Drama mengejutkan pembunuhan wanita seorang wanita Muslim akibat prejudis kini semakin menarik perhatian dunia Islam selepas pembunuhnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol pada Rabu, 11 November di Jerman.







Salam alaik...
Tidak sabar lagi rasanya hendak menggerakkan program-program yang telah dirancang bersama-sama sahabat tercinta di bumi Pahang ini sementara kesempatan musim cuti menjengah tiba.
..Sahabat-sahabat kasih Fillah..
-Nabila & Akma-
Urm...kepada Aida, Fadzilah, Izyan & Fatihah...
jangan sedih ye tiada disini. ;)
Projek : Liqa' Mahabbah
Tarikh : 30 Nov 09
Masa : 3.30 - 5.30 pm
Lokasi : Es D'Planet, Sg. Pahang
Agenda : -Makan-makan
-Rancang program sepanjang cuti
Hamdalah, syukur Allah izinkan perancangan kami untuk bertemu di Es D'Planet semalam. Antara lain pertemuan ini adalah untuk mempertautkan kembali ukhwah antara kami satu generasi ini setelah beberapa tahun terpisah semenjak zaman sekolah dahulu.
Hasil perbincangan, kami telah bersetuju untuk mengadakan beberapa program kecil-kecilan serta menyelaraskan program-program besar yang perlu sama-sama kami sertai.
Program yang dirancang :
1-Rehlah Ukhwah di Gunung Senyum [3 Dis 09]
2-Pengajian di Pondok Moden- Baitul Qura', Melaka [7-11 Dis 09]
3-Fun Time with Nisa' Temerloh [16-17 Dis 09]
4-Kem Motivasi Remaja Unggul (KRISTAL'09) [18-20 Dis 09]
5-Filem 2012...[tiada tarikh]
Insya-ALLAH, semuanya on going process. Mudah-mudahan berjalan lancar. Moga Islam akan terus bersemarak dan mekar mewangi di bumi Pahang nan indah...;)
Siru ala barakatilLAH!
~HIDUP INI INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH!~

YA ALLAH!
TERANGKANLAH HATIKU UNTUK BELAJAR DAN MENGAJAR SERTA BUKAKANLAH SIMPULAN LIDAHKU DALAM MENTARBIYAH ANAK-ANAK DIDIKKU. TERANGKANLAH JUA HATI MEREKA SUPAYA MEREKA FAHAM TERHADAP PELAJARAN DAN DAKWAH YANG HENDAK AKU SAMPAIKAN.
YA KARIM,
JADIKANLAH KAMI SENTIASA MENYAMPAIKAN HIDAYAH & MENDAPAT HIDAYAH, BUKANNYA YANG SESAT DAN MENYESATKAN, PEMBAWA KESELAMATAN BUAT PARA WALIMU DALAM MEMERANGI MUSUHMU, KAMI CINTA DENGAN KECINTAAN ORANG YANG MENCINTAIMU DAN MEMUSUHI SESIAPA YANG MEMUSUHIMU.
AMIIN YA RABBAL ALAMIN…
Kata orang..."eleh...apalah yang ada kat Pahang tu..hutan balak je banyak."
Dahulu, saya sendiri pun pernah berfikiran seperti itu. Bukan sahaja kurang tempat menarik, tetapi juga tandus pusat pentarbiyahan jiwa. Saya amat terkesan dengan itu.
*Tapi hari ini banyak perkara telah berubah di Pahang...;)
Dek kerana jiwa ini amat dahagakan tarbiyah membuatkan saya pernah merancang untuk membina kehidupan di negeri-negeri yang subur spirit tarbiyahnya...Kelantan, Kedah, Terengganu...Kalau boleh, secepat mungkin saya ingin berpindah menyambung pengajian di sana.
Itu perancangan yang pernah saya fikirkan di awal penglibatan saya sebagai seorang mahasiswi di sebuah Institut Pendidikan Guru terkemuka di Kuala Lumpur. Bumi yang diawalnya saya lihat kontang tarbiyah, kontang ilmu ukhrawi, dan kontang budi!
Sering bangkit dan jatuh, jatuh dan bangkit...tapi, itu kan satu perkara biasa. Lazimlah hidup di dunia. Ujian buat mukmin seperti kita. Kadang-kadang, yang mengenepikan kita bukan sekadar kawan-kawan biasa yang tidak faham agama, malah sahabat seperjuangan sendiri pun tidak terlepas dari melakukan begitu!
Namun, semua itu tidak apa-apa. Ujian dunia. Guna buat meningkatkan yakin dan taqwa kepada Allah. Berlapang dada dan muhasabah semula serta lakukan anjakan paradigma adalah perkara yang perlu dipegang tatkala acapkali berdepan ujian.
Yang penting, jangan cepat melatah dan jangan mudah patah semangat. Cakap-cakap orang memang tidak akan pernah habis. Cuma kita sendiri yang tahu potensi dan kemampuan kita di mana. Buktikan sebaiknya apa yang mampu kita lakukan. Abaikan cakap-cakap belakang atau teguran remeh dan tidak berasas.
Kekesalan yang berlarutan sesungguhnya hanya akan merugikan kita dan perjuangan Islam itu sendiri. Perjalanan kita masih panjang. Sangat panjang, dan ia sesungguhnya tidak akan terhenti melainkan apabila telah datangnya Hari Qiyamat!
Apa yang telah terbina setakat ini di bumi IPIK baru secebis episod permulaan perjuangan. Jangan rasa lemah dan jangan cepat berpuas hati.
Perjalanan ini memang melelahkan, namun...jangan sekali-kali merasakan bahawa kita berjuang sendirian. Kerana kita bukan perintis perjuangan ini, bahkan kita adalah penyambung mata rantai perjuangan baginda Nabi s.a.w. Kita sesungguhnya cumalah 'batu asas' bagi menghidup suburkan spirit tarbiyah di bumi IPIK, agar perjuangan ini dapat diteruskan oleh generasi bakal murabbi di situ untuk hari-hari mendatang.
Tasyji' buat diri saya dan sahabat-sahabat:
DARIPADA ABU HURAIRAH R.A. BERKATA: SABDA RASULULLAH S.A.W
“ISLAM MULA TERSEBAR DALAM KEADAAN GHARIBAN (DAGANG/ASING) DAN IA AKAN KEMBALI GHARIB. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG GHURABAQ."
(H.R. MUSLIM )
Ingatlah wasiat Al-Fadhil Ustaz Abdul Basit Alias...
-Ustaz kesayangan kita...(^.^)-
"Jangan sekali-kali kita takut untuk berjuang dan menyatakan kebenaran. Sesungguhnya kebenaran itu tetap akan terserlah, dan kebatilan itu pasti akan runtuh! Pasakkan 2100% keyakinan kepada Allah s.w.t. Yang Maha Perancang dan Maha Mengetahui segala-galanya. Apa yang penting sekarang, susunlah perancangan dengan rapi, buatlah sehabis baik. Insya-Allah, rahmat ALLAH akan sentiasa mengiringi."
"Jangan dikisahkan pandangan dan perhatian manusia serta penduduk bumi terhadap kita, tetapi kisahkanlah pandangan Allah dan penghuni langit atas kita. Berjagalah di malam hari ibarat rahib merintih pilu, dan bekerjalah di siang hari ibarat singa meraja di rimba!"
SALAM JUANG!
"We Are Leaders Of Ummah!"
Seinfiniti syukru Lillah atas kurniaan dan rahmat-NYA kepada kita dan masih ditetapkan diri kita dalam nikmat Iman, Islam, dan jihad.
Awal bulan lepas saya telah dipelawa oleh seorang senior yang amat saya hormati dan kasihi- Sis Nur Hanisah Bt Mohd Nor Afandi yang sedang menyambung Master dalam bidang Tafsir di UK Malaysia untuk terlibat sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aura Imtiyaz Training & Consultancy.
AITC merupakan sebuah konsultan yang baru sahaja ditubuhkan oleh sebilangan anak muda yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. Bersama-sama mereka, saya telah dipelawa untuk mencorakkan AITC sebagai Perunding Program Pembangunan Modal Insan.
*Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Konsultan ini, boleh merujuk ke laman blog [http://anissyuhada.blogspot.com]
Syukur dan berbesar hati mendengar perkhabaran itu, maka saya menerima pelawaannya dengan hati yang senang dan dada yang lapang. Grab the chance! Banyak peluang yang boleh saya ambil dan pelajari.
*Fikir saya, ini satu wasilah yang Allah hamparkan untuk saya membina kembali motivasi diri yang saya cari-cari setelah pernah kehilangannya.
TOT 1-Projek Dai'e Muda!
TOT 1-Perintis Du'at Anak Pahang..
Program pertama yang telah saya jalankan sebagai salah seorang komiti bersama 2 lagi ALP yang lain adalah Train Of Trainers (TOT 1)- "PROJEK DAI'E MUDA".
TOT yang diadakan bermula seawal 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini sepatutnya diadakan di Dewan HPA Temerloh, namun perancangan Allah telah membawa kami mengalihkan lokasi program ke sebuah Madrasah Silsilah Rasulullah s.a.w., Lebak, Temerloh Pahang.
Penyertaan mencapai 30 orang peserta yang kesemuanya adalah anak-anak jati Pahang, bergelar mahasiswa-mahasiswi kampus seantero Malaysia. Tidak kurang juga terdapat mahasiswa lepasan universiti terulung dunia, Al-Azhar Misr menghidupkan lagi warna-warni program kami.
Nyatalah kami tidak tersalah pilih para peserta hari ini...majoritinya datang berkenderaan. Lebih daripada 5 biji motor, 5 biji kereta...besar-besar pula tu. ;) Kalau dulu-dulu datang program naik bas sahaja, tapi hari ini situasinya sudah berbeza. Yalah, yang hadir ini kan para 'trainer'! Sudah sewajarnya mempunyai prestasi lebih daripada 'trainee'...dalam segenap segi yang termampu.
..Sebahagian Saff Dai'e Muda..

..Mujahidah Harapan..
Berlatarkan kehijauan pepohon buluh nan runcing tinggi, serta hembusan semilir angin dari Sungai Pahang yang berjiran dengan madrasah tersebut, jelas menyegarkan kembali ingatan kami terhadap tujuan utama kami berprogram di perkampungan ini...ya, matlamatnya jelas- untuk mengingatkan bahawa kami perlu pulang ke Pahang, bumi tanah tumpah darah kelahiran kami untuk mendaulat dan mendokong syiar Islam di sini.
Namun, perlu dinyatakan di sini bahawa fokus Aura Imtiyaz Training & Consultancy bukan terhad bagi anak-anak Pahang sahaja, malah jangkauan kami adalah sepelosok bumi Malaysia malah seantero dunia.
Bersemangat,
Insaf,
Termotivasi,
Manisnya Ukhwah...
Semua perasaan ini bercampur aduk dalam diri para peserta sepanjang program ini berlangsung.
Kesimpulan yang boleh saya nyatakan adalah, program TOT fasa 1 ini boleh dikatakan berjaya...hasil daripada respon yang diberikan oleh para peserta di akhir program, dan insya-Allah kami akan susuli dengan TOT2 dan 3 untuk para peserta yang hadir.
Insya-Allah, lebih hebat! Lebih menggugat!
NANTIKAN KEMUNCULANNYA!!
"We Are Leaders Of Ummah!"