Isnin, 28 September 2009

Berwuduk Zahir & Batin

Salam...alhamdulillah...Allah masih beri kenikmatan pd ana n shbt2 sekalian tuk menghirup udara yg segar di pagi hari ahad nie..smg hari ini lebih bek dr hari smlm..insyaAllah..ok la..hari ni ana nak share la satu cite pasal wuduk nie...apa sbnrnye wuduk zahir & batin???....ana tertarik la info dlm buku SOLUSI v10..so ana dah baca n ana share dgn shbt2 yg len k...maybe kdg2 kita x sedar..nmpk jerperkara mcm kecik tp benda nie la yg kita slalu abaikan & terpenting...coz manusia suka abaikan benda2 yg penting...ok la...start citer:


Suatu hari, Isam bin Yusuf menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya: "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata: "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."

Isam bertanya: "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata: "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dgn air.

Sementara wuduk batin ialah membasuh hati dari 7 perkara: 


~ Bertaubat
~ Menyesali dosa yg telah dilakukan
~ x tergila-gilakan dunia
~ x mengharap pujian orang
~ Meninggalkan sifat riyak
~ Meninggalkan sifat khianat dan menipu
~ Meninggalkan sifat dengki

"Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan seolah-olah aku sedang berhadapan dgn Allah, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah berdiri di atas titian siratul mustakim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bartakbir dengan baik." 


Hatim menyambung lagi: " Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanye. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."





***************************


Hmm...klu base citer nie...dibandingkan dgn diri kita mcm mane yer shbt2 ku???....mcm mane wuduk kita n solat kite...benda nie penting coz solat la tiang agama...umah klu tanpa tiang yg kukuh..dpt x umah tu dibina..maybe dpt sekejap..t lama kelamaan die akan runtuh...so..sama2 la kita muhasabah diri kita...check balik..lg2 kita sbg seorg daie'....


Moga2 dgn post ini memberikan manfaat..insyaAllah...

Wallahualam :)


Credit 4 My Sis,Atiqah Nasaruddin, Anak Pahang...

[http://komepower.blogspot.com]

Sabtu, 26 September 2009

CERPEN SUFI..

Ramadhan menjadi medan untuk seseorang hamba mendekatkan dirinya kepada Allah. Saya juga tidak ketinggalan menuju ke arah itu. Mencari hakikat kehambaan dan penghambaan. Mengejar redha dan memburu keampunan saban malam.

Maka saya tidak pernah serik menunaikan solat tarawih dan tahajud setiap malam. Harapnya, akan diampuni dosa saya segalanya yang telah saya reka cipta di bulan yang tersebelum ini. Moga Ramadhan benar-benar menjadi madrasah mendidik diri saya.

Setiap orang barangkali, tidak terlepas mencari kecintaan Allah di bulan yang mulia ini. Kawan-kawan saya juga begitu. Masing-masing terkumat-kamit membaca al-Quran. Jika boleh, 30 juzu’ mesti dihabiskan bacaannya di bulan yang mulia ini. Bangun di awal pagi untuk bertahajud dan sedikit berzikir. Kemudian bersahur sebagai menurut sunnah.



Saya bertemu guru saya malam itu, dalam mimpi. Sudah lama guru tidak bertandang menziarahi saya. Guru nampaknya semakin berseri wajahnya dan sarat dengan rasa kecintaan kepada pencipta. Saya memberikan lafaz salam kepada guru seraya menyalami dan mengucup tangannya dengan rindu yang membuak-buak.

« Apa khabar guru ? » Saya mulakan bicara. Guru memandang wajah saya dengan aneh sekali.

“Aku sedang sibuk mengasah makrifatku,” ringkas jawapan guru. Saya terkedu. “Anakku, orang yang mengasah makrifat berbeza dengan orang yang lalai beribadah,” jelas guru, sinis rasanya.

“Maafkan saya guru, saya kurang mengerti,” saya bertanya jujur. Guru melihat kepadaku.

“Nampak gaya pandangan makrifatmu semakin tumpul. Kamu leka beribadah tetapi kamu lupa menajamkan pandangan basirahmu. Anakku, kau telah ditipu oleh ibadahmu yang membukit sedangkan semua itu permainan syaitan,” saya semakin terpinga-pinga.


Saya bangun bertahajud setiap malam. Saya membaca al-quran tanpa rasa jemu. Saya membanyakkan doa dan zikir kepada Allah. Apa maksud guru sebenarnya.

“Muridku, sebutkan apa tanda menurut syahwat pada pandangan Ibnu Ataillah?” guru bertanya. Aduh, gentar habis tubuh badanku. Terkeluar keringat takut dan pcat. Guru mengujiku.

“Kalam hikmah berbunyi, antara tanda orang mengikut nafsu, memperbanyakkan amalan sunat tetapi bermalas-malasan dalam perkara yang wajib,” sebutku perlahan. “Tapi guru, saya tetap memperindahkan yang fardhu dan menambahkan yang sunat,” saya cuba membela diri saya.

Guru tersenyum. Saya semakin diserang perasaan serba salah. Saya cuba memikirkan di mana silapnya saya. Apakah kurangnya saya. Saya tidak keruan dan tidakketahuan. Apa puncanya, saya semakin gelisah dan diburu resah.

“Anakku, ingatkah kamu tentang pesan Rabiah, istighfar yang memerlukan istighfar yang lain?” guru bertanya. Istighfar yang memerlukan istighfar yang lain. Istighfar yang diucapkan melalui lisan dengan tujuan meraih rasa bangga dan perhatian orang lain. Istighfar yang diungkapkan dengan rasa takabbur dan riya’ dan mendalam. Istighfar yang ditutur dengan lisan sedangkan hati berbaur dengan noda dan titik hitam. Istighfar yang dilafazkan sedangkan hati langsung tidak memahami, basirah pun tidak terasah.

“Anakku, ingatkan kamu pesan ulama Rabbani, jangan kamu menanam pohonan syurga dengan benih-benih neraka?” Saya terjatuh melutut apabila basirah saya diserang bertubi-tubi oleh guru.

Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam.

Aduh, tajamnya sinis guru malam ini.

« Anakku, terangkan padaku apakah tanda Allah memberikan kebaikan kepada kita?” guru bertanya lagi sedangkan saya sudah tidak tertahan. Mata saya tidak putus-putus mengeluarkan air mata keinsafan. Saya berasa takut sekali. Rupanya tahajud saya bukannya membuahkan keimanan tetapi dosa berpanjangan. Saya tertipu dengan banyaknya ibadah.

“Guru, tanda Allah memberi kebaikan kepada hambanya ada tiga. Pertama, ia tidak pernah berniat untuk melakukan kebaikan tetapi Allah mendorongnya melakukan kebaikan. Ia berniat melakukan kejahatan tetapi Allah menghalangnya. Ketiga, Allah membuka pintu hatinya untuk sentiasa mengharap dan berdoa kepada Allah dalam setiap masa,” saya menerangkannya dalam keadaan sendu.

Orang yang ikhlas kepada Allah, Allah pacakkan rasa kehambaan pada matanya. Lalu yang melihatnya akan berasa tenang dan senang. Sedangkan yang berterusan dalam maksiat dan dosa, maka wajahnya hitam dan redup, seolah-olah kepingan malam.

“Anakku, Ramadhan memang bulan ibadah. Namun yang lebih baik adalah, Ramadhan bulan mengasah ketajaman makrifat. Namun aku melihat kamu telah tertipu oleh syaitan. Bertaubatlah wahai anakku,” pesan guru sambil meninggalkan saya.

Dan saya terus menangis mendengar pesan tajam guru.



Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

___________________________________________________


REFLEKSI :


1-Tak terkata. Hanya Allah yang tahu apa dalam hati ini.


2-Bagi org2 yg mencari Allah, dia akan faham tersirat disebalik kisah ini... Jiwa sufi...jiwa yang qoribsnts dgn Allah. Kita amat2perlu kepada jiwa i2. Terutamanya bg pejuang2 agama. Sedarilah bahawa sesungguhnya, kekuatan yang sebenar xkan dapat dihasilkan tanpa kekuatan dalaman. Dan untuk mendapatkannya, kta perlu ikut 'jalan' @ toriq yg betul n benar. Pelajari dan dalamilah ilmu TASAWUF. WalLAHua'lam..


3-Arghh.......byk lg yg ingin kukatakan ttg ini sbnrnya. Tp,aku tidak mampu! Masih mencari... mencai hakikat diri yang kotor lagi hina ini. --> Berusaha menjadi pemburu...pemburu Cinta DIA.. dan pemburu cita-cita yg berupaya mengharmonikan dunia dgn Islam dijiwa.


Namun sesungguhnya, aku masih amat lemah untuk title itu. 'Pemburu'...bayangkan, bagaimana hebat dan tangkasnya lagak seorg pemburu. Serba-serbi tangkas, cekap dan tepat. Tapi aku...aku sebenarnya hanya layak bergelar 'pengemis'...apapun, tetap untuk mengemis Cinta DIA!


Tolong doakan aku, insan yang hina dina ini...agar berupaya utk qorib kpdNYA, n terus2an cintakan DIA dengan sepenuh hati dan jiwa. Aku lemah...selalu aku ingatkan diriku agar rajin2 minta doa drp org lain...siapapun mereka...manalah tahu, mudah2han ada diantara kalian yang doanya mustajab...masin mulutnya...lantas diperkenankan Allah, maka aku juga turut menumpang rizki dari bahagian mustajab aminnya i2...insyaALLAH...perkenankanlh harapanku ini wahaiTuhan Yang Maha Pengasih dari Segala Yang Pengasih...


Ya Allah...aku teruk Ya Allah...Aku teruuukkkkk!!!!

Mengharapkan ampunanMU, lalu kuulangi lagi dosa lalu....kemudian bertaubat kembali, dan jua kembali mengabaikanMU...


Ya Rahman.., aku lihat ada seberkas cahaya yang benar2bisa mengikat aku kepadaMU lantas mengeluarkanku dari belengu dunia ini. Namun aku tidak mahu meluru melalui jalan itu...kerana itu aku masih perlu mencari. Kerana aku fahami bahawa ssgguhnya, ISLAM itu tidak tertegak atas dasar semangat smata2, ttp ISLAM TERTEGAK ATAS DASAR ILMU-KEFAHAMAN dan MATLAMAT-NIAT!


Dan diketika ini, aku mohon padaMU Ya Hannan...agar diberikn kekuatan. Kekuatan untuk mencariMU dan meraih cinta n kasih sygMU...dgn sbenar2 pencarian. Atas nama2 n sifatMU yang Maha Mulia n sempurna...aku bertawassul kpdMU. Bantulah aku ke arah Maghfirah dan kerdhaanMU Ya Rahiimmm....


Bebaskanlh aku dari belenggu percampuran antara haq n batil. Aku letih dengan karat2 mazmumah dalam diriku ini, tapi aku belum bnr2 mampu untuk mencintaiMU dengan sepenuh jiwa n raga ini...maka, bagaimana mungkin aku bisa menda'wahkan manusia lain, sedangkan diri dan hati ini belum lagi benar2 dida'wahkan oleh usaha dan keringatku sndiri ke arah keampunan n keredhaanMU...


Sepakat ulama' dlm berTAWASSUL:

1-Direct minta pada ALLAH ats nama2NYA yg mulia.

2-Minta dari org2 soleh.

3-Tawassul dgn kebaikan yg pernah kita lakukan tulus hanya kernaNYA.


WalLAHua'lam...ttg tawassul ni pun sy masih meneroka.


Moga Allah kurniakan taufiq hidayahNYA buat diri ini dan kita semua. Amiin. Sgala yg baik i2 drp Allah, yg buruk, lemah, hina dan dina i2 dtgnya dari diri sy sndiri. Jika ada manfaat, ambillah. Andai mudharat, suarakanlah....


Aku mohon ampun kpd Allah,ats berlebih2nya aku dlm segenap urusn,jika ada. Jua mohon ampun ats segala dosa,kesalahan dan kelemahan yg dilakukan...AstaghfirulLAHal adzim wa atuubu ilaik..



Si Pengemis CINTA yang hina,

7/8 Syawal 1430 H

28 Sept 09

Teratak Sufi..

1.30 am..


Rabu, 23 September 2009

Tolong jangan puji aku!!..


Tegurlah jika aku ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana aku insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan. Jangan berikan pujian jika aku ada membuat kebaikan kerana itu adalah tanggungjawab kita keatas sesama hamba-Nya. Tapi segala pujian adalah bagi Allah, kerana setiap apapun jua berlaku atas keizinanNya.


"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad).


Wallahualam.

Isnin, 21 September 2009

Usah risau jika masih belum berpunya..






Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah.

Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia’’



-------------------------------------------------------------------------------------

humaira said: Selantas berfikir, Allah memberikan kepada hambaNya menurut perkiraan hambaNya. Juga Allah memberikan pasangan kepada seseorang adalah insay yang terbaik untuk dirinya.Faktor usaha juga banyk memainkan peranan. Saling lengkap dan juga melengkapi. Janganlah takut kepada cabaran menikah. Menikah sangat2 dianjurkan oleh Islam dan juga Nabi. Golongan yang inginkan pernikahan adalah satu golongan dari beberapa golongan yang Allah S.W.T akan memberikan pertolongan seperti yang telah disebutkan dalam Surah An-Nur ayat 32. Ini janjiNya. Tiada janji yang pernah Allah mungkiri. Cuma , bila waktu dan ketikanya itu, kita tidak tahu. Yang penting, usaha. Usaha pun biarlah kena dengan syari'at, dan jangan pakai tangkap muat semasa memilih.

Barangkali ada yang berfikir , bilakah agak-agaknya Allah mengurniakan pasangan hidup buat kami? Bilakah? Bila? Ya Allah, Yang Maha Mengetahui. Jiwa kami merintih kecemburuan melihatkan sahabat-sahabat kami yang bahagia dalam keberkatan setelah berumahtangga(ikatan yang halal dan sah), dan kami juga berasa kerisauan melihatkan kebahagiaan pada diri-diri mereka yang bercouple tidak tentu hala dan apakah hujung kesudahan perhubungan mereka itu jika tiada langsung memasang niat untuk menikah. kerap berdating dan juga berjumpa tanpa ada hal yang munasabah akan menghalang faktor keberkatan. Tidak ada perkara yang lebih patut bagi kedua-dua insan yang saling mencintai selain dari nikah.

Ucapan tahniah buat classmate yang alhamdulillah telah selamat berumahtangga; iaitu Ridhiallah dan isteri, A'sah dan suami, Nasuha dan suami. Moga kalian memperoleh kesempurnaan agama. Aku tumpang gembira apabila kalian mendapat pasangan yang soleh untuk menemani hidup dan perjuangan hidup kalian.

Alhamdulillah, syukur juga kepada Allah kerana dengan izinNya pada baru-baru ini , sahabatku semasa di Kulliah Lughah Waddin 2004 telah juga menyempurnakan separuh dari agamanya, dan separuh lagi akan disempurnakan mereka setelah berumahtangga. Tahniah buat ukhti dan juga suami. Barokallahulakuma wa jama'a bainakuma fil khoir. Subhanallah.. Kedua-duanya adalah hafiz dan hafizah dan masing-masing istiqamah dalam perjuangan dan dakwah. Sama hebat dan sama padan. Tahniah.

Allah akan memberikan pasangan kepada seseorang bila tiba masanya. Yang sudah sampai masanya, alhamdulillah. Yang belum sampai, in sya Allah akan tiba detik itu. Jangan stress sangat, bila orang duk tanya.. "Kak , bila pulak nak nikah, bila pula nak berpndah ke fasa kehidupan yang seterusnya?".. Jawapannya : Senyum ajelah. Berdoalah.

Doa adalah hadiah yang amat mahal.




Edited from http://www.insanrabbaniyah.blogspot.com/

WALLAHUA'LAM

Khamis, 17 September 2009

Bagaimana Sikap Kita Terhadap Ukhwah Bersahabat...??

BismilLAHir Rahmaanir Rahim..

SalamulLAHialaikum..w.w.

Kaifahalukum wa imaanukum ya ikhwah wa akhawaty?
Didoakan agar kalian sentiasa tenang dan bahagia di bawah lembayung keredhaan dan rahmat Allah s.w.t hendaknya, amiin..insyaALLAH, biiznilLAH.

Diri ini terasa ingin mencoret rasa hati yang tersimpan di dasar qalbu...

Beberapa hari lepas, aku telah menghadiri suatu majlis iftor dengan anak-anak Pahang. AlhamduliLLAH, syukur Allah rezkikan ana berpeluang bertemu semula dgn sahabat2 seperjuangan yang telah terpisah sejak hampir 5 tahun yang lepas. Antaranya, Nur Nabilah...yang sedang menuntut di UPSI skrg. TQ for coming n joined us ya..nabila! ;)

Syukur AlhamdulilLAH kerana dalam tempoh hampir setahun ini Allah hadirkan untukku berganda sahabat yang sedia menghulur ukhwah dan meringankan beban tatkala diri ini pernah jatuh ke dalam jurang yang dalam dan kelam sebelum ini…seorang diri!

AlhamdulilLAH kerana Dia telah menggantikan kepadaku sahabat2 yang bersungguh-sungguh berjuang menjulang gemilang agama Allah s.w.t. Kerana aku pernah merasai kehilangan mereka semuanya! Ya, semuanya!

Akibat kegagalan demi kegagalan yang menimpa, dan malu kepada Allah serta kepada mereka, maka aku nekad mengasingkan diriku daripada mereka. Kesan daripada keterasingan ini, sangat banyak dan besar pro dan kontranya yang telah mengubah hampir 270 darjah hidupku.

Cukuplah hanya Allah yang tahu.

Aku tidak lagi mahu mengulang bicara sejarah itu lagi...kerana aku perlu menumpukan untuk terus memandang ke hadapan, bukan lagi berbicara soal semalam.

Namun, apa yang ingin aku fokuskan ialah mengenai satu perkongsian yang aku dan beberapa org sahabat tercinta bicarakan tatkala kami dalam perjalanan pulang ke kampus masing2 seusai majlis iftor tersebut menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda...

UKHWAH...Ya, segalanya tentang ukhwah!

Tatkala berbicara tentang itu, aku teringat tentang suatu nilai yang amat menarik perhatianku untuk menjiwai novel 'TERASING', karya Saudara Hilal Asyraf, mahasiswa tahun 2 Universiti Yarmouk, Jordan.

Suka untuk ku kongsikan dengan kalian petikan yang amat terkesan dijiwaku itu.

"Bilamana kita merujuk kembali tentang ukhwah, maka kita akan melihat bahawa, ukhwah yang baik itu tidak dapat tidak adalah dibina daripada keimanan yang benar terhadap Allah SWT.

Hal ini kerana, serendah-rendah ukhwah adalah berbaik sangka kepada sahabat kita...dan perkara itu tidak sekali-kali akan dapat kita capai, melainkan kita mempunyai keimanan yang mantap kepada Allah, dan meyakini bahawa Allah SWT tahu segala apa yang tersimpan dalam hati kita. Maka, lantaran itu...tidak akan tergerak di dalam jiwa kita untuk bersangka buruk terhadap sahabat kita.

Melihat pula kepada tingkat tertinggi ukhwah, yakni ithar...ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri. Sifat ithar ini tidak akan mampu disentuh oleh manusia, melainkan dengan keimanan yang benar juga. Hal ini kerana, ithar itu secara sendirinya berdiri atas dasar pengorbanan!

Melebihkan orang lain daripada diri sendiri adalah satu taudhiah (pengorbanan).

Manusia, biasanya sukar untuk membalas pengorbanan yang dilakukan oleh manusia lain kepada dirinya dengan balasan yang setimpal atau lebih baik lagi.

Justeru, keimanan kita kepada Allah,dengan meyakini bahawa Allahlah yang akan membalas segala kebaikan kita, akan membuatkan kita tegar untuk melebihkan sahabat kita dalam apa jua perkara sekalipun."

Mengingatkan kalam hikmahnya itu sahaja pun, sudah cukup banyak perkara yang berlegar-legar dalam kotak fikiranku ini. Semuanya berkisar...ukhwah!

Bukan mudah untuk mencapai tingkat tertinggi dalam berukhwah. Andainya nilaian serendah-rendah ukhwah itu adalah 'berbaik sangka terhadap saudaramu'...maka apa pula nilaian yang patut diberi bagi insan-insan yang tidak lagi punya 'rasa percaya' dan 'baik sangka' terhdap saudaranya..?? .......faham aku...dirinya sudah tiada lagi pertautan ukhwah dengan insan tersebut!

Malang sungguh bagi insan-insan yang mendokong agama Allah mempunyai sifat su’ dzon itu dalam dirinya. Amat besar impak negatif yang ditempiaskan atas mazmumah itu. Hinanya jika kita punya sifat demikian!
Namun, jangan bimbang...andai benar khilaf itu pernsh terselit di dasar qolbu…maka insaf dan bertaubatlah…masih ada ruang untuk kau mohonkan taubat daripada Allah SWT yang telah menciptakan hatimu dan hatinya.

Doakanlah agar Allah menetapkan hati-hati kita dalam iman yang benar dan mantap kepadaNYA...agar dengan itu, Allah bisa memelihara ukhwah kita dengan sebaik-baik pemeliharaan.

Moga-moga ukhwah yang dijalinkan tanpa niat terpesong selain dari 'Hanya KeranaNYA' ini, bakal menjadi syafaat buat kita di Padang Mahsyar kelak...di saat tika itu tiada satu pun manusia yang selamat dan beroleh naungan pada hari tersebut melainkan naungan Allah SWT semata-mata!


InsyaAllahu TAala..
WalLAHu Taala A'lam...
Segala yg baik itu drp ALLAH, yg lemah itu jua drpNYA tetapi disandarkan ke atas diri saya yang lemah ini.


InsyaALLAH, kita sambung di lain kesempatan.
SELAMAT MEMBURU AL-QADR!




Si Pengemis Cinta ILAHI...

Mukhlisah Mutmainnah,
IPGM-KIK,
Damai,
Khamis, -27 Ramadhan 1430 H
3.00 pagi.

Selasa, 15 September 2009

TADZKIYATUN NAFS...Seni Tawadhuk


Tawadhuk yang sebenar tidak akan sempurna melainkan pada peribadi yang merendah diri dan telah mempraktikkan semua seni tawadhuk. Oleh itu, tawadhuk atau rendah diri adalah sebuah seni. Ia terzahir pada mimik muka, cara bersalaman, cara bergaul dengan orang lain, cara senyuman, cara menaiki kenderaan, cara menolong orang, dan cara pemakaian. Dengan itu, peribadi tersebut pada setiap masa dan keadaan menjadi orang yang tawadhuk, kerana seni-seninya yang pelbagai dan menyeluruh.

Seni-seni inilah yang akan kita bincangkannya di sini.



1. Tawadhuk pada reaksi muka


Seorang sahabat pernah berkata mengenai seni tawadhuk Nabi s.a.w pada muka baginda s.a.w:
“Baginda tidak akan memalingkan muka darimu sehinggalah engkau memalingkan muka darinya.”

2. Tawadhuk dalam bersalaman


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan menarik tangannya ketika bersalaman, sehinggalah orang yang bersalaman dengannya menarik tangannya.


3. Tawadhuk dalam memberi salam


Rasulullah s.a.w apabila baginda memberi salam, baginda akan memberi dengan seluruh badannya (menghalakan badannya pada orang tersebut).


4. Tawadhuk dalam majlis

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w akan duduk pada satu majlis sehi
nggalah majlis itu berakhir.

5. Tawadhuk dalam senyuman

Baginda s.a.w adalah orang yang sentiasa senyum bila kamu berjumpa dengannya. Salamnya dimulakan dengan senyuman pada mukanya sebelum pada tangannya. Ia adalah muka yang tersenyum dan pandangan mata yang suci yang tidak membawa maksud selain cinta dan kasih.


6. Tawadhuk ketika berjumpa


Suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasulullah s.a.w dalam keadaan gementar kerana menyangkakan dia akan bertemu dengan seorang yang seperti raja dan ketua kaum, lalu baginda s.a.w berkata kepadanya:
“Tenangkanlah dirimu, sesungguhnya aku ini bukanlah raja. Aku hanyalah anak kepada seorang perempuan, yang memakan ‘kadid’ (nama sejenis makanan kampung) di Mekkah." – Riwayat Ibn Majah.
7. Tawadhuk dalam menaiki tunggangan

Nabi s.a.w memilih untuk menunggang keldai, sedangkan baginda mampu untuk memiliki kuda, hanya kerana rasa tawadhuknya di hadapan Allah s.w.t. Bukanlah yang dimaksudkan dengan tawadhuk kepada Allah itu, menghinakan diri di hadapan manusia, padahal manusia itu kehebatannya dikira dengan siapa yang menunggang kenderaan tersebut, bukan dengan luaran. Pandangan dari sudut material yang cacat dan sempit itu adalah pandangan munafik tikamana salah seorang daripada pembesar orang munafik menyakiti keldai Rasulullah s.a.w, hampir-hampir berlaku pertempuran di antaranya dengan salah seorang muslimin.
Pada hari peperangan Khaibar pula, Nabi s.a.w pulang ke Madinah dengan kemenangan ke atas Yahudi, sambil menunggang kudanya di tengah-tengah barisan tentera muslimin. Apabila mereka sedang meraikan kemenangan tersebut, Nabi s.a.w berkata: “ Di manakah keldaiku yang dulu itu?” Ia seperti mana jika baginda s.a.w hidup pada waktu ini: "Di manakah bas? Keretapi?" (dan juga pengangkutan awam yang lain) – hanya kerana sifatnya yang tawadhuk tidak melupakan apa-apa pun yang pernah berkhidmat padanya sebelum ini.

8. Tawadhuk dalam bekerjasama

Pada setiap projek khidmat awam atau sukarela, Nabi s.a.w memilih kerja yang paling susah. Ketika menggali parit dalam peperangan Khandak, baginda telah turun di tengah-tengah lubang tersebut sedalam tiga meter, untuk mengangkat pasir-pasir sehingga para sahabat telah berkata:
“Sesungguhnya kami telah lihat badan Nabi s.a.w telah diliputi oleh pasir”. Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasulullah, cukuplah engkau, biarlah kami pula yang lakukannya.” Maka Nabi s.a.w berkata: “Aku tahu bahawa kamu pasti akan lakukannya, tapi aku tidak suka dilihat lebih daripada kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka seseorang hamba yang dilihat lebih istimewa berbanding sahabat-sahabat yang lain”. Nabi s.a.w apabila membahagikan tugas bersama-sama para sahabat, baginda akan memilih tugas yang paling berat ketika baginda berkata: “Dan untukku adalah semua tugasannya”.

9. Tawadhuk dalam berpakaian


Bukanlah yang dimaksudkan dengan tawadhuk dalam berpakaian, kita memakai pakaian yang koyak rabak dan compang camping. Suatu hari ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata: “Aku adalah seorang lelaki yang sukakan pakaian yang cantik dan elok, adakah ini sebahagian daripada sombong?” Lantas baginda s.a.w menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik, dan menyukakan kecantikan.” – Riwayat Muslim. Maka tawadhuk di sini adalah kita tidak memakai pakaian untuk berbangga dan menunjuk-nunjuk serta membesar diri. Tetapi cukuplah kita memakai suatu pakaian yang cantik, elok dan sesuai, sebagai seorang muslim yang berinteraksi dengan nilaian Allah, bukan nilaian manusia. Ini adalah suatu perkara yang cantik darimu yang disukai Allah s.w.t. Kalau sebaliknya, maka itu adalah suatu bencana yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w: “Ketika seorang lelaki berbangga-bangga dengan pakaiannya, lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam bumi, dan dia terkapai-kapai di dalamnya sehingga hari Kiamat." – Riwayat Muslim.

10. Tawadhuk dalam setiap masa

Lihatlah peristiwa Khaibar, ketika Nabi s.a.w bersama seorang budak perempuan kecil, dan memboncengnya di belakang baginda s.a.w. Apabila baginda mahu bergerak , baginda berkata kepadanya: “Hulurkan tanganmu” lantas baginda menurunkannya. Ketika peperangan berakhir, dan harta rampasan diagih-agihkan, baginda memanggil budak perempuan tersebut untuk mengambil sekalung rantai daripada harta tersebut. Budak perempuan itu terkejut apabila Nabi s.a.w berkata kepadanya: “Tidak, biar aku memakaikanmu rantai ini”. Budak tersebut kemudian menyebut mengenai rantai tersebut: “Demi Allah aku tidak akan mencabut rantai ini selamanya, sesungguhnya aku telah berwasiat supaya rantai ini dikuburkan sekali bersamaku dalam kubur.” – Riwayat Ahmad.

11. Tawadhuk di atas takhta pemerintahan


Seorang lelaki (di kalangan orang-orang yang hatinya tertarik untuk memeluk Islam – Muallaf) berkata kepada Abu Bakar r.a:
“Wahai khalifah Rasulullah, tidakkah aku layak menerima sebahagian daripada zakat?”. Maka Abu Bakar r.a perintahkan untuk diberikan padanya sepotong tanah, dan berkata padanya: “Pergilah kepada Umar Al-Khattab r.a dan mintalah Umar menjadi saksi terhadap pemberian tersebut.” Lantas lelaki tersebut pergi kepada Umar Al-Khattab, lalu Umar berkata: “Demi Allah aku tidak akan bersaksi ke atas tanah ini. Sesungguhnya dahulunya kamu (golongan muallaf) ini dapat bahagian daripadanya kerana Islam ketika itu lemah, tetapi sekarang Islam telah kuat”. Lalu Umar memegang surat tersebut dan mengoyakkannya. Kemudian lelaki itu pergi menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: “Demi Allah, aku tak tahu siapakah di antara kamu yang sebenarnya khalifah?” Lalu Abu Bakar membalas: "Dia (Umar), kalau dia mahu." Adapun Umar dia berkata: “Menyesalnya aku, alangkah baiknya kiranya aku ini hanya sehelai rambut pada hati Abu Bakar”. Suatu hari telah datang satu rombongan dari Iraq, dan Ahnaf b. Qais termasuk dalamnya untuk bertemu Umar Al-Khattab. Pada ketika itu Umar berada di kandang unta, membersihkan sendiri unta sedekah. Apabila Umar melihat mereka, dia memanggil Ahnaf: “Wahai Ahnaf, mari ke sini, tolonglah Amirul Mukminin, untuk membersih unta sedekah ini”. Lantas berkata salah seorang lelaki daripada Iraq itu: “Semoga Allah merahmatimu wahai Amirul Mukminin, mengapa engkau tidak menyuruh hamba daripada hamba-hambamu untuk membersihkan unta ini?” Lalu Umar menjawab: “Dan hamba manakah yang lebih layak disuruh melainkan aku dan juga Ahnaf b. Qais? Tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya siapa yang telah dilantik untuk menjaga urusan muslimin, dia adalah pada kedudukan hamba daripada ketua?” *Ahnaf b. Qais kemungkinan pada waktu itu adalah ketua rombongan mereka.

12. Tawadhuk dalam mendengar


Nabi s.a.w berkata:
“Janganlah engkau terlalu mengangkat aku sepertimana orang Nasrani mengangkat Isa b. Maryam, kerana sesungguhnya aku hanyalah hamba. Maka katakanlah aku sebagai hamba Allah dan utusan-Nya”. – Riwayat Bukhari.

13. Tawadhuk orang yang kuat


Sesungguhnya Nabi s.a.w menghadiri orang-orang yang miskin di kalangan muslimin dan menziarahi orang-orang sakit mereka serta menyaksikan jenazah-jenazah mereka. – Riwayat Abu Ya’la.
Dan baginda s.a.w juga duduk di atas tanah, dan makan di atasnya, mengembala kambing, serta memenuhi jemputan seorang hamba yang hanya menjamunya sepinggan bali. – Riwayat Tabrani. Baginda s.a.w menziarah orang Ansar dan memberi salam kepada anak-anak mereka, serta mengusap kepala-kepala mereka. – Riwayat Nasaie.




Sumber: Laman ISMA Mesir

Isnin, 14 September 2009

Wanita2 jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga yer..

“Bahagialah kamu wahai wanita..

muslimah yang taqwa & taat suaminya…..”

NALURI WANITA...

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak
nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting.

Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz
yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat!!..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita. Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Habis, nak biarkan macam tu je?

Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.."

Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


KETUA BIDADARI!!


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan?

Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka". Di dalam bahasa Arab, kalimah

*`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*. ;-j ---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. ;p

Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. Betul? Tapi adakah anda pasti?



FITRAH...


Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;


Para Sahabat bertanya, "adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih."
~au kama qaal
..

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. "Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata. "Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


ANUGERAH TIDAK TERNILAI...


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa?

Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?


Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi..ada sambungan hadith ni; "Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi." Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka."

Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil!, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi.

Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur? Anda tahu jawapannya ialah tidak.

Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur. Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila... Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j


---
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu salaaman-salaama~ *


Wahai saudara2ku sekalian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!




Allah sendiri telah menyatakan kenapa tiada sifat negatif pada manusia dalam surga...

al A`raaf ayat 43
وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الأَنْهَارُ وَقَالُواْ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللّهُ لَقَدْ جَاءتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُواْ أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran. " Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan. "

Saya faham bukan kerana segala kemewahan tu
tetapi sememangnya Allah bersihkan dari semua sifat2 negatif
sebagai satu bentuk balasan baik

Sebaliknya kat dunia kita kena usaha hapuskan sifat tu dengan mujaahadah
Walaupun hakikatnya Allah juga yang menjadikan dalam hati
selalunya Allah tidak mengabaikan hukum sebab dan akibat dalam ciptaannya


Ahad, 13 September 2009

MAAFKAN CIKGU...

Petikan drpd http://blogs. iium.edu. my/martinelli/2009/ 06/18/maafkan-cikgu/


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Ramadan Peluang Mengislah Diri


Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.



Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.



Oleh : Ustaz Zainudin Hashim