To: jat_asbestos@ yahoo.com; islam_syumul@ yahoo.com
Sent: Wednesday, February 11, 2009 5:54:40 AM
Subject: Fw: KFC mesti baca
KEBENARAN TANPA PENGHUJUNG...
Oleh Muhammad Azli Shukri
"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini
adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian,
kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin
merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas
dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya
sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa
usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol
dengan Israel , saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan,
tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan
membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.
Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu
rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat
Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada
menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang
kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu
memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara
besar-besaran dalam kalangan bloggers , saya tidak tahu sama ada ia berlaku
secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun
demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan
pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi
Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim
Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham
terbesar dalam KFC Holdings Berhad.
Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita
tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar
khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan
gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk
beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan
orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi
memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila
kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah
kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar
membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih
mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu
sesuatu maklumat yang diterima.
Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh
Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid
menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang,
kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut
mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz.
Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan
menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika
lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram
hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan
pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi
berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika
kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam
menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang
menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke
mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut
dan hanya mendengar khabar angin.
Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim
sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak
bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap
kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu
dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC
semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan
kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan
jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti
rokok.
Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah
fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran
KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata
pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu
sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah,
silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila
disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya
sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid.
Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita?
memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau
menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya
iman dan bukan tanya kepada Aiman .
Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara
bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas
menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot
saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita
jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa
lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok.
Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok
antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu
selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan
sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak
terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah,
ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh Johor Corporation (JCorp) hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.
Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya.
Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.
Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.
8 ulasan:
saya dgr cite dr pekerja KFC sendiri, ayam di KFC ni tak dibasuh. Diturunkan dari lori, terus masuk kuali...cane tu? wallahua'lam.
salam..hm..sy xprnh pla dgr ksh2. tp sy trfikir nk tny-ayam yg dturunkn dr lori tu 'lori ayamas'ke? dah siap2 dibancuh tepung ke..? @ fresh bru lps kna smbelih?
maaf tnya-man huna? sykrn krn rajin respon blog ana.
Tak tanya pulak. Dia tu sedara saya. Dia kata, kalau boleh dia pun tak nak makan. Tapi kalau time lapar, dia 'sapu' jugak (sbb free hehehe)!
tp wlupun tkde boikot dan crita sedara tu, saya dah tak beli di franchise2 ni sbb mahal, dan kebanyakan makanan tu (ayam, kentang dll) blh beli & goreng sendiri. Jimat! :)
sama2. saya respon mcm di blog2 lain...
p/s: Saya pdm komen di atas. Salah jwb. 'huna' tu 'mereka' kan? maaf le. Saya tak berapa tahu Arab.
Hm, better elakkan fastfood ni coz confirm tetap x elok utk kshtn jg. galak diabetis je.
Tp,mohon jugalah respon dr shbt2 andai ada fakta yang boleh menjelaskan lagi artikel yg saya dapat via mel ni. cz 1 ketika dulu..xclap ms sy sek. men.,mmg sy prnh tgk special slot di TV ttg kejayaan Tan SriMuhammad Ali Hashim ambil alih KFC n Johor Corp tu. Hormat sy kpdnya.
Cuma sy still perlukan fakta sokongan trhdp isu ni. 1 perkara yg masih belumjelas pd sy ialah brkenaan statement ni...-'KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama.'
'Cuma membayar yuran penggunaan jenama.'...hurm..means,tetap ada percent yg KFC salur kpd 'induknya' di Barat. Bukan begitu?...
obesiti
tp KFC tu cuma 1 syrikat bawah KFC holding. Kalau tutup pun Tan Sri Ali dan KFC Holding ada byk sub-syarikat yg lain. Dan dia pun blh beli saham syarikat lain. Dan mungkin juga dgn tutupnya KFC, akan melonjakkan Ramli dan RFC(HPA) - bumiputera Muslim juga.
FYI, saudara saya tu cuma pekerja restoran
psl cukai2 tu tah le...
jika benar KFC dimilik oleh bumiputera, kenapa ada surat saman dari KFC Amerika kepada Radix Fried Chicken (RFC) hanya semata-mata warnanya hampir sama dengan KFC..
kenapa perlu surat dari KFC USA?
slm..sy sgt keliru dg perkara ni.
perlukan lbih byak penjelasan drpd pihak KFC sbnrnya tntg kata2 yg diucapkn,dlm artikel tersebut.
sy melihat byk perkra2 tergantung n need detailed explntion..
so we cant jump 2 d conclusion yet.
so wt we can do?erm..nth la..huu
but one thing 4 sure,sth has 2 b done spya kbnrn dibongkar..
spttnya,phak KFC sdri tampil d media (TV,radio,etc) ataupun NGOs atau bdn2 dkwh perlu berdialogue..
erm..then penulis artikel ni siapa ya?nurul ain?itu sender..amat diragui..kalau bleh nak tau dpt dr mana artikel ni n kta sma2 kaji siapa yg menulisnya..gambar shja tnpa emel/blog/web xckup kan..
wallahuaalam..
Catat Ulasan