Isnin, 1 Mac 2010
Rindunya aku padamu...Ya RasululLAH..
Rindunya aku padamu...Ya RasululLAH..
Sayup..
Terasa salju di sudut hati..
Menitiskan butiran permata jernih..
Mengenangkan indahnya peribadimu wahai Rasulullah..
Sayu..
Rindunya aku padamu Ya NabiyalLAH..
Tenangnya dikau menghadapi mehnah dan kemelut dunia yang mencengkam..
Tabahnya hatimu mendidik ummah yang naif dan jahil..
Tak pernah jemu,
Tak pernah bosan,
Tak pernah merungut dan berkecil hati..
Hanya yang terungkap..
"Tidak mengapalah..sesungguhnya mereka tidak tahu."
Ya habibalLAH,
Aku rindu pada lembut senyummu..
Yang pasti mendamaikan setiap mata yang memandang..
Namun, luka dan perit di hatimu, hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu.
Wahai kesatria ummat ini,
Dengarlah rintihan hati umatmu ini..
Aku ingin bertemumu,
Aku ingin bersamamu,
Aku rindu,
Dan terlalu rindu..
Untuk bersama-sama para syuhada' yang telah memperjuangkan agama ini...
"Maaf, ana tak dapat bersama-sama sahabat sekalian untuk berjuang. Ana harus pergi..Pergi mengadap Allah yang ana cintai. Dia sedang menunggu ana di syurga..kirim salam sayang ana pada sahabat-sahabat yang lain ya. Katakan pada mereka, teruskan perjuangan. Ana tunggu kehadiran kalian di syurga.."
"Maaf ma, saya tak nak balik. Seronok sangat di sini. tempat ni cantik..indah sangat.. Penuh dengan permata dan mutiara. Sampaikan salam saya pada mereka semua ya. Moga bertemu di syurga!"
~Mimpi sahabat-sahabat UPSI yang bertemu dengan 2 orang syuhada' kampus mereka yang syahid dalam suatu episod nahas jalan raya sebaik pulang dari sabililLAH, awal Jan 2010 yang lalu..~
Rinduku pada kalian syuhada'..
Menggamit hati untuk melangkah mendekati kalian..
Mendekati usaha dan perjuangan kalian..
Untuk bertemu Allah, Pencipta Agung..
Dengan penuh rasa Cinta dan rahmah!
Bukan bertemu-NYA dengan ketakutan dan kemurkaan..
~Yang amat mengharapkan keampunan dan keredhaan Tuhannya~
Mukhlisah Mutmainnah
29 feb 2010,
10.14 pg,
SKPK Kg. Baru, KL.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
I have something to share with you
http://cikguarif.blogspot.com/2010/02/mimpi-pelajar-uia-bertemu-rasulullah.html
moh daftar as murabbi
http://www.murabbi.net/v1/news.php
Catat Ulasan