekalian alam! Alam yang kami tahu atau alam yang kami 'tak tahu, alam yang Engkau zahirkan kepada kami mahupun alam yang Engkau sembunyikan kepada kami; sudilah Engkau menerima puji-pujian dari hamba-Mu yang hina dina ini. Ya Allah, dengan penuh rasa kerdil dan faqir kepada kurniaan-Mu, aku memuja dan memuji-Mu!

Ya Allah, demi Rahman dan Rahiim-Mu yang melaut luas. Rahman-Mu yang memberi tatkala diminta, Rahiim-Mu yang murka apabila tidak diminta. Maka, dengan penuh keyakinan dan memandang hanya kepada Rahmaan dan Rahiim-Mu, aku menadah tangan pada saat ini, memohon limpah ihsan dan belas-Mu. Ampunilah aku! Bantulah hamba-Mu ini. Baik dalam kehidupan dunia yang sementara, mahupun kehidupan akhirat yang kekal abadi!

Aku yakin ya Allah! satu hari nanti aku akan berdiri di hadapan-Mu, di dalam Mahkamah-Mu pada hari Mahsyar nanti. Engkaulah Penguasa lagi Pemilik Hari Pembalasan. Tanpa keampunanan dan belas kasihan-Mu ya Allah, pasti aku akan binasa pada hari itu! Pasti aku akan celaka pada hari itu!




Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim!

Hanya Engkaulah Tuhan! Tiada Tuhan melainkan Engkau. Satu-satunya Zat Sang Maha Pencipta lagi Maha Wujud. Hanya kepada-Mulah aku sembah dan sujud, hanya kepada-Mulah aku mengharapkan kurnia, bantuan dan pertolongan. Segalanya datang dari khazanah-Mu, apa saja yang Engkau kehendaki, pasti akan terjadi. Apa yang Engkau tidak kehendaki, mustahil sama sekali akan terjadi. Wahai Allah! Hatiku bertawajuh hanya kepada Kudrat dan Iradat-Mu yang melaut luas. Limpahkanlah hidayah-Mu kepada hamba-Mu ini.

Ya Allah, tanpa taufik-Mu, aku akan terkapai-kapai mencari jalan yang lurus. Hidayatilah aku dan seluruh umat kekasih-Mu ke jalan yang lurus. Daripada kufur dan syirik kepada Islam, Iman dan Ihsan. Sesungguhnya kami umat kekasih-Mu ya Allah! Demi nisbat kami dengan kemuliaan kekasih-Mu Muhammad s.a.w.; ampunilah dosa kami, tutupilah aib kami, berbelaskasihanlah dengan kelemahan kami, kekurangan kami Kau sempurnakanlah, kesilapan kami Kau ampunkanlah, bimbinglah kami dari kejahilan dan kegelapan, kepada cahaya dan keimanan. Ya Allah, jangan sampai Kau murka kepada kami, jangan sampai Kau sesatkan kami.

Sesungguhnya, semata-mata kepada Rahmaan dan Rahiim-Mulah yang kami harapkan!

Amin.

Isnin, 2 Februari 2009

Wasiat al-Marhum Syeikh Said Hawa

al-Marhum Syeikh Said Hawa yang mewasiatkan pesanan berikut kepada para kekasih Allah: Beliau berkata "Pesananku kepada kekasih Allah:



Pertama: Hadirilah majlis ilmu, pilih yang mana lebih baik dan menguntungkan. Jangan berjanji melainkan mesti bersama dan menurut titah perintah Allah melalui ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, menurut jejak para ulama' leluhur dari kalangan Ahli Sunnah Wa Jamaah. Kerana beriltizam dengan kesetiaan tanpa ilmu mungkin menambah dosa dan membawa padah.

Kedua:
Mengadaplah ke hadrat Allah dengan mengerjakan segala amalan fardhu atau sunat sama ada solat, puasa, zakat, puasa, haji, tilawah Al-Quran, zikir, dan selawat kepada Rasul tanpa berlebihan. Laksanakan bacaan zikir-zikir yang penting tanpa menyebabkan terganggu pelaksanaan tanggungjawab duniawi.

Ketiga: Berusahalah setakat yang terdaya dan menurut masa lapang dengan cara menyebut zikir yang meraih kemesraan Allah. Iaitu:

"استغفرالله , سبحان الله , والحمدلله, الله اكبر, لا اله الا الله, اللهم صل على محمد وآله وسلم, لا حول ولا قوة الا باالله, يا حي يا قيوم يا ذا الجلا ل والاكرام برحمتك أستغيث, سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم"

ٍSaya harap belum selesai anda mewiridkannya hati anda menjadi lapang dan ceria. Saya harap anda kekal bergaul dengan orang ramai dan berdakwah dalam keadaan sentiasa berzikir. Di samping itu jangan lupa sembahyang sunat I'tikaf, wirid harian dan membaca Al-Quran.

Keempat: Sediakan masa tertentu untuk membaca bahan-bahan yang berguna secara terencana setiap hari. Jangan lupa membaca bingkisan tulisan kami"عقد القرن " dan "بعيدا عن احتياجات العصر كى لا نمضي"

Kelima: Setelah anda berwirid seperti di atas, maka tambahkahlah dengan wirid harian yang biasa. Selitkan wirid-wirid ma'thurat dan wirid yang anda sukai. Jangan lupa membaca al-Quran, dan istighfar harian 100 kali, selawat 100 kali, mengulang-ulang kalimah tauhid:
Tak kurangلا اله الا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير dari 100 kali, سبحان الله وبحمده 100 kali, dan surah Ikhlas 3 kali.

Keenam:
Bacalah risalah al-Ma'thurat oleh al-Syahid Hasan al-Banna. Amalkan Ma'thurat al-Sughra setakat yang mampu.



Ketujuh: Kenal dan carilah "mursyid" yang sempurna dan jangan tergesa-gesa. Nilailah status dan kedudukan beliau dan muridnya dengan neraca ilmu.Berdasarkan penilaian itu bertindaklah sama ada untuk mengikutinya atau sebaliknya. Seandainya ia tidak sesuai untuk diikuti maka layanilah beliau dengan sopan santun. Tapi seandainya anda ingin berguru dengannya secara mengambil berkatnya sahaja; sedangkan beliau tidak memenuhi syarat seorang mursyid yang sempurna maka perbanyakkanlah selawat untuk Rasulullah s.a.w..

Kelapan: Di mana dan siapa jua yang anda boleh mendapat kebaikan daripadanya dan terhindar daripada musibah maka bergaullah dengannya berdasarkan kaedah Sunnah Rasulullah:

"خذ ما تعرف ودع ما تنكر واقبل على خاصتك ودعهم وعوا مهم"

Kesembilan: Di mana saja anda berkesempatan adakanlah majlis ilmu dan majlis zikir. Di mana sahaja anda boleh berdakwah kepada kebenaran, laksanakanlah. Jadikanlah diri anda pembimbing atau pembantu orang lain.

Kesepuluh:
Bertuturlah kepada ulama dengan cara yang beradab. Bercakaplah dengan pihak yang berkuasa dengan cara penuh hormat. Jangan berkomunikasi dengan mereka kecuali kalau itu sudah kemestian menurut ilmu. Kadang-kala ada orang yang berkonfrontasi dengan ulama, penguasa dan pemerintah tanpa mengikut tatacara yang digariskan oleh syara'.Ini tentu merugikan. Tapi dalam waktu yang sama jangan pula bakhil untuk mengirimkan nasihat bertulis secara sulit kepada mana-mana makhluk Allah yang memerlukannya.

Kesebelas:
Jangan bertindak melakukan apa-apa tugas umum atau khusus melainkan setelah anda mengetahui hukum Allah SWT mengenainya.

Ahad, 1 Februari 2009

Tips Menjadi Pemuda Pemudi Islam Yang Unggul



Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

§ usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
§ usia yang mengalir darah yang gemuruh
§ usia yang tinggi idealisme yang luas
§ usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
§ usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional



Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.

Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

§ generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
§ generasi amal dan membina jama’iy
§ generasi rabbani dan ikhlas
§ generasi yang bernasabkan Islam
§ generasi da’awah dan jihad
§ generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
§ generasi gagah dan agung
§ generasi seimbang dan sederhana


Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da’awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya.

Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:


§ Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya
§ Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
§ Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
§ Fitnah ijazah dan pangkat
§ Fitnah wanita, isteri dan anak-anak



Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

§ Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar!
§ Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan yang ada!
§ Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri!
§ Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik!
§ Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan!
§ Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh!
§ Perakui kejayaan anda!
§ Tetap merendah diri!
§ Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada!
§ Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya!!




"TEGAKKANLAH ISLAM DIDALAM DIRI KAMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI NEGARA KAMU!"
-AsSyahid Imam Hassan Al-Banna-