Khamis, 17 September 2009

Bagaimana Sikap Kita Terhadap Ukhwah Bersahabat...??

BismilLAHir Rahmaanir Rahim..

SalamulLAHialaikum..w.w.

Kaifahalukum wa imaanukum ya ikhwah wa akhawaty?
Didoakan agar kalian sentiasa tenang dan bahagia di bawah lembayung keredhaan dan rahmat Allah s.w.t hendaknya, amiin..insyaALLAH, biiznilLAH.

Diri ini terasa ingin mencoret rasa hati yang tersimpan di dasar qalbu...

Beberapa hari lepas, aku telah menghadiri suatu majlis iftor dengan anak-anak Pahang. AlhamduliLLAH, syukur Allah rezkikan ana berpeluang bertemu semula dgn sahabat2 seperjuangan yang telah terpisah sejak hampir 5 tahun yang lepas. Antaranya, Nur Nabilah...yang sedang menuntut di UPSI skrg. TQ for coming n joined us ya..nabila! ;)

Syukur AlhamdulilLAH kerana dalam tempoh hampir setahun ini Allah hadirkan untukku berganda sahabat yang sedia menghulur ukhwah dan meringankan beban tatkala diri ini pernah jatuh ke dalam jurang yang dalam dan kelam sebelum ini…seorang diri!

AlhamdulilLAH kerana Dia telah menggantikan kepadaku sahabat2 yang bersungguh-sungguh berjuang menjulang gemilang agama Allah s.w.t. Kerana aku pernah merasai kehilangan mereka semuanya! Ya, semuanya!

Akibat kegagalan demi kegagalan yang menimpa, dan malu kepada Allah serta kepada mereka, maka aku nekad mengasingkan diriku daripada mereka. Kesan daripada keterasingan ini, sangat banyak dan besar pro dan kontranya yang telah mengubah hampir 270 darjah hidupku.

Cukuplah hanya Allah yang tahu.

Aku tidak lagi mahu mengulang bicara sejarah itu lagi...kerana aku perlu menumpukan untuk terus memandang ke hadapan, bukan lagi berbicara soal semalam.

Namun, apa yang ingin aku fokuskan ialah mengenai satu perkongsian yang aku dan beberapa org sahabat tercinta bicarakan tatkala kami dalam perjalanan pulang ke kampus masing2 seusai majlis iftor tersebut menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda...

UKHWAH...Ya, segalanya tentang ukhwah!

Tatkala berbicara tentang itu, aku teringat tentang suatu nilai yang amat menarik perhatianku untuk menjiwai novel 'TERASING', karya Saudara Hilal Asyraf, mahasiswa tahun 2 Universiti Yarmouk, Jordan.

Suka untuk ku kongsikan dengan kalian petikan yang amat terkesan dijiwaku itu.

"Bilamana kita merujuk kembali tentang ukhwah, maka kita akan melihat bahawa, ukhwah yang baik itu tidak dapat tidak adalah dibina daripada keimanan yang benar terhadap Allah SWT.

Hal ini kerana, serendah-rendah ukhwah adalah berbaik sangka kepada sahabat kita...dan perkara itu tidak sekali-kali akan dapat kita capai, melainkan kita mempunyai keimanan yang mantap kepada Allah, dan meyakini bahawa Allah SWT tahu segala apa yang tersimpan dalam hati kita. Maka, lantaran itu...tidak akan tergerak di dalam jiwa kita untuk bersangka buruk terhadap sahabat kita.

Melihat pula kepada tingkat tertinggi ukhwah, yakni ithar...ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri. Sifat ithar ini tidak akan mampu disentuh oleh manusia, melainkan dengan keimanan yang benar juga. Hal ini kerana, ithar itu secara sendirinya berdiri atas dasar pengorbanan!

Melebihkan orang lain daripada diri sendiri adalah satu taudhiah (pengorbanan).

Manusia, biasanya sukar untuk membalas pengorbanan yang dilakukan oleh manusia lain kepada dirinya dengan balasan yang setimpal atau lebih baik lagi.

Justeru, keimanan kita kepada Allah,dengan meyakini bahawa Allahlah yang akan membalas segala kebaikan kita, akan membuatkan kita tegar untuk melebihkan sahabat kita dalam apa jua perkara sekalipun."

Mengingatkan kalam hikmahnya itu sahaja pun, sudah cukup banyak perkara yang berlegar-legar dalam kotak fikiranku ini. Semuanya berkisar...ukhwah!

Bukan mudah untuk mencapai tingkat tertinggi dalam berukhwah. Andainya nilaian serendah-rendah ukhwah itu adalah 'berbaik sangka terhadap saudaramu'...maka apa pula nilaian yang patut diberi bagi insan-insan yang tidak lagi punya 'rasa percaya' dan 'baik sangka' terhdap saudaranya..?? .......faham aku...dirinya sudah tiada lagi pertautan ukhwah dengan insan tersebut!

Malang sungguh bagi insan-insan yang mendokong agama Allah mempunyai sifat su’ dzon itu dalam dirinya. Amat besar impak negatif yang ditempiaskan atas mazmumah itu. Hinanya jika kita punya sifat demikian!
Namun, jangan bimbang...andai benar khilaf itu pernsh terselit di dasar qolbu…maka insaf dan bertaubatlah…masih ada ruang untuk kau mohonkan taubat daripada Allah SWT yang telah menciptakan hatimu dan hatinya.

Doakanlah agar Allah menetapkan hati-hati kita dalam iman yang benar dan mantap kepadaNYA...agar dengan itu, Allah bisa memelihara ukhwah kita dengan sebaik-baik pemeliharaan.

Moga-moga ukhwah yang dijalinkan tanpa niat terpesong selain dari 'Hanya KeranaNYA' ini, bakal menjadi syafaat buat kita di Padang Mahsyar kelak...di saat tika itu tiada satu pun manusia yang selamat dan beroleh naungan pada hari tersebut melainkan naungan Allah SWT semata-mata!


InsyaAllahu TAala..
WalLAHu Taala A'lam...
Segala yg baik itu drp ALLAH, yg lemah itu jua drpNYA tetapi disandarkan ke atas diri saya yang lemah ini.


InsyaALLAH, kita sambung di lain kesempatan.
SELAMAT MEMBURU AL-QADR!




Si Pengemis Cinta ILAHI...

Mukhlisah Mutmainnah,
IPGM-KIK,
Damai,
Khamis, -27 Ramadhan 1430 H
3.00 pagi.

2 ulasan:

QeciQ berkata...

Assalamualaikum ya ukhty habibaty....... Ya Allah... Akulah insan yang sentiasa berada di tingkat paling bawah ukhuwwah itu... Shukran atas peringatan yang sangat bermakna bagi nafsi yang lemah ini.... Moga ukhuwwah berkekalan hingga ke akhirnya bersama naungan dan rahmat dari-Nya... Salam kemaafan ku pohon supaya Allah sentiasa memelihara hati ini.... Aku malu...
Ruangan ini membuatku tersedar.... Dats y akak minta saya baca. Hati Saya seperti buah dimakan tupai. Rosak sebahagiannya dek punyai sifat e2.... Astaghfirullahalazim.....Allah Maham Mengetahui.... Blog akak sangat meruntun jiwa yang dah gersang ni... Semangat baru untuk saya menghasilkan blog juga yang mungkin salah satu tarbiyyah untuk diri dan sahabat-sahabat seperjuangan.... Asif a'la kulli hal marratan ukhra... Nahnu ansarullah... "Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Yaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui... (Assaff : 10-11). Shukran. Mg akak najah dalam hidup dan perjuangan. Wallahua'lam.=)

Pengislah Ummah berkata...

salam..dik..maaf..sape ni ye? leh akk kenal? huhu..