Sabtu, 6 Mac 2010

Tarbiyah...Tradisi Mencabar!

2 Mac 2010

Semua Guru Praktikum dihukum bersalah atas kesalahan seorang murid perempuan tahun 6 melukis gambar lucah di atas meja dalam kelas. Patut ke?

Walhal, mengikut sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa, selama ni pun memang selalu je murid tu lukis gambar lucah, tak de pula sesiapa yang dipersalahkan. tapi, tiba-tiba je kesemua guru praktikum diletakkan beban kesalahan atas perbuatan murid tersebut. Geram betul. Then, nak marah-marah n tak mahu dengar n terima rasional kami. Apa kes??


3 Mac 2010

Kena dengar 'taujihat' meleret daripada seorang pentadbir scul coz kesilapan yang dilakukan secara tak sengaja. Sabar jela...malas nak cakap pasal dia. I know what you 'did' at that scul sir!


4 mac 2010

Kena jerkah dengan lecturer dalam bilik guru. Sabar jela..hu. Mujur member n cikgu2 yg pernah jadi student dia support balik.

"Sabar jela Na...dia mmg mcm2. Dari dulu lagi sifat dia gitu. Ikut mood dia. Akk dulu rasa betul dilayan mcm budak2. yg penting kita yang kena rasionalkan dia balik, then baru dia ok."

Hu....hari tu jgk aku cirit birit smp xde tenaga, tetibe kul 10 badan panas amat n sakit kepala sgt2. tup2 dia sampai nak observe...huhu, buat apa yg terbaik yg aku mampu jela. Tupun, mmg banyak amatla kena komentar yg membina n tak membina. Hu...keep it positive.

petangnya...4 pm, hari da mendung, dalam keadaan longlai, bawa motor hati2 nak balik sekolah. sampai trafic light depan Hospital Kg. Baru, accident! hu. Ive done the rite coz lampu da hijau, tapi hamba Allah yg sorang ni dtg dr smpg belah kiri, laju je langgar lampu merah . rempuh motorku. yg sempat terlafaz..."Allahuakbar!" Agak terkejut n adrenalin yg cepat membuatkan aku berpeluh, then panas badan beransur hilang. Hikmah betul...hu. Coz tadi da fikir...macam bakal tak larat je nak settlekan byk2 kerja mlmni..hu.

tak pernah-pernah saya marah orang, haritu saya asyik jadi penuntut hak je..hu. Even da lewat coz nak jmpa 'Datuk', tp please follow the law. tgk..da sy jd mgsa. hu.

But, alhamdulillah syukur,mujurlah orang tu beriman......dia mengaku salah, sedia bertanggungjawab atas salah dia, n lunaskan semua hak saya sebagai mangsa. motor agak parah, tapi dia da bayar sume kos,so alhmdlh, settle.

TQ so much to my bro n sis...Hisyam, Syafiq , n Marziah coz sggp rushing p Kg baru, nak ambil akk n tgk motor..tapi sesat sejam lebih..moga Allah ganjari kalian, iA. uhibbukum Fillah.

Da dkt kul 10 baru sampai ke hostel..huhu, byk krja trgndala ni. tup2 dapat tahu jr sebelah bilik kna tahan wad, masuk air coz alami 3 penyakit yang saya alami sepanjang harini. Then, alang-alang jatuh terhempas time xcident tadi, sy gagahkan jugak p HUKM, wat checkup. Hu, dekat pukul 3pg baru setel, alhmdlh xde pape yg berat. Mmg terasa la keberkatan amalkan 7x fatihah selepas solat fardhu sbg pendinding diri. Alhamdulillah..

balik dari HUKM, continue work for tomorrow...mengajar..hu, BBM, RPH wat terbaik yg mampu je.



HIKMAH...

Alhamdulillah, sume Allah permudahkan. even tragedi yg berlaku haritu agak tragis, tapi alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan orang-orang yang baik2 je. Org yang langgar sy tu pun org baik, yg tolong angkat motor sy n sdia temankan ke workshop dgn brother td pun org baik, adk2 sy yg baik2, saya pun berkeadaan baik, n terasa benar hikmah2 n keberkatan amal soleh yg diamalkan jadi pendinding diri dari malapetaka.

ya, Sesungguhnya semua itu adalah TARBIYAH RABBANIYAH..khusus dari allah untuk menguatkan diri saya yang lemah. Alhamdulillah. Syukran Allah.., luv u!



P/S..hari tu tak rasa sakit apa2, dorang pun pelik tgk sy tak cedera cz motor teruk gak. "Kebal ke" sy senyum je...heh. Tp smlm baru rasa effect after accident tu. angin 1 badan, n bengkak. mlm td after berurut br ok ckt, alhmdllh.

If berlaku kejadian accident tu, ual kena minta I/C dia, num fon peribadi n pjbt, ajak dia ke bgkel tok cek kos baiki kenderaan n minta dia bayar segala kos trsbt tmsk kecederaan pd diri kita. jgn lupa num kenderaan, waktu berlaku, bagaimana kjdian blh berlaku n lagi baik if ada saksi yg blh bantu kita. if rasa perlu wat report polis, silakan.




Wallahua'lam.
Hu...sambung kerja praktikum.
Owh ya, Petang ni balik pahang untuk rehearsal Konsert Persona'10 -Pertandingan Suara Nisa' prgkt Nisa Temerloh. Angkut Akma n Nabila skali tok jadi MC. Huhu, diminta untuk jd versatile seperti Aznil! i.A...TERBAIKK...!!


Programnya bila????

Tarikh : 7 Mac 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang.

Tempat : Dewan Auditorium Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh,Lanchang.

Peserta : Wanita berusia 15 – 40 tahun.

Kategori : Solo & Berkumpulan.

Penonton : Wanita sahaja dibenarkan masuk dengan bayaran RM 1.


ok....kepada semua wanita-wanita yg berasal @ menetap di Pahang, ayuh kita gegarkan Suara Wanita pd hari esok!!


30% Road to KAU...
Konsert Aura Ungu'10 (30 April 2010)
by Nisa' Malaysia





Tarbiyah...Tradisi Mencabar!
6 Mac 2010
Teratak Damai.

7 ulasan:

Fir Firdausi (Bro Fir) berkata...

salam kak

masyaallah..banyak sungguh ujian yg allah berikan

semoga akak terus tabah,akak lebih tahu situasi..hanya doa yg saya mampu layangkan..subhanallah

semoga allah terus beri kekuatan..ameen..ameen

:)

Pengislah Ummah berkata...

akak syukur kerana diuji begitu. terasa diri ini diberi perhatian n dikasihi Allah.

Allahumma ja'alna mahbuban fi indaKa ya Allah..amiin

shamil berkata...

salam kak.

Peritnya ujian. Ya Allah permudahkan la urusnnya tabah kan hatinya. Berkati usahanya.. beratnya tanggungjawab nak jadi cikgu..

Pengislah Ummah berkata...

:)..jzkalLAH akhy.

akk xpape la. huhu. ya, mmg berat tggjwb guru. nak tarbiyah jiwa2 ini agar jd hamba Allah yg baik n taat bkn sng. hny mnta pdNYA.

sll trkenang2 prinsip tarbiyah Imam al-Ghazali:
tugas seorg GURU adalah MEMASUKKAN ANAK DIDIKNYA KE DALAM SYURGA!

Siru ala barakatillah.

::FaQirah alHawari:: berkata...

salam tarbiah mut.. you know who are you.. and Allah noe the best..insyaAllah....teringt detik2 bersama sahabat-sahabat seperjuangan.. and the memoir menemani kamu ke gombak..:)..Allahuakbar..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...em..apa yg berlaku pd akak,nak dekat sama dgn apa yg berlaku pd saya..sy pernah xciden..motor mmg teruk..tp,sy cedera sikit..emm..

zinnirah berkata...

salam kak, kuatkan smgt! takbir! sesungguhnya Allah bersamamu...
Sgguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang...