Salam alaik..berikut adalah motivasi yang dikongsikan oleh UstazCahaya berkenaan responnya terhadap artikel saya sebelum ini-FIQH DAKWAH.
Terima kasih saya ucapkan.
Sebagai menghargai kesudiannya memberikan komentar yang bernas serta untuk manfaat lebih ramai manusia, maka saya paparkan komentarnya di sini...
Moga beroleh manfaat yang optimum! (^.^)
................
Salam Sismukhlisah..
Artikel yang baik dan menarik :-)
Di sini saya ada 'sedikit' perkongsian. Harap dibenarkan ya..
Sebagai blogger muslim, kita harus faham dan sedar akan tanggungjawab kita untuk berdakwah dengan menggunakan teknologi maklumat terutamanya menggunakan blog.
Banyak faktor yang menyebabkan usaha dakwah Islamiyyah menjadi lemah, perlahan, hambar dan tidak membuahkan hasil. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca dakwah Islamiyyah menjadi seperti itu ialah kerana kurangnya penglibatan orang Islam dalam usaha dakwah dan perpecahan dalam usaha dakwah itu sendiri.
Masih ramai orang Islam yang tidak mahu melibatkan diri dalam usaha dakwah adalah disebabkan beberapa kekeliruan.
Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.
Antara faktor lain yang menyebabkan kelemahan dan kurang berkesannya Dakwah Islamiyyah hari ini ialah;
1. Kekeliruan umat Islam dalam memahami dakwah.
2. Kesilapan dalam menetapkan visi dan misi (tujuan) dakwah.
3. Tidak menilai kemampuan diri.
4. Menilai pendakwah lebih daripada menilai apa yang disampaikan olehnya.
5. Tidak dapat membezakan antara bahan, keperluan, kemahuan dan tujuan dalam berdakwah.
Sebagai blogger muslim apa yang perlu kita fahami ialah; dakwah terbahagi kepada dua iaitu Dakwah Umum dan Dakwah Khusus.
Beginilah yang diamalkan oleh Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Ada sahabat yang dipercayai dalam soal ekonomi dan kewangan. Ada yang dipercayai dalam bidang ketenteraan dan peperangan. Ada yang dipercayai dalam bidang ilmu agama, Al-Quran dan Al-Hadith.
Di bawah adalah jawapan Prof. Dr. Ahmad Omar Hashim, yang ketika menjawat jawatan Rektor Universiti Al-Azhar ketika beliau diajukan soalan berkenaan Dakwah.
DAKWAH UMUM
Dakwah umum adalah menjadi kewajipan semua orang bergantung kepada ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya. Dakwah ini perlu disampaikan kepada semua masyarakat.
Jika seseorang yang bukan dari jurusan agama dan ingin berdakwah, maka dia harus menyampaikan dakwah dalam bentuk ini. Contoh dakwah umum ini adalah mengajak masyarakat kepada segala perkara kebaikan dan menegah dari keburukan.
Jika pun dia ingin berceramah atau menulis buku, maka perlulah dakwahnya ini dalam skop yang disebutkan.
DAKWAH KHUSUS
Dakwah khusus adalah untuk mereka yang mempelajari ilmu agama secara tertib, tersusun, sepenuh masa, diambil dari guru-guru yang berkelayakan, dan dipelajari dari satu peringkat ke satu peringkat.
Antara bidang dalam dakwah khusus ini pula adalah segala hukum fiqh yang terperinci, faraidh, usul fiqh, tafsir dan sebagainya. Masyarakat yang ingin merujuk kepada perkara-perkara tersebut perlu merujuk kepada mereka yang ada kelayakan dalam dakwah khas tersebut.
Beginilah yang diamalkan sejak zaman berzaman dari zaman sahabat hingga sekarang. Para sahabat sendiri bukan semuanya alim dan faqih. Hanya sebahagian mereka sahaja dijadikan rujukan dalam perkara-perkara feqh. Begitu juga zaman tabi'in dan ataba'uttabi'in.
Apabila mula semua orang ingin memperkatakan tentang agama dengan terperinci, maka bermulalah perkara bid'ah dan pecah belah di kalangan umat Islam.
Sebagai blogger Muslim, berdakwahlah mengikut kemampuan, kemahiran dan kepakaran masing-masing. Blogging dengan mengamalkan dan berpandukan ajaran Islam yang sebenarnya sehingga menjadi contoh yang baik kepada orang lain adalah dakwah.
Mengajarkan orang lain ilmu yang bermanfaat adalah dakwah. Membantu orang lain adalah dakwah.
Dakwah itu luas dan mudah sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang tepat serta dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.
Kita sebagai blogger muslim tidak sepatutnya menyempitkan pemahaman dan skop berdakwah melalui blog dengan menganggap hanya tulisan yang berbentuk keagamaan sahaja yang dianggap dakwah. Sesungguhnya kefahaman sebegitu adalah kurang tepat dan boleh melemahkan umat Islam.
Secara mudahnya, apa sahaja usaha yang kita lakukan yang termasuk dalam salah satu daripada 6 perkara di bawah adalah suatu usaha dakwah:
1. Usaha untuk menyeru umat manusia kepada Kalimah Syahadah, Rukun Imam, Rukun Islam dan Ihsan.
2. Usaha untuk menyebarkan kebaikan dan mencegah kejahatan.
3. Usaha untuk memantapkan ilmu dan kemahiran umat Islam.
4. Usaha untuk memantapkan ekonomi dan kehidupan umat Islam.
5. Usaha untuk menyediakan umat Islam dengan keperluan yang perlu dan penting untuk menghadapi peredaran zaman dan ancaman musuh.
6. Usaha untuk menjadikan umat Islam sebagai ‘MODEL CONTOH’ dalam segala bidang kebaikan dan kejayaan di dunia.
Wallahu'alam.
Bak kata Saudari di awal artikel ini, ini adalah kata-kata saya yang boleh diterima atau ditolak. Namun ia tetap berpaksi kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
2 ulasan:
Syukran Ya Mukhlisah.
Alhamdulillah.. sama-samalah kita menyebarkan kebaikan dan berkongsi ilmu. Ingat ya, "Kita Blogger Muslim":-)
Saya sedang mengumpul bahan dan rakan untuk mempromosikan konsep 'Blogger Dakwah'. Pastinya, saudari Mukhlisah adalah antara orang yang boleh membantu.
Ada seorang saudara muslim kita di luar negara, namanya Karim Baz, blog beliau antara contoh blogger muslim yang baik. Boleh lawat di themuslimblogger.com
1 artikel yang menarik...penjelasannya mungkin boleh didetailkan...namun ana paham keterbatasan ruang..brangkali bg para dae yang menjadi blogger harus ada satu konvesyen kesepakatan...
Catat Ulasan