Bismillah wa ala barokatilLAH..
SalamulLAHi alaikum..warahmatuHU wabarokatUH.
"Kita merancang, ALLAH juga merancang.
Namun perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
Salam juang kasih FilLAH abadan abada..
Diri ini sebenarnya masih belum benar-benar bersedia untuk mengukir kalam bicara dari lubuk hati ke dalam blog ini sebagai wasilah untuk menyampaikan maksud yang tersirat selama ini di dasar qalbi. Bagi sesetengah orang mungkin ia perkara biasa, mudah, dan tidak mendatangkan masalah, tetapi bagi diriku..ia sebaliknya. Di hati ini hanya Tuhan Yang Maha Tahu bagaimana rasanya. Dalam keadaan yang pelbagai rasa bercampur baur mengasak diri ketika ini, menuntut jua untuk diluahkan.
Sememangnya, aku sedar, aku akur...bahawa aku perlu bersedia dan melakukannya. Sekarang!
PROGRAM PENINGKATAN SYAKHSIAH'09
Hamdalah, semalam telah berakhir Program Peningkatan Syakhsiah @ Kem Pemantapan Rohani (KPR) untuk junior baru IPGM-Kampus Ilmu Khas, Cheras dengan jayanya. Tahniah wa Alfu Mabruq!! ..buat Saff Pimpinan dan AJK Pelaksana program. Tahniah kerana nampak usaha dan kesungguhan kalian melaksanakan program ini sedikit sebanyak berjaya meninggalkan kesan dalam diri adik-adik baru kita.
Apa buktinya??
Jom...kita fokus pada malam muhasabah diri.
Lihat saja kesediaan beberapa orang adik kita yang berani ke hadapan tanpa perlu dipaksa, meluahkan sendiri perasaan dari lubuk hati, berkongsi rasa apa yang mengesankan hati mereka hasil daripada pengisian yang diperoleh dalam kem ini.
Ya, paling aku terkesan bilamana adik2 ini berupaya meluahkan rasa yang bergejolak di dalam diri di hadapan umum tanpa rasa malu lagi. Menyatakan soal kesilapan dan maksiat yang pernah dilakukan di masa lalu...alpanya diri selama ini yang hanya terfikir untuk berseronok-seronok dengan kehidupan, langsung tidak pernah memikirkan soal berTuhan.
"Alangkah jahilnya saya.."
"Dulu saya hanya terfikir untuk berseronok2 sahaja, yalah..hidup ini hanya sekali..tapi saya tak ingat langsung tentang Allah dan kehidupan yang akan saya lalui selepas ini..tentang alam kubur, tentang akhirat.."
"Saya harap saya boleh berubah dan belajar banyak perkara mengenai Islam di sini.."
"Sebelum ni saya pernah bercouple, orangnya nampak baik..tapi akhlaq dia tidak sebaik dan sehensem wajahnya. Saya gusar bila ibu telah berkenan pada dia. Entahlah..tapi saya sebenarnya tak mahu dia jadi suami saya.."
"Saya sebenarnya tak pernah menangis seteruk malam ini..tanyalah siapa sahaja yang mengenali saya. Bila saya mula saja membuka mulut untuk bercakap, pasti mereka ketawa. Saya pun tak tahu kenapa..lawak sangat ke saya ni..??"
"Saya nak sangat berubah..dan harap2 saya dapat istiqamah.."
SubhanalLAH!...ALLAH telah mengetuk dan membuka pintu Hidayah dalam hati adik2 ini. Syukur Alhamdulillah. Mudah2an, tak sia2 usaha dan pergantungan harap Team Muhasabah yang telah menyerahkan segala2nya kepada ketentuan Allah sebelum menjalankan slot ini.
Taklifan yang perlu kami (Team Muhasabah) laksanakan sebelum slot ini dijalankan:
1-Bersihkan hati dengan perbanyakkan istighfar.
2-Betulkan niat KERANA ALLAH.
3-Lakukan Solat Taubat-moga Allah ampunkan dosa kami dan adik2 yang menghijab diri drp menerima hidayahNYA.
4-Solat Hajat-agar Allah lembutkan dan mudah2an dibuka pintu hati kita dan adik2 untuk menerima hidayah dan kebenaran.
5-Solat Istikharah-mohon petunjuk agar Allah tunjukkan jalan kpd kita, apa yang patut kita lakukan.
6-Buat yang terbaik untuk slot ini dan keluarkan segala emosi yang ada ikut peranan kita. Kalau yang kena buat sedih, sedih sungguh2, Kalau yang kena buat marah, marah sungguh2..
7-Ingatlah bahawa, kita buat semua ni bukan sekadar mahu mentarbiyah adik2, tetapi apa yang lebih penting adalah mentarbiyah diri kita sendiri.
Wallahua'lam...mudah2an Allah menerima usaha kecil kami ini sebagai amal soleh di sisiNYA. Amin, insya-Allah. Oleh sebab kami dah serahkan segala ketentuan kpd Allah sebelum melaksanakannya, maka kami dah redha..walau apapun yang berlaku.
So, harap sangat sahabat2 PGPI yang lain faham dan mengerti perasaan kami...Team Muhasabah. Kami buat semua ini bukan atas nama individu, namun tak lain dan tak bukan semuanya hanya untuk kebaikan bersama. Demi kebaikan generasi...ya, begitu jua kalian..
Apapun, tak perlulah diulang ungkit lagi...segala kekurangan dan kelemahan telah kita bincangkan dan capai solusi bersama, insyaALLAH, mudah2an ia dapat ditampung dan diperbaiki pada masa2 mendatang, insyaALLAH.
WalLAHua'lam...ALLAH jua Yang Maha Tahu.
Moga diampunkan segala dosa kita, dan diberi ketenangan pada hati dan jiwa dalam meneruskan perjuangan. Amin,insyaALLAH.
Kita telah berusaha sehabis baik yang kita mampu, namun ALLAH jualah yang berhak mencampakkan hidayah kepada pemilik-pemilik hati yang DIA ingini...
Lahaula wala quwwata illa biLLAHil aliyyil adzim...
Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH Yang Maha Agung!
Buat adik2ku yang telah berjaya menerobos dinding ego diri, TAHNIAH ATAS KEBERANIAN KALIAN!
Bukan mudah sebenarnya untuk melakukan itu semua. Keegoan diri yang selama ini kukuh menjadi tembok diri..harus dilawan dan dirobohkan. Rasa malu yang menebal untuk berkongsi rahsia diri, perlu terlebih dahulu dikikis..sedikit demi sedikit..sebelum boleh berdiri di hadapan umum bercerita, membuka aib diri, manyatakan rasa kekesalan dengan khilaf diri yang lampau, meletak maruah diri untuk mula ditafsir oleh orang yang mendengar dihadapannya... semuanya itu, bukan sesuatu yang mudah.
Untuk apa orang ini melakukan semua ini? Apa untungnya mereka membuat pengakuan berani mati seperti ini?
Huh...tak lain dan tak bukan, semuanya disandarkan atas dasar KEINSAFAN dan KESEDARAN DIRI YANG MAHU BERUBAH.
TAHNIAH wahai adik-adikku, kerana kalian telah berjaya memecahkan tembok keegoan yang tinggi menghijab diri yang rata-rata manusia pada hari ini terus tegar, terus teguh memelihara keegoannya.
AL-WASOYA LIL AKHY WA AKHAWATY...
Nasihatku sebagai seorang kakak, yang mencintai kalian kerana ALLAH Taala, bajai dan suburkanlah rasa keinsafan dan kesedaran di hati kalian itu dengan:
1-Banyakkan istighfar (sekurang-kurangnya 70x setiap hari). Serta hidupkan hati kita dengan memperbanyakkan ZIKRULLAH @ mengingati ALLAH.
2-Usahakan solat berjamaah di rumah Allah (terutamanya Subuh, Maghrib, dan Isya'). kerana di sana ada ketenangan dan kebahagiaan yang tidak terasakan di tempat lain. Laksanakanlah adab ketika berada di dalamnya spt: membaca Al-Quran untuk menghidupkan ketenangan di dalamnya.
3-Lazimkan diri mentadabbur Al-Quran (membaca, memahami, dan menghayati maknanya) -sekurang2nya 1 helai sehari. Belilah senaskhah Quran Tafsir untuk diri sendiri. Bacalah ia bila saja kamu dalam keadaan lapang dan sukar. Kerana, ada saja ayat-ayat Allah yang seakan-akan berbicara memujuk hati dan jiwa kita tatkala berdepan kesukaran dan cubaan.
4-Dampingi dan bersahabatlah dengan orang-orang soleh. Iaitu orang yang apabila melihat ketenangan wajah dan perwatakannya saja sudah mengingatkan kita kepada Allah dan kehidupan akhirat.
5-Istiqamahlah menghadiri dan menekuni majlis-majlis ilmu kerana di sana ada barokah yang tersedia untuk keteguhan hati dan jiwa kita mendepani mehnah dunia.
6-Banyakkan membaca dan sentiasa update pengetahuan kita tentang ISLAM serta keadaan umat Islam seluruh dunia. Kerana mereka juga saudara kita..saudara seaqidah yang saling kita punya tanggungjawab antara 1 sama lain.
7-Berusahalah untuk menjadi orang soleh. Jadilah khalifah yang menjiwai daya juang dan kepimpinan baginda Nabi saw. Serta jadilah hamba yang tiap detik merasa takut dan harap dengan rahmat Allah Taala.
Wallahua'lam...
PENGUAT HATI SEBENARNYA...
Banyak lagi yang ingin dicoret sebenarnya. Namun seboleh mungkin aku berusaha untuk menyampaikan rasa dihati dari sudut pandang positif dan berupaya membekalkan sesuatu yang bermanfaat sebagai solusi untuk membantu umat..andai ada kiranya diluar sana yang punya perasaan serta masalah yang hampir serupa. Kerana sesungguhnya, setiap apa yang kuluahkan dari lubuk hatiku ini adalah tasyji, penguat untuk hatiku sendiri sebenarnya.
Andai ada manfaat, ambillah..jika mudharat, tegurlah. JazakumulLAH atas kalian yang sentiasa tak jemu membantu islah diri ini ke arah menuju pencerahan diri yang lebih bermakna.
Sesungguhnya, segala yang baik itu hanya dari DIA, dan yang lemah itu adalah atas kelemahan diriku sendiri sebagai hambaNYA yang daif dan hina.
LASTLY SAYING...
Buat adik-adik junior baru ambilan Julai 2009, masih belum terlambat untuk akak mengucapkan AHLAN WASAHLAN wa MARHABAM BIKUM ila IPGM-KIK. Kehidupan selepas zaman persekolahan ini bukan mudah. Penuh dengan dugaan dan cabaran..tambah pula dicampak Allah ke bumi penuh cabaran, Kuala Lumpur ini. Oleh itu, BERSIAP-SIAGALAH dan PERSIAPKAN DIRI! Jaga dan baiki hubungan dengan ALLAH, dan manusia.
KUNCI UNTUK HIDUP BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT:
1-Jaga Hablum minalLAH (Hubungan dengan ALLAH)
2-Jaga Hablum minannas (Hubungan dengan manusia)
Kuselitkan pantun yang dicipta pada ucapan penutup ketika slot ceramah oleh ustaz yang amat kuhormati dan sanjungi (pada hari terakhir KPR), Al-Fadhil Al-Ustaz Khairul Anuar Bin Abu Othman:
Basit teringin makan delima,
Delima dimakan dengan lahapnya.
Hablum minannas resipi utama,
Hablum minaLLAH penentu segalanya.
(n.n) hehe...Basit, jangan mare ye..akak guna nama awak..yela, Pengarah Program yang berjaya lah katakan..wajarlah diraikan...=) hehe..
Walau senyum sentiasa terukir dibibir, namun gelodak rasa di hati dan jiwa ini hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya. Hidup kita di dunia ini sebenarnya dah tak de apa2 melainkan mengharap rahmat dan keredhaan ALLAH Taala.
Wllahua'lam..
Wassalam.
Fi amanilLAh..
Yang amat mengharapkan keampunan Tuhannya...
Mukhlisah Mutmainnah,
2nd Praktikum,
SKPK Kuantan,
10 Ogos 2009,
Isnin,
1.50 pm.
P/S: Huhu...TQ Kak Zam..atas kesudian meminjamkan laptop ini selama beberapa jam sampai tunggu saya mengadap kat meja akak waktu org len dah balik. huhu...TQ so much...Luv u akak!! (n.n)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan