Jumaat, 14 Mei 2010

Grand Meeting KAU'10..


Bismillahi walhamdulillah...
Allahumma solli wasallim ala Muhammadil mustofa...

Malam tadi telah berlangsungnya grand meeting KAU'10 bersama Pengarah Nisa' Malaysia, Dr. Rosni di Office Nisa', Jln Raja Laut.

1st time saya menjejakkan kaki ke sana. Fuh, memang terasa la 'Aura Ungu' mekar subur di dalamnya...hasil kombinasi furniture keunguan dan kesegaran ukhwah yang terjalin di antara para eksekutif KAU dan ahli jawatankuasanya...mm...membahagiakan!

Sebelum ni saya pun pening-pening lalat nak buat mcm mn untuk bahagian Persiapan Tempat. Then, alhamdulillah...bila meting besar ini diadakan dan setelah melihat pembentangan daripada setiap unit, saya jadi faham dan nampak apa dan bagaimana yang perlu saya lakukan. Dats y la Nabi kata:

"Tidak rugi orang yang bermesyuarat dan tidak sia-sia orang yang beristikharah!"


Meting yang bermula seawal 9.00 mlm itu berakhir pada jam 1.00 pg...banyak perkara yang berlaku. Untuk melaksanakan program sebesar ini, perancangan dan persiapan yang rapi amatlah penting diteliti. Lantaran itu, sudah pastilah situasi bertegang leher tidak dapat dielakkan. Dek kerana semuanya mahukan segala yang terbaik untuk dilaksanakan dalam program, maka bukan sedikit hati-hati yang terusik dan terluka. Namun, adat berprogram...biasalah tu.


Sayu rasanya apabila mendengar bicara muhasabah daripada mulut Dr. Rosni...sudah sunnatullah pejuang agama, pasti akan ada sesuatu yang terkorban atau dikorban tatkala berjuang. Umm...Dr. jangan sedih ya. Kami tak de masalah pun tak disponsor baju khas untuk KAU. Yang penting, kami akan hidupkan aura ungu tu sedaya termampu. InsyaAllah!

Saya sangat bersyukur kerana direzkikan Allah untuk bekerja dengan insan2 hebat seperti kalian. Semuanya berpencak seperti mujahidah moden. Terasa Izzah dan gahnya Islam apabila bersama-sama kalian. Tahniah sahabat2!..Haza min fadhli Rabbi!

Mudah2an setiap yang menggugurkan keringat, masa, harta, jiwa dan perasaannya untuk program ini dinaungi Allah Taala dengan keredhaanNYA. Salinglah kita BERLAPANG DADA, ya sahabat..;) ALLAH is always be wif us, insyaAllah!



.......

Akhirul kalam, saya sangat berharap agar sahabat2, rakan2 sekalian membantu Nisa' Malaysia mempromosikan Karnival Aura Ungu (KAU'10) ini di dalam blog, facebook, malah apa saja laman sosial yang kalian miliki...sama ada secara maya mahupun realiti. Yakinlah, Allah akan mengganjari kalian atas usaha dan bantuan yang kalian hulurkan untuk membantu perjuangan meninggikan syiar dan syariat Islam. InsyaAllah, Yakinlah!

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket ke konsert pada 22 Mei 10, boleh beli secara online di www.kau2010.webnisa.com atau mendapatkannya di kaunter konsert pada hari tersebut.

Bagi yang berada di kawasan Cheras, Bandar Tun Razak, dan yang berhampiran dengannya (termasuk student IPG-Kampus Ilmu Khas, n IPG-Kampus Teknik.. serta sekolah2 berhampiran..) boleh hubungi nombor di bawah untuk tempahan tiket.

*Mutmainnah (Ina) : 013-3935912
*Afiifah (Fiey) : 0132965723

Tiada ulasan: