Ahad, 23 Ogos 2009

Bicara Qalby...Ingatlah Asalmu!

AstaghfirulLAH...
AstaghfirulLAH..



AstaghfirulLAH hal Adziim..allazi laailahailla HUAl Hayyul Qayyum watuubu ilaiK...

Nampak mudah saja bicara sabda Baginda Nabi saw disebelah ini...tapi bagi insan2 yang kurang didikan dan penekanan akhlaq Islam dari ibu dan ayah mereka, menjaga diri pasti sesuatu yang mencabar buat mereka.

Bertuahlah bagi insan2 yang punya ibu ayah berwatak soliheen...kerana acuannya telah disediakan baik untuk anak2 mereka. Namun, makin dewasa anak itu, dia sendirilah sebenarnya yang perlu matang memilih dan menjalani jalan hidupnya.

Walaupun begitu, tetap tersemat di hati ibu ayah agar kau berupaya menjadi hamba Allah yang serba-serbi lebih baik daripada mereka.


Maafkan akak, mak...abah...lemahnya akak. Setelah meniti usia melangkah dewasa ini pun masih banyak jasa-jasa kalian yang tak mampu ku balas..masih banyak dosa-dosaku yang kusedar dan yang tidak kusedari memamah rasa di hati kalian. Maafkan akak..

Terima kasih kerana sudi memahami dan bersabar dengan diriku yang memang telah kau maklumi bagaimana sifatku sedari lahir. Diri ini masih berusaha untuk islah, namun kini sekali lagi aku tersasar. Maafkan khilafku mak, abah.

Ya Allah...berilah aku kekuatan untuk berbakti dan berakhlaq mulia terhadap ibu bapaku.

Tanpa redha mereka, kutahu...tiadalah redhaMU.
Tanpa redhaMU, aku tak punya apa-apa lagi untuk hidup di dunia ini.

Ya Rahman Ya Rahiim,
Ampunilah hamba yang lemah ini...hamba teruk ya Allah, hamba teruukk.........tolonglah hamba, kuatkan hati hamba untuk menjadi anak yang solehah buat mak dan abah hamba. Berilah hamba kekuatan untuk membahagiakan mereka. Hamba tak berniat melukakan hati mereka, namun apakan daya, tanpa hamba sedari, diri ini khilaf lagi.

Tolonglah Ya Haliim, bantulah hamba..Hamba tak sanggup lihat mereka bersedih hati kerana hamba lagi. Cukuplah kepenatan mereka selama ini membesarkan, mendidik, memahami, dan menerima kelebihan serta kekurangan pada diri ini seadanya.

Maafkan anakmu ini mak, abah...pohon doa restu kalian agar akak berupaya menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.




HAASIBU ANFUSAKUM QOBLA AN TUHAASABU...
-Hitunglah diri kamu, sebelum kamu dihitungkan....-

Mutmainnah, ingatlah...jangan sia-siakan tarbiyah ALLAH padamu selama ini. Dulu, khilafmu kerana kau tidak tahu...itu tidak mengapa. Namun, setelah rahmat ALLAH telah memayungimu, jangan sekali-kali kau lupa diri.

Mujahadahlah...pertahankanlah tarbiyah yang telah ALLAH tebarkan kepadamu...kerana, nilainya takkan dapat dibayar oleh sebarang mata benda sekalipun.

Jangan sekali-kali kau persiakan hidayah dan taufiq yang telah dicampakNYA ke dalam hatimu.Tabah, dan bersabarlah dengan ujian ini. Sedarilah hakikat, untuk berubah...ia perlukan masa. Usahakanlah yang terbaik hingga akhir hayatmu, walaupun mungkin ada orang yang tidak menerimamu atas khilafmu yang dulu...namun ALLAH amat tahu, ALLAH amat faham akan hambaNYA.

Kalau kau tak mampu mengejar redha Allah dan manusia, cukuplah untukmu mengejar redha ALLAH. Kerana, dengan redhaNYA...maka seluruh penghuni langit dan bumi berbahagia menyambut dan menyebut-nyebut namamu.

Namun, jika redha manusia yang kau fikir-fikirkan, maka ternyata benarlah ia tidak akan membawamu kemana-mana, malah menambah beban pula ke atasmu.

Lantaran itu, yakinilah sungguh-sungguh dengan janji2NYA. Hanya dengan bersamaNYA jiwamu beroleh ketenangan n kebahagiaan yang hakiki. Yang sememangnya ternyata tidak kau peroleh dari insan2 yang kau harap2kan...

Sudahlah wahai Mutmainnah, cukuplah...hentikanlah tangisan ini. Ambillah setiap episod yang berlalu dalam hidupmu sebagai tarbiyah ALLAH untuk meneguhkan imanmu.






TOLEH SEBENTAR...

Kemana pergipun engkau, ingatlah selalu laluan sejarah hidupmu:


Fasa 1- Tidak tahu punca mslh =GAGAL
Fasa 2- Tahu, faham, dan ikhtiar untuk keluar dari punca mslh =CEMERLANG
Fasa 3- Taraddud...berbelah bahagi... =KPTSNNYA X ISTIQAMAH
Fasa 4- ...??...

Binalah kembali dirimu sebagai mukmin yang lebih baik...cukuplah bereksperimentasi tentang hidup ini. Jatuh dan bangun telah kau lalui...dan kau tahu sebenarnya jalan mana yang perlu kau lalui dengan langkah tetap dan yakin. Pintalah sentiasa pada ALLAH agar ditetapkan hatimu dalam iman dan taqwa. Ingat selalu nasihat abah yang satu ini...jangan tinggal dari minta doa itu..."dipelihara dan diteguhkan iman taqwa."

Jangan kau sia2kan penat lelah abah mendidikmu dengan tarbiyah iman ilalLAH sedari engkau berada dalam rahim emak dulu lagi.

Tidak pernah abah mendidikmu untuk mencari selain dari ALLAH. Maka janganlah lagi kau persiakan waktumu dengan perkara yang tidak membawamu dari bertambah hampir kepadaNYA.

Ingatlah, abah buat semua ni, didik anak-anaknya dengan didikan iman taqwa sebab dia tahu, akhirat nanti semua nafsi-nafsi. Masa tu masing2 bawa diri sendiri. Dalam kubur pun macam tu. Masa tu takde siapa lagi dah yang boleh tolong kita...

"Kalau korang pergi dulu, bolehlah abah tolong doakan, sedekahkan zikir untuk terangi dalam kubur, tapi kalau abah pun mati, sape nak tolong?"

"Hidup ni kalau tak beramal, apa bekalan yang kita nak bawa balik mengadap ALLAH kelak?"

"Atas dunia nilah nak kena banyak-banyak baca quran, zikrulLAH, jaga solat, aurat kena jaga. Ni..ni..hati ni kena sentiasa hidup. Hidupkan dengan kalimah 'LAILAHA ILALLAH'...kalimah tulah nanti yang akan mudahkan kita jawab soalan munkar nakir."

"Quran...kena baca selalu. Hafal...lekatkan dalam dada..kurang2 dalam dada ni kena ada 3 surah...Yasiin, Al-Mulk, As-Sajdah. Ha, yang nilah nanti yang akan jadi peneman kita dalam kubur kelak."

"Orang yang dalam dadanya ada Quran, malaikat nak cabut nyawa dia pun tak sampai hati. Tak boleh sewenang-wenangnya cabut, sebab Quran ni jadi benteng diri dia dari kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah..."

"Hati kita ni kena selalu dibersihkan...banyakkan istighfar...zikir 'ALLAH'...'ALLAH'...'ALLAH'... Orang mukmin ni kena 'ikat hati' dengan Allah. Penting ni! Sebab, kat sinilah tempat Allah pandang kita. Dia tak tengok amalan kita banyak mana, tapi hati tak bersih, nak buat apa??"

"Sebab itu kena selalu bersihkan hati...bila ada masa lapang tu, tak buat apa2...istighfar, zikir...zikir yang biasa2pun takpelah... 'SubhanalLAH...pandang mata hati kita...faham maksud dia...-Maha Suci Allah', 'AlhamdulilLAH...maksud dia??...-Sgl puji bagi Allah', 'ALLAHuakbar...??-Allah Maha Besar'...Ha, fahami maksud lebih baik, lebih bagus sebab kita boleh hayati."

"Orang yang hatinya tak dihidupkan dengan zikir, hidupnya resohh memanjang...gelisah je...itu tak kena, ini tak kena. Itu tak cukup, ini tak boleh...ha, nak jadi apa hidup kalau dah macam tu??"

"Ha, jaga hubungan dengan ALLAH...jangan cari pasal dengan orang, insyaALLAH, selamat hidup..."

"Kat akhirat nanti kita dah takdek apa2 dah...nak buat apa? Kaki tak boleh nak lari, tangan tak boleh nak merangkak, mulutpun tak boleh nak bercakap...kena kunci. Sebab...ALLAH kata, lidah manusia ni paling jahat. Selagi dia boleh bukak mulut, selagi tulah dia nak menipu. Tapi masa tu, mulut kita berada diatas angota2 badan kita yang lain...ha...masa tulah kaki bagitau "Ya Allah, dulu aku pernah melangkah ke tempat2 tak baik, aku pernah melangkah ke taman bunga buat dating Ya Allah...", ha...lepastu tangan pulak bercakap "Ya Allah, dulu saya pernah mencuri barang orang Ya Allah, saya ambik je..tak mintak izin dari tuan dia.." ha...anggota lain pun bercakap jugak...telinga- dia kabo pernah dengar lagu2 lagho, dengar orang mengumpat, lidah- makan benda haram, syubhah...yang akhirnya jadi darah daging pada badan kita...zakar, ataupun kemaluan- dia kata pernah buat benda tak elok..., mata pun cakap "aku tengok benda2 maksiat Ya Allah.., perut pulak kata "aku selalu makan banyak, sampai kekenyangan, asyik tidur je...sampai malas nak beribadat Ya Allah.." Ha, bila ALLAH dengar tu, terus keluar arahan..."PUKUL DIA!!"...mase tu takleh nak lari dah...sakitla sorang2 kena pukul dengan tongkat dari neraka..."

AstaghfirulLAHal Adziim...aku dan adik2 terdiam senyap bila dengar cerita2 abah tentang kehidupan di barzakh n alam akhirat. Takut...namun peringatan itulah yang menjadi guide buat kami mendewasakan pemikiran dan matang menghadapi hidup.

Masa kecil2 dulu selalu dengar abah bagi kuliah lepas solat maghrib jamaah sama2 drumah. Damai je...dengar cerita dan melihat aksi2 abah menanam fahaman aqidah dalam jiwa anak2nya dalam nada santai dan bersahaja. Level kanak2...Ahh...rindunya aku dengan itu semua...

Tapi, itu dulu...masih banyak masa berada dirumah bersama abah, tanggungjawab abah pada kami memang besar. Misinya menanam jiwa tauhid dalam diri anak2 telah selesai dan kukira dia berjaya. Namun kini, kami semakin melangkah dewasa, tuntutan kehidupan semakin menjarakkan fizikal kami dengan abah dan emak, namun didikan2 Islam yang mereka tanam dalam diri2 ini akan tetap kami pertahankan.



JANGAN PUTUS HARAP DARI RAHMATNYA...

Lantaran itu wahai diri, janganlah bersedih hati...besarkanlah jiwamu. Berbanggalah dikau diizinkan Allah memiliki ayah sepertinya...di kala ada insan2 lain yang tidak pernah pun mendapat sentuhan kasih sayang drp bapa2 mereka..


Kembalilah ke pangkuan redhaNYA...jangan dipersiakan tarbiyah abah dan emak kepadamu duhai anak...Moga benarlah janji Allah bagi orang2 yang sabar dan tabah menghadapi kehidupan dunia...dalam usaha mengumpul bekalan dan mempersiapkan diri untuk bertemu ALLAH fi yaumil qiyamah kelak...ada 99 lagi rahmatNYA yg menanti dengan penuh gembira dan bangga di atas sana.


Walau dimana kau berada, ingatlah bahawa di bumi Allah jualah kau berpijak. Selamat meneruskan perjuangan yang takkan pernah berakhir ini sehinggalah diambil kembali rohmu yang hanya dipinjamkan sementara oleh Tuan Empunya Dunia.

LOVE YOU MOM..LOVE YOU DAD!! ;)






Siru ala BarakatiLLAH...
WALLAHu Taala A'lam...
Sesgguhnya, hanya ALLAH jua yang lebih tahu!


Yg Amat Mghrpkn Keampunan Tuhannya...
Mukhlisah Mutmainnah,
Permy Hill,
2 Ramadhan 1430H
8.20am-11.05am



Tiada ulasan: