Selasa, 1 Disember 2009

Generasi Ghurabaq!

Kata orang..."eleh...apalah yang ada kat Pahang tu..hutan balak je banyak."


Dahulu, saya sendiri pun pernah berfikiran seperti itu. Bukan sahaja kurang tempat menarik, tetapi juga tandus pusat pentarbiyahan jiwa. Saya amat terkesan dengan itu.


*Tapi hari ini banyak perkara telah berubah di Pahang...;)



Dek kerana jiwa ini amat dahagakan tarbiyah membuatkan saya pernah merancang untuk membina kehidupan di negeri-negeri yang subur spirit tarbiyahnya...Kelantan, Kedah, Terengganu...Kalau boleh, secepat mungkin saya ingin berpindah menyambung pengajian di sana.


Itu perancangan yang pernah saya fikirkan di awal penglibatan saya sebagai seorang mahasiswi di sebuah Institut Pendidikan Guru terkemuka di Kuala Lumpur. Bumi yang diawalnya saya lihat kontang tarbiyah, kontang ilmu ukhrawi, dan kontang budi!


Sering bangkit dan jatuh, jatuh dan bangkit...tapi, itu kan satu perkara biasa. Lazimlah hidup di dunia. Ujian buat mukmin seperti kita. Kadang-kadang, yang mengenepikan kita bukan sekadar kawan-kawan biasa yang tidak faham agama, malah sahabat seperjuangan sendiri pun tidak terlepas dari melakukan begitu!


Namun, semua itu tidak apa-apa. Ujian dunia. Guna buat meningkatkan yakin dan taqwa kepada Allah. Berlapang dada dan muhasabah semula serta lakukan anjakan paradigma adalah perkara yang perlu dipegang tatkala acapkali berdepan ujian.


Yang penting, jangan cepat melatah dan jangan mudah patah semangat. Cakap-cakap orang memang tidak akan pernah habis. Cuma kita sendiri yang tahu potensi dan kemampuan kita di mana. Buktikan sebaiknya apa yang mampu kita lakukan. Abaikan cakap-cakap belakang atau teguran remeh dan tidak berasas. 


Kekesalan yang berlarutan sesungguhnya hanya akan merugikan kita dan perjuangan Islam itu sendiri. Perjalanan kita masih panjang. Sangat panjang, dan ia sesungguhnya tidak akan terhenti melainkan apabila telah datangnya Hari Qiyamat! 


Apa yang telah terbina setakat ini di bumi IPIK baru secebis episod permulaan perjuangan. Jangan rasa lemah dan jangan cepat berpuas hati. 


Perjalanan ini memang melelahkan, namun...jangan sekali-kali merasakan bahawa kita berjuang sendirian. Kerana kita bukan perintis perjuangan ini, bahkan kita adalah penyambung mata rantai perjuangan baginda Nabi s.a.w. Kita sesungguhnya cumalah 'batu asas' bagi menghidup suburkan spirit tarbiyah di bumi IPIK, agar perjuangan ini dapat diteruskan oleh generasi bakal murabbi di situ untuk hari-hari mendatang.


Tasyji' buat diri saya dan sahabat-sahabat:


DARIPADA ABU HURAIRAH R.A. BERKATA: SABDA RASULULLAH S.A.W 

“ISLAM MULA TERSEBAR DALAM KEADAAN GHARIBAN (DAGANG/ASING) DAN IA AKAN KEMBALI GHARIB. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG GHURABAQ."

(H.R. MUSLIM )



Ingatlah wasiat Al-Fadhil Ustaz Abdul Basit Alias...

-Ustaz kesayangan kita...(^.^)-


"Jangan sekali-kali kita takut untuk berjuang dan menyatakan kebenaran. Sesungguhnya kebenaran itu tetap akan terserlah, dan kebatilan itu pasti akan runtuh! Pasakkan 2100% keyakinan kepada Allah s.w.t. Yang Maha Perancang dan Maha Mengetahui segala-galanya. Apa yang penting sekarang, susunlah perancangan dengan rapi, buatlah sehabis baik. Insya-Allah, rahmat ALLAH akan sentiasa mengiringi."


"Jangan dikisahkan pandangan dan perhatian manusia serta penduduk bumi terhadap kita, tetapi kisahkanlah pandangan Allah dan penghuni langit atas kita. Berjagalah di malam hari ibarat rahib merintih pilu, dan bekerjalah di siang hari ibarat singa meraja di rimba!"



SALAM JUANG!

"We Are Leaders Of Ummah!"


3 ulasan:

AMIR a.k.a SA'AH berkata...

goodluck...

Pengislah Ummah berkata...

jazakk..

ingatan buat diri..

"Allah xkan ubah nasib ssuatu kaum mlainkan ia ubah nasib dirinya sndiri...."

tokwan muda berkata...

Assalamu'alaikum...semoga berjaya, intipati penulisan anda mencetuskan semangatlah...hehe