" Kamu semua bagus. Ukhwah kamu memang utuh wahai pelajar-pelajar Malaysia. Walaupun kamu bukan adik beradik, namun keakraban kamu sungguh hebat..."
Saya menguntum senyum. Memang kami sebenarnya adik-beradik. Suka duka hidup kami menuntut ilmu selama 2 tahun di Kolej IKIP, Kuantan seterusnya bertemu kembali di Ardul Kinanah ini menyuburkan ukhwah kami. Bangga saya mendengarnya. Terasa betapa manisnya sebuah ukhwah yang dibina berakarkan kecintaan kepada Allah SWT.
Teringat saya sebuah hadis yang mana menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain selain naunganNya.
Teringat saya sebuah hadis yang mana menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain selain naunganNya.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
" Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah : Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata : " Aku takut kepada Allah ", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan Jamal Allah. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah).
Daripada hadis ini ada disebutkan tentang dua orang yang mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. Lihat, betapa mulianya seorang sahabat yang mencintai sahabatnya yang lain kerana Allah.
Banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan kasih sayang dan cinta antara seseorang dengan saudaranya yang lain kerana Allah SWT. Selain yang saya nyatakan tadi saya juga teringat akan hadis ini ;
Banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan kasih sayang dan cinta antara seseorang dengan saudaranya yang lain kerana Allah SWT. Selain yang saya nyatakan tadi saya juga teringat akan hadis ini ;
Daripada Abu Hurairah Radiaallahu'anhu, Dari Nabi SAW :
" Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya : " Ke mana kamu ingin pergi?". Dia berkata: " Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya: " Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya ? Lelaki itu menjawab: " Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: " Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya".
( Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr, Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah ).
Lihatlah sebuah ukhwah yang terbina atas dasar cinta padaNya membuahkan cinta Tuhan yang tidak terhingga mulianya. Sayangilah dan cintailah sahabat-sahabat kita kerana Allah semata tanpa mengharap kepada selainnya. Moga-moga hubungan itu dilimpahi cinta Tuhan Maha Segala dan Maha Pencinta.
Akhi Fillah...
Yarmouk, Jordan...
Yarmouk, Jordan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan