Ahad, 25 April 2010

Kasihku Kerana Agama Pada Dirimu..

BismilLAHir Rahmaanir Rahiim...


Alhamdulillah, setelah hampir setahun diri ini tidak pulang ke teratak hijau Pak Teh Ishak di Kelana Jaya semenjak praktikum pertama di SKPK Ipoh pada semester satu tahun lalu, akhirnya Allah izinkan juga kaki, jasad, dan hati ini menjejak kaki sekali lagi ke rumah mereka.

Ya Allah, rindunya aku pada cahaya kedamaian yang terpancar pada wajah Pak Teh, terhiburnya aku pada celoteh mesra Cik Puteh... mereka baik. Sangat baik.

Semalam mereka adakan kenduri kesyukuran sempena kepulangan anak mereka @ sepupuku, Kak Syarafina dari pengajiannya di UK. Sekarang dah selamat pun bekerja sebagai Engineer di Syarikat Freetech, Motorola di Kelana Jaya...cita-cita yang diimpikan semenjak kecil dulu. Kereta Merc mata belalang yang dibeli area USD20 ribu di UK dulu pun dah selamat sampai...murah kan? ;) Urusan harta peninggalan arwah Embah Mydin di Sitiawan pun dah selesai. Alhamdulillah.

Lantaran mahu menunjukkan rasa syukur mereka itulah, maka diadakan majlis tersebut.

Erk, aku tersasar hingga ke Subang Jaya ketika travel bermotor berseorangan ke sana. Tapi ku kira itu sebagai terapi meredakan gundah di hati ini. ZikrulLAH teman di hati. Tidak sabar mahu tiba ke teratak mereka. Benar-benar kurindukan mereka kerana Allah kukira. Kasihan mereka, anak hanya ada dua. Anak saudara ada 3 orang. Namun, kasih mereka terhadap anak sandara kandung yang ada, tidak dapat dicurahkan sepenuhnya lantaran jahilnya dan bodoh sombongnya mereka pada kesyumulan Islam sebagai cara hidup. Aku menumpang sedih Cik Puteh tatkala berkongsi cerita suka duka dengan anak-anak saudaranya yang bertiga itu. Yalah, semenjak lahir telah pun hidup dalam budaya masyarakat Inggeris di London, ibu yang muslim pun tidak kuat dengan Islam, bagaimana seorang isteri sebegitu boleh mentarbiyah suaminya yang menjadi Muslim melalui perkahwinan yang dibina?

"Auntie, why do muslims pray?"...tanya mereka tatkala melihat Cik Puteh mahu mengerjakan solat.

"It shows our loyalty to our God, Allah..." ujar Cik Puteh.

Ketika Cik Puteh solat, mereka ketawa terbahak-bahak tiga beradik melihat pergerakan yang dilakukan Cik Puteh ketika solatnya.

"..kenapalah orang tua ni sibuk terunggang-tonggeng sembahyang?? Kalau dapat duit dengan sembahyang tu, tak pe jugak. Tengok kami, tak sembahyang pun, berjaya je. Boleh je pun belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus. Apa yang kita boleh dapat kalau sembahyang? NOTHING!..."

Begitulah ujar mereka apabila diterangkan oleh Cik Puteh tentang kenapa perlunya solat.

Sedih Cik Puteh melihat aksi-aksi anak saudaranya itu.

Lantaran itulah, apabila Allah takdirkan Cik Puteh dan suaminya bertemu kami tiga beradik, mereka kata mereka mereka kasihkan kami kerana agama yang ada pada kami. Ya Allah, terharunya...

Oleh kerana tiada saudara, mereka benar-benar mengasihi kami seperti anak mereka sendiri. Kami juga sangat mengasihi mereka sepertimana mak dan abah kami sendiri.

Syukurnya hati ini kerana memiliki seorang ayah saudara seperti Pak Teh. Hebat imannya. Sangat suka membantu orang lain. Wataknya, langkahnya, tindakannya...sangat berwibawa. Allah telah memberinya kemuliaan dengan kejayaan membina isteri dan anak-anak agar teguh terhadap Allah Taala.

Pak Teh sering mengadakan Kuliah Bulanan dan majlis makan-makan di rumahnya. Ustaz Azhar, UIA yang akan menyampaikan kuliah lazimnya menggunakan kitab 'maza Ya'ni Intima'i lil Islam', atau Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Sementelah solat Isya, warga surau berdekatan akan diundang untuk ke majlis ilmu di rumahnya. Rezeki memang mencurah-curah. Ada sahaja individu yang mahu menumpang memberi makan kepada jamaah. Lantaran itulah mereka sangat dikasihi penduduk setempat. Masha Allah..

Rindunya aku pada ciri-ciri seorang ayah yang berwibawa seperti Pak Teh terhadap anak-anakku nanti. Persiapan diri sebagai ibu mithali perlu diteruskan. Berilah kami kekuatan Ya Waduud.

TQ Allah.
TQ Pak Teh, Cik Teh on your love.
Doakan kami selalu ya!

............................................................................

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim, ampunilah segala dosa kami yang banyak. Kami takut, kami harap kepadaMu. Kami hina untuk meminta cinta suciMU, namun..kalau bukan kepada Engkau kami menagih, kepada Tuhan mana lagikah yang boleh kami tagihkan cinta ini. Ya Allah Ya Ghaffar, ampuni kami Ya Rahmaan, di atas dosa yang kami lakukan secara sengaja ataupun tidak, di atas dosa yang kami sedari ataupun tidak. Dosa kami melaut menggunung, namun kami sedar bahawa RahmatMU Ya Haliim, tidak pernah bertepi..."

"Ya Allah Ya Waduud, hidup suburkanlah hati kami dengan Cinta kepadaMU, golongkanlah kami ke dalam golongan makhluk yang dicintai di sisiMU, jadikanlah diri kami ini dicintai dalam hati setiap hambaMU yang beriman dan bertaqwa kepadaMU. Jadikanlah kami mukmin yang benar-benar bertaqwa kepadaMU..."

"Ya Salam, Ya Muhaimin, Ya Dzaljalaali wal ikram, kurniakanlah kami ketenangan hati dan jiwa yang hakiki. Berilah kami nikmat indahnya beribadah dan bertawakkal kepadaMU. Hanya Engkaulah sebaik-baik tempat kami meminta dan memohon pertolongan. Baikilah Ya Salaam, hubungan kami denganMU. Baikilah Ya Salaam, hubungan kami dengan seluruh makhlukMU. Lindungilah kami dari sifat munafiq dan nafsu mazmumah yang berada dalam diri kami. Suburkanlah jiwa kami dengan jiwa mutmainnah, ketenangan hidup dalam pelukan cintaMU.."

"Allahumma Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanatau waqina azaabannar.."

"Allahumma Rabbana hablana min azwajina wazurriyatina qurrata a'yun wa jaalna lil muttaqiina imaama.."

"Rabbi habli minas solihiin.."
-Istajibillah humma dua ana, Ya Arhamar Rahimiin..
-Walhamdu lillahi Rabbil alamin..



"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada dalam dirimu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.."
-Al Imam An Nawawi-

Hamba Pencipta,

Mukhlisah Mutmainnah,
Teratak Damai,
25 April 2010,
5.00 ptg

Tiada ulasan: