Selasa, 1 Disember 2009

TOT 1-Projek Dai'e Muda!

BISMILLAH...wassolatu ala Rasulillah!


Seinfiniti syukru Lillah atas kurniaan dan rahmat-NYA kepada kita dan masih ditetapkan diri kita dalam nikmat Iman, Islam, dan jihad.


Awal bulan lepas saya telah dipelawa oleh seorang senior yang amat saya hormati dan kasihi- Sis Nur Hanisah Bt Mohd Nor Afandi yang sedang menyambung Master dalam bidang Tafsir di UK Malaysia untuk terlibat sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aura Imtiyaz Training & Consultancy. 



AITC merupakan sebuah konsultan yang baru sahaja ditubuhkan oleh sebilangan anak muda yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. Bersama-sama mereka, saya telah dipelawa untuk mencorakkan AITC sebagai Perunding Program Pembangunan Modal Insan.


*Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Konsultan ini, boleh merujuk ke laman blog [http://anissyuhada.blogspot.com]


Syukur dan berbesar hati mendengar perkhabaran itu, maka saya menerima pelawaannya dengan hati yang senang dan dada yang lapang. Grab the chance! Banyak peluang yang boleh saya ambil dan pelajari.


*Fikir saya, ini satu wasilah yang Allah hamparkan untuk saya membina kembali motivasi diri yang saya cari-cari setelah pernah kehilangannya.




TOT 1-Projek Dai'e Muda!


TOT 1-Perintis Du'at Anak Pahang..


Program pertama yang telah saya jalankan sebagai salah seorang komiti bersama 2 lagi ALP yang lain adalah Train Of Trainers (TOT 1)- "PROJEK DAI'E MUDA". 


TOT yang diadakan bermula seawal 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini sepatutnya diadakan di Dewan HPA Temerloh, namun perancangan Allah telah membawa kami mengalihkan lokasi program ke sebuah Madrasah Silsilah Rasulullah s.a.w., Lebak, Temerloh Pahang. 


Penyertaan mencapai 30 orang peserta yang kesemuanya adalah anak-anak jati Pahang, bergelar mahasiswa-mahasiswi kampus seantero Malaysia. Tidak kurang juga terdapat mahasiswa lepasan universiti terulung dunia, Al-Azhar Misr menghidupkan lagi warna-warni program kami.


Nyatalah kami tidak tersalah pilih para peserta hari ini...majoritinya datang berkenderaan. Lebih daripada 5 biji motor, 5 biji kereta...besar-besar pula tu. ;) Kalau dulu-dulu datang program naik bas sahaja, tapi hari ini situasinya sudah berbeza. Yalah, yang hadir ini kan para 'trainer'! Sudah sewajarnya mempunyai prestasi lebih daripada 'trainee'...dalam segenap segi yang termampu.


..Sebahagian Saff Dai'e Muda..



..Mujahidah Harapan..


Berlatarkan kehijauan pepohon buluh nan runcing tinggi, serta hembusan semilir angin dari Sungai Pahang yang berjiran dengan madrasah tersebut, jelas menyegarkan kembali ingatan kami terhadap tujuan utama kami berprogram di perkampungan ini...ya, matlamatnya jelas- untuk mengingatkan bahawa kami perlu pulang ke Pahang, bumi tanah tumpah darah kelahiran kami untuk mendaulat dan mendokong syiar Islam di sini.


Namun, perlu dinyatakan di sini bahawa fokus Aura Imtiyaz Training & Consultancy bukan terhad bagi anak-anak Pahang sahaja, malah jangkauan kami adalah sepelosok bumi Malaysia malah seantero dunia.


Bersemangat,

Insaf,

Termotivasi,

Manisnya Ukhwah...

Semua perasaan ini bercampur aduk dalam diri para peserta sepanjang program ini berlangsung.



Kesimpulan yang boleh saya nyatakan adalah, program TOT fasa 1 ini boleh dikatakan berjaya...hasil daripada respon yang diberikan oleh para peserta di akhir program, dan insya-Allah kami akan susuli dengan TOT2 dan 3 untuk para peserta yang hadir. 


Insya-Allah, lebih hebat! Lebih menggugat!


NANTIKAN KEMUNCULANNYA!!



"We Are Leaders Of Ummah!"


Tiada ulasan: