Setelah aku sampai ke rumah, bagi menghilangkan kepenatan baru pulang dari sekolah lamaku, mataku memandang sebuah buku‘ 50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh & Cerita Disebaliknya’ karangan Ustaz Mohd Dzuklhairi, Mantan Presiden GAMIS. Lalu aku membuka setiap helaian kertas bagi mengingati fakta-fakta penting. Lalu hatiku berbicara & mindaku berfikir tatkala aku membaca bab Menakluk Iwan Khusraw:
“Tentera dibawah pimpinan Amru Al-As mengambil masa agak lama untuk menawan Mesir disebabkan kesalahan kecil tidak membetulkan saff dalam solat dengan sempurna”
“ Sultan Muhammad Al-Fateh mengalami kesukaran menawan
Aku terus menyoal diriku:
”Kalaulah perkara sekecil membetulkan saff memberi impak yang besar dalam memenangkan Islam, bagaimana dosaku dan kemaksiatan yang aku lakukan sehari-hari mampu memberi kemenangan kepada Islam?
“ Hubungan aku dengan Allah amat jauh, anggotaku tidak ku jaga, hatiku yang lalai, sifat mazmumah manjadi amalanku, memang betul Islam tak akan menang kalu ada orang macam aku”
Aku berfikir sejenak merenung ke dalam diri dan aku bertanya:
“Adakah aku termasuk dalam golongan perencat kepada kemenangan Islam & tersebarnya dakwah Nabi Muhammad? Adakah aku menjadi hijab turunnya pertolongan Allah?”
“ Ya Allah, hinanya diri hamba ini, mengaku beriman kepada Mu namun amalanku sungguh jauh menyeleweng, aku ditipu dengan janjiku padaMu, aku rasakan aku dah terselamat tatkala mewaqafkan diri di jalanMu namun aku sedar bahawa diriku masih jauh dariMu”
MAKSIAT ITU HIJAB
Islam terhijab dengan sikap Muslim, Kemenangan Islam juga terhijab dengan kemaksiatan Muslim. Kebenaran Islam diselubungi dengan kekotoran penganutnya sendiri. Lahirnya golongan Muslim dalam konteks buih di lautan mencemarkan nama baik Islam.
Islam bukan agama spiritual semata-mata tapi merangkumi segala aspek kehidupan. Seorang Muslim bertindak zalim mengambil Islam separuh dan meninggalkan selebihnya. Kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam sendiri memberi impak yang besar kepada golongan Non-Muslim. Pada pandangan mereka, Muslim itulah gambaran sebenar Islam.
Dalam jalan dakwah, seorang Daie merupakan ikon dan qudwah mencerminkan Islam. Keikhlasan dan ketinggian akhlak para daie menambat hati mad’u. Lisanul Hal Afsahu Min Lisan Maqal ( Qudwah yang terpuji lebih berkesan daripada kata-kata yang baik ).
Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata:
“ Sesungguhnya orang-orang Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini, nescaya orang-orang Islam tidak akan mempunyai kekuatan kerana bilangan dan kelengkapan mereka. Jika kita sama sahaja dengan musuh Islam dari segi melakukan maksiat, musuh Islam mempunyai kekuatan yang lebih ke atas orang Islam”
Kekuatan iman sumber kekuatan bagi umat Islam. Abbas As-Saisi, anak didik As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyebut dalam bukunya “ Jalan Menuju Hati ”: Ruh ibadat medium penting dalam menambat hati mad’u. HablumminaAllah mampu menambat kasih sayang sesama manusia. Rabiatul Adawiah mampu menggetarkan dan menakutkan hati perompak dengan kekuatan hubungannya dengan Allah.
Mujahidah Zainab Al-Ghazali dalam Penjara Rejim Mesir berkata kepada Shams Badran:
“ Kemenangan kamu kerana pukulan tongkat-tongkat dan pelbagai penyeksaan kamu terhadap kami. Tetapi itu hanyalah sangkaaan kamu belaka. Kamu sebenarnya takut kepada kami. Kenapa? Kerana sesungguhnya kami daripada golongan yang diredhai Allah s.w.t. Kami menang dan mengalahkan kamu kerana kami sentiasa kaya dengan pertolongan Allah, kuat dengan bantuan Allah, bertawakal kepadaNya, berjuang, berperang dan berjihad. Kami akan kalah kalau kami tinggalkan akidah kami dan kewajipan berjihad untuk mengibarkan bendera Tauhid dan meninggikan kalimah Allah”
SIAPAKAH GOLONGAN YANG MENANG ?
Mereka ialah orang-orang mukmin. Surah At-Taubah ayat 112 menjelaskan ciri-ciri mereka yang beriman.
“ (Mereka itu ialah): orang-orang Yang bertaubat, Yang beribadat, Yang memuji Allah, Yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), Yang rukuk, Yang sujud, Yang menyuruh berbuat kebaikan dan Yang melarang daripada kejahatan, serta Yang menjaga batas-batas hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang Yang beriman (yang bersifat demikian)”
Hidup orang mukmin juga sentiasa beribadat dan menghambakan diri kepada Allah. Mereka merasai sifat kehambaan dikala senang maupun susah. ‘Rasa bertuhan’ meresapi jiwa dalam setiap gerak geri. Bagi mereka, setiap saat dalam menghambakan diri kepadaNya.
Zikrullah dilafaz sebagai muhasabah diri, Al-Quran dibaca buat pengubat jiwa, Tasbih membilang rindu kepada Ilahi, Sejadah
Hidup orang mukmin sentiasa mengembara untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam. Mereka mengerti erti kata Imam As-Syafie: “ Apabila anak muda menjadi pemimpin, maka akan kontang dan keringlah ilmu”. Mengembara mencari ilmu bererti mengembara mencari jalan ke syurga. Mereka bukan sekadar faqih dalam ilmu bahkan seorang murabbi dan daie dalam menyebarkan Islam. Mereka melihat, merenung dan mentafsir kejadian alam semesta dalam mencari ibrah tersirat buat pedoman umat manusia.
Orang mukmin sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran. Ruku’ dan sujud sebagai satu riadhah rutin hariaan. Solat-solat sunat sebagai pencantik ibadat fardhu. Aduh! Betapa indahnya hidup dalam manisnya beribadah.
Tugas dakwah tugas orang beriman. Menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kemungkaran sentiasa menjadi prinsip hidup. Hati mereka tidak senang melihat kemungkaran didepan mata. Macamana dengan diri kita?
Orang yang menang juga ialah orang menjaga batas-batas hukum Allah. Menjaga batasan diwaktu bersendirian atau dikhalayak ramai. Itulah erti taqwa kepada Allah. Mereka sentiasa yakin bahawa Hududullah digubal untuk menjaga manusia dan alam sejagat.
CHANGE OR DIE
Apa yang kita mahu tunggu lagi? Berubahlah wahai diri, sedarlah wahai diri. Kematian semakin dekat denganmu. Kubur melambai-lambai, rumah sudah ‘bye-bye’. Pesan pada diri, ubahlah diri mulai sekarang, pertingkatkan kualiti diri atau kita dan umat Islam akan ‘mati’.
~http://mujahidmuda90.blogspot.com/~
2 ulasan:
Waduh.... artikel ini sangat menusuk jiwaku...memaksa aku kepada keinsafan... Allahuakbar..
Allahu yubaarik alaina..
Bahayanya sifat merasakan 'diri aku baik' bagi seorang mukmin ibarat api kecil yang memamah kayu api..sedikit..sedikit. tanpa sedar ia akan memamah seluruh jasad.
Nastaghfirullah...
Catat Ulasan