Jumaat, 6 Februari 2009

Tasyji' Qalby..

Search: NOT GOOD IDEA TO BRING PEOPLE OF POOR QUALITY - MAHATHIR

Bernama - Thursday, February 5

KUALA LUMPUR, Feb 4 (Bernama) -- Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said it was not a good idea for Barisan Nasional (BN) to gain majority by bringing in people of poor quality.



He said this when ask to comment on the move by four assemblymen in Perak who left Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) and Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) who is also state assembly deputy speaker have declared their intention to become independent representatives while Datuk Nasaruddin Hashim (Bota), who recently joined PKR, has returned to Umno.

Following this, the Pas-PKR-DAP alliance's majority in the 59-seat state assembly drops from 32 to 28 while BN's seats rose from 27 to 28. This afternoon, Deputy Prime Minister Datuk Najib Tun Razak said in a press conference that BN has enough state assemblymen to form the next government as the three independent have vowed to support BN.

Dr Mahathir said: "Two people are accused of corruption. If you bring in corrupt people before they are found not guilty that is not going to improve the quality of the party. You want to accept people who want to jump into your party you need to know the quality of the person also."

Jamaluddin and Osman have been charged with corruption and their cases are still pending in court.

Dr Mahathir also warned that if they were found by the court to be innocent after joining BN, people would say that there was manipulation of justice.

-- BERNAMA
http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20090204/tpl-mahathir-perak-98d6c80.html

Rabu, 4 Februari 2009

2nd AT-10-TION!!

Everybody is welcomed to attend this interfaith. Let us know each other and understand them.



Title: Basic Belief of Religion

Date : 6 February 2009 (Friday)

Venue: Dewan Utama Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan

Time : 8.00 PM-11 PM
(Please be in hall 10 minutes before the event)



Moderator : Bro Kamaruddin Abdullah (Islamic Propogation Center International, Penang)



Speaker: 1) Bro Nicholas Sylvester (Hidayah Center)

2) Reverand Yesudasondari Immanuel

3) Dr Lee Leong Yeah (Advisor of USM Buddhist Society)

4) Dr. M. Bala Tharumalinggam.



Co organized by:
Islamic Centre USMKK,
Student Affair Association,
Buddhist Society,
Persatuan Kebudayaan India.



**Program will be conducted in English

AT-10-TION!!

Salaam,

Everyone are invited to IIS as follows :

'saturday service' kali ni bertajuk 'Mengenal Tokoh-Tokoh
Awal Dalam Ilmu Perbandingan Agama'. Mungkin ada yang dah biasa
dengar nama-nama seperti Ibn Taymiyyah atau Al-Ghazali. Sebenarnya,
masih ramai lagi tokoh-tokoh lain yang perlu diketahui. Contohnya, Al-
Biruni, Ibn Hazm, Ibn Battutah, Shahrastani dan lain-lain.
Tapi, ada juga segelintir daripada kita beranggapan CR bermula dari
zaman Ahmad Deedat dan Zakir Naik.

So, InshaAllah, dalam 'saturday service' kali ni, kita belajar
tentang tokoh2 awal yang banyak menulis pasal CR i.e. Bagaimana
mereka mengkaji agama lain, isu2 utama dalam kajian mereka, buku2
yang ditulis dan kenapa diaorang layak dipanggil tokoh dalam bidang
CR.

'Learning outcomes'nya, new points for 'kewajipan berdakwah', boleh
convince kan sape2 yang masih doubt nak kaji agama2 lain dan kitab2
mereka.

Bertempat: IIS (Information, Islamic & Services), Lecture Hall, Setiawangsa
Hari/Masa: Sabtu / 3.00PM-5.00PM
Tarikh : 7 Feb 2009

Kelas in MALAY. in English tunggu 5 tahun lg kot!
JEMPUTLAH BERTANGDANG BERAMAI2..:)

hehe...just introduce sy sebagai pelajar UIA jurusan Usuludin &
perbandingan agama. JANGAN LEBIH2 K!! just pelajar UIA pun dah OK.
> Arigato!
> FNAZIFAH

Selasa, 3 Februari 2009

Muqaddimah seorang hamba...

A'uuzubillahis-Samii'il-'Aliim, minasy-Syaitoonirrajim,
Bismillahir-Rahmaanir-Rahiim,



Ya Allah, tiada puji dan puja melainkan segalanya hanya untuk-Mu. Segala puji-pujian, sebagaimana selayaknya pujian itu untuk DiriMu. Segala puja dan puji, sebagaimana layaknya Engkau memuji DiriMu. Wahai Tuhan sekalian alam! Alam yang kami tahu atau alam yang kami 'tak tahu, alam yang Engkau zahirkan kepada kami mahupun alam yang Engkau sembunyikan kepada kami; sudilah Engkau menerima puji-pujian dari hamba-Mu yang hina dina ini. Ya Allah, dengan penuh rasa kerdil dan faqir kepada kurniaan-Mu, aku memuja dan memuji-Mu!

Ya Allah, demi Rahman dan Rahiim-Mu yang melaut luas. Rahman-Mu yang memberi tatkala diminta, Rahiim-Mu yang murka apabila tidak diminta. Maka, dengan penuh keyakinan dan memandang hanya kepada Rahmaan dan Rahiim-Mu, aku menadah tangan pada saat ini, memohon limpah ihsan dan belas-Mu. Ampunilah aku! Bantulah hamba-Mu ini. Baik dalam kehidupan dunia yang sementara, mahupun kehidupan akhirat yang kekal abadi!

Aku yakin ya Allah! satu hari nanti aku akan berdiri di hadapan-Mu, di dalam Mahkamah-Mu pada hari Mahsyar nanti. Engkaulah Penguasa lagi Pemilik Hari Pembalasan. Tanpa keampunanan dan belas kasihan-Mu ya Allah, pasti aku akan binasa pada hari itu! Pasti aku akan celaka pada hari itu!




Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim!

Hanya Engkaulah Tuhan! Tiada Tuhan melainkan Engkau. Satu-satunya Zat Sang Maha Pencipta lagi Maha Wujud. Hanya kepada-Mulah aku sembah dan sujud, hanya kepada-Mulah aku mengharapkan kurnia, bantuan dan pertolongan. Segalanya datang dari khazanah-Mu, apa saja yang Engkau kehendaki, pasti akan terjadi. Apa yang Engkau tidak kehendaki, mustahil sama sekali akan terjadi. Wahai Allah! Hatiku bertawajuh hanya kepada Kudrat dan Iradat-Mu yang melaut luas. Limpahkanlah hidayah-Mu kepada hamba-Mu ini.

Ya Allah, tanpa taufik-Mu, aku akan terkapai-kapai mencari jalan yang lurus. Hidayatilah aku dan seluruh umat kekasih-Mu ke jalan yang lurus. Daripada kufur dan syirik kepada Islam, Iman dan Ihsan. Sesungguhnya kami umat kekasih-Mu ya Allah! Demi nisbat kami dengan kemuliaan kekasih-Mu Muhammad s.a.w.; ampunilah dosa kami, tutupilah aib kami, berbelaskasihanlah dengan kelemahan kami, kekurangan kami Kau sempurnakanlah, kesilapan kami Kau ampunkanlah, bimbinglah kami dari kejahilan dan kegelapan, kepada cahaya dan keimanan. Ya Allah, jangan sampai Kau murka kepada kami, jangan sampai Kau sesatkan kami.

Sesungguhnya, semata-mata kepada Rahmaan dan Rahiim-Mulah yang kami harapkan!

Amin.

Isnin, 2 Februari 2009

Wasiat al-Marhum Syeikh Said Hawa

al-Marhum Syeikh Said Hawa yang mewasiatkan pesanan berikut kepada para kekasih Allah: Beliau berkata "Pesananku kepada kekasih Allah:



Pertama: Hadirilah majlis ilmu, pilih yang mana lebih baik dan menguntungkan. Jangan berjanji melainkan mesti bersama dan menurut titah perintah Allah melalui ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul, menurut jejak para ulama' leluhur dari kalangan Ahli Sunnah Wa Jamaah. Kerana beriltizam dengan kesetiaan tanpa ilmu mungkin menambah dosa dan membawa padah.

Kedua:
Mengadaplah ke hadrat Allah dengan mengerjakan segala amalan fardhu atau sunat sama ada solat, puasa, zakat, puasa, haji, tilawah Al-Quran, zikir, dan selawat kepada Rasul tanpa berlebihan. Laksanakan bacaan zikir-zikir yang penting tanpa menyebabkan terganggu pelaksanaan tanggungjawab duniawi.

Ketiga: Berusahalah setakat yang terdaya dan menurut masa lapang dengan cara menyebut zikir yang meraih kemesraan Allah. Iaitu:

"استغفرالله , سبحان الله , والحمدلله, الله اكبر, لا اله الا الله, اللهم صل على محمد وآله وسلم, لا حول ولا قوة الا باالله, يا حي يا قيوم يا ذا الجلا ل والاكرام برحمتك أستغيث, سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم"

ٍSaya harap belum selesai anda mewiridkannya hati anda menjadi lapang dan ceria. Saya harap anda kekal bergaul dengan orang ramai dan berdakwah dalam keadaan sentiasa berzikir. Di samping itu jangan lupa sembahyang sunat I'tikaf, wirid harian dan membaca Al-Quran.

Keempat: Sediakan masa tertentu untuk membaca bahan-bahan yang berguna secara terencana setiap hari. Jangan lupa membaca bingkisan tulisan kami"عقد القرن " dan "بعيدا عن احتياجات العصر كى لا نمضي"

Kelima: Setelah anda berwirid seperti di atas, maka tambahkahlah dengan wirid harian yang biasa. Selitkan wirid-wirid ma'thurat dan wirid yang anda sukai. Jangan lupa membaca al-Quran, dan istighfar harian 100 kali, selawat 100 kali, mengulang-ulang kalimah tauhid:
Tak kurangلا اله الا الله وحده لاشريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير dari 100 kali, سبحان الله وبحمده 100 kali, dan surah Ikhlas 3 kali.

Keenam:
Bacalah risalah al-Ma'thurat oleh al-Syahid Hasan al-Banna. Amalkan Ma'thurat al-Sughra setakat yang mampu.



Ketujuh: Kenal dan carilah "mursyid" yang sempurna dan jangan tergesa-gesa. Nilailah status dan kedudukan beliau dan muridnya dengan neraca ilmu.Berdasarkan penilaian itu bertindaklah sama ada untuk mengikutinya atau sebaliknya. Seandainya ia tidak sesuai untuk diikuti maka layanilah beliau dengan sopan santun. Tapi seandainya anda ingin berguru dengannya secara mengambil berkatnya sahaja; sedangkan beliau tidak memenuhi syarat seorang mursyid yang sempurna maka perbanyakkanlah selawat untuk Rasulullah s.a.w..

Kelapan: Di mana dan siapa jua yang anda boleh mendapat kebaikan daripadanya dan terhindar daripada musibah maka bergaullah dengannya berdasarkan kaedah Sunnah Rasulullah:

"خذ ما تعرف ودع ما تنكر واقبل على خاصتك ودعهم وعوا مهم"

Kesembilan: Di mana saja anda berkesempatan adakanlah majlis ilmu dan majlis zikir. Di mana sahaja anda boleh berdakwah kepada kebenaran, laksanakanlah. Jadikanlah diri anda pembimbing atau pembantu orang lain.

Kesepuluh:
Bertuturlah kepada ulama dengan cara yang beradab. Bercakaplah dengan pihak yang berkuasa dengan cara penuh hormat. Jangan berkomunikasi dengan mereka kecuali kalau itu sudah kemestian menurut ilmu. Kadang-kala ada orang yang berkonfrontasi dengan ulama, penguasa dan pemerintah tanpa mengikut tatacara yang digariskan oleh syara'.Ini tentu merugikan. Tapi dalam waktu yang sama jangan pula bakhil untuk mengirimkan nasihat bertulis secara sulit kepada mana-mana makhluk Allah yang memerlukannya.

Kesebelas:
Jangan bertindak melakukan apa-apa tugas umum atau khusus melainkan setelah anda mengetahui hukum Allah SWT mengenainya.

Ahad, 1 Februari 2009

Tips Menjadi Pemuda Pemudi Islam Yang Unggul



Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

§ usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
§ usia yang mengalir darah yang gemuruh
§ usia yang tinggi idealisme yang luas
§ usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
§ usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional



Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.

Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

§ generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
§ generasi amal dan membina jama’iy
§ generasi rabbani dan ikhlas
§ generasi yang bernasabkan Islam
§ generasi da’awah dan jihad
§ generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
§ generasi gagah dan agung
§ generasi seimbang dan sederhana


Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da’awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya.

Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:


§ Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya
§ Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
§ Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
§ Fitnah ijazah dan pangkat
§ Fitnah wanita, isteri dan anak-anak



Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

§ Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar!
§ Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan yang ada!
§ Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri!
§ Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik!
§ Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan!
§ Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh!
§ Perakui kejayaan anda!
§ Tetap merendah diri!
§ Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada!
§ Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya!!




"TEGAKKANLAH ISLAM DIDALAM DIRI KAMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI NEGARA KAMU!"
-AsSyahid Imam Hassan Al-Banna-