Ahad, 21 Disember 2008

Epilog Hidup Seorang Murabbi…


Biro Dakwah & Tarbiah (DATA) PGPI,IPIK'08


Memulakan langkah memang perit.
Bertatih, tersungkur, dan bangun semula.
Ada kalanya tanpa tangan menghulur bantuan,
Terasa diri ini kembara sendirian…

Mengimpikan syurga idaman,
Sedangkan diri tidak tahan dengan ujian.
Kerdil diri bila menghitung
Keringat yang gugur,
Titisan air mata kecewa.

Rupanya masih sedikit cinta, kasih,
Dan pengorbanan dipadu untuk Tuhan…
Mekar di jambangan,
Setia pada perjuangan.


Yang Mengharap Redha-Nya,

Mukhl!sah Mutmainnah
5 Mac 2007 - 02.57am

Tiada ulasan: